Kerja Kursus Perniagaan & Format Penulisannya

Kerja Kursus Perniagaan merupakan salah satu tugasan wajib yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil kos perniagaan sewaktu STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).

Jika pelajar yang mengambil subjek ini tidak melaksakan kerja kursus tersebut, pelajar tersebut akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.

Oleh itu, bagi pelajar yang bakal mengambil subjek perniagaan ini atau sedang menjalaninya anda boleh lihat penerangan dan panduan penulisan tugasan ini yang telah kami sediakan untuk panduan anda.

Apa itu Kerja Kursus Pengajian Perniagaan?

Pengajian Perniagaan merupakan salah satu subjek yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin mengambil Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM).

Pada penggal ketiga STPM, pelajar yang mengambil subjek ini perlu melakukan kerja kursus yang juga merupakan kerta 4 bagi subjek ini.

Tugasan ini merupakan tugasan bertulis yang wajib dijalankan oleh pelajar penggal tiga bagi memenuhi kehendak subjek. Pelajar yang tidak melaksanakan tugasan ini akan dikira sebagai gagal.

Objektif Kerja Kursus

Objektif pelaksanaan tugasan ini ialah untuk menilai sama ada pelajar yang mengambil subjek ini dapat :

  • Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
  • Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam sesebuah organisasi yang baik
  • Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajiankes berkenaan.
  • Menerapkan domain kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran.

Struktur Penulisan

Bagi pelajar yang bakal mengambil subjek pengajian perniagaan ini atau yang sedang menjalani semester 3, berikut merupakan format penulisan bagi kertas keempat subjek ini:

Tajuk, Abstrak & Pengenalan

  • Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
  • Abstrak merupakan ringkasan kajian yang diletakkan di bahagian awal tugasan bagi menerangkan serba sedikit tentang kajian anda kepada pembaca.
  • Abstrak juga seharusnya tidak melebihi 200-300 patah perkataan, dan seharusnya mengandungi perkara-perkara di bawah:
    • Latar belakang Kajian
    • Kenyataan Masalah
    • Objektif Kajian
    • Metodologi Kajian
    • Dapatan Kajian
    • Cadangan Penambahbaikan
  • Pada bahagian ini anda menerangkan tentang kajian atau perniagaan yang anda lakukan

*NOTA: Berikut merupakan contoh tajuk dan abstrak bagi kerja kursus pengajian perniagaan:

tajuk-abstrak
Contoh Tajuk & Abstrak

Objektif Kerja Kursus

  • Jelaskan objektif anda melakukan kajian tersebut.

Latar Belakang Kajian

  • Pada bahagian ini, apa yang boleh anda lakukan adalah menerangkan tentang kajian perniagaan anda secara terperinci seperti:
    • Lokasi Perniagaan
    • Jenis Perniagaan
    • Produk & Harga
    • Tahun Penubuhan
    • Sejarah Syarikat

Kaedah Kajian

  • Bahagian ini menjelaskan kaedah anda mencari maklumat atau mendapatkan data. Antara kaedah pengumpulan data yang sering digunakan terbahagi kepada dua iaitu:
    • Data Primer
      • Data primer merujuk kepada data yang berasal dari sumber asli di mana pengkaji menemukan data daripada alam semulajadi, persekitaran, masyarakat, atau individu.
      • Contoh data primer ialah data yang diperoleh dari kaedah pengukuran, pencerapan,soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang dilakukan pengkaji.
    • Data Sekunder
      • Data Sekunder pula ialah data kedua iaitu data sedia ada yang telah diperoleh pengkaji lain.
      • Contoh kaedah kajian melibatkan data sekunder ialah sumber internet, kaedah ke perpustakaan dan sebagainya.

Dapatan Kajian

Pada bahagian dapatan anda perlu membentangkan dan membincangkan dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan, dan menilai fakta dan maklumat.

Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong dalam bentuk jadual, rajah, dan graf sebagai contoh boleh dilihat dalam gambar di bawah:

rancangan-perniagaan

Penutup

Pada bahagian penutup ini, simpulkan hasil kajian anda. Pada bahagian ini juga anda boleh memberi cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Rujukan

Di bahagian rujukan ini, anda perlu memasukkan semua rujukan yang dirujuk sama ada daripada sumber primer ataupun sekunder. Hal ini bagi memastikan data yang dibincangkan daripada sumber sahih yang boleh ditemui.

Contoh pelaksanaan rujukan ini boleh lihat dalam dokumen di bawah:

Lampiran

  • Pada bahagian lampiran ini, pelajar perlu menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Antara contoh lampiran yang boleh dimasukkan ialah:
    • Teks Temubual
    • Salinan Soalan Soal Selidik
    • Gambar Sewaktu Pemerhatian
    • Keratan Akhbar

Sumber: Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan

Bantu kami share artikel ini: