Harga PS5 Malaysia (Edisi Digital dan Blue Ray)

Playstation 5 secara rasminya telah dilancarka di pasaran Malaysia pada 11 Disember 2020 dan sudah teentulah harga PS5 bukan lagi rahsia.

Ketika baru dilancarkan pada tahun 2020 dahulu, edisi Digital PS5 dijual pada harga runcit yang disyorkan (RRP) sebanyak MYR 1,869 sementara PS5 dengan pemacu cakera Ultra HD Blu-ray™ dijual pada harga MYR 2,299.

Spesikasi

playstation 5 malaysia

Kedua-dua model PS5 menggunakan pemproses tersuai yang sama dengan CPU dan GPU bersepadu untuk grafik kesetiaan tinggi sehingga 4K, serta SSD berkelajuan ultra tinggi yang sama dengan I/O bersepadu yang akan menyampaikan pemuatan sepantas kilat.

Kedua-dua model PS5 juga menawarkan pengalaman mengasyikkan dan didatangakan dengan melalui DualSense Wireless Controller dan keupayaan audio 3D, jadi pemain akan menikmati pengalaman permainan transformatif yang sama tanpa mengira PS5 yang mereka pilih.

Berikut merupakan spesikasi penuh PS5:

CPU     x86-64-AMD Ryzen™ “Zen 2”
8 Cores / 16 Threads 
Variable frequency, up to 3.5 GHz
GPUAMD Radeon™ RDNA 2-based graphics engine
Ray Tracing Acceleration 
Variable frequency, up to 2.23 GHz (10.3 TFLOPS)
System MemoryGDDR6 16GB
448GB/s Bandwidth
SSD825GB
5.5GB/s Read Bandwidth (Raw)
Optical Drive Ultra HD Blu-ray (66G/100G) ~10xCAV
BD-ROM (25G/50G) ~8xCAV
BD-R/RE (25G/50G) ~8xCAV
DVD ~3.2xCLV 
 
PS5 Game DiscUltra HD Blu-ray, up to 100GB/disc
Video OutHDMI™ OUT port 
Support of 4K 120Hz TVs, 8K TVs, VRR (specified by HDMI ver.2.1)
Audio“Tempest” 3D AudioTec
Dimensions PS5: Approx. 390mm x 104mm x 260mm (width x height x depth)(excludes largest projection, excludes Base)
BeratPS5: 4.5kg 
KuasaPS5: 350W
Input/OutputUSB Type-A port (Hi-Speed USB) 
USB Type-A port (Super-Speed USB 10Gbps) x2 
USB Type-C® port (Super-Speed USB 10Gbps)
 
NetworkingEthernet (10BASE-T, 100BASE-TX, 1000BASE-T)
IEEE 802.11 a/b/g/n/ac/ax 
Bluetooth® 5.1

Harga terkini PS5 Malaysia

Dua model Sony PlayStation 5 baharu boleh dibeli di Malaysia pada harga RM 2069 untuk versi digital dan RM 2499 untuk versi dengan pemacu Blu-Ray.

Pemacu Blu-Ray berasingan pula dijual pada harga RM 529 sebuah.

Model baharu ini adalah lebih nipis berbanding model asal yang dilancarkan pada tahun 2020.

Ia bukan sahaja lebih nipis tetapi juga lebih ringan berbanding model terdahulu. Tidak seperti pada siri PlayStation 2 dan PlayStation 3 sebelum ini, Sony tidak menggunakan nama Slim pada model baharu kali ini.

Kemas kini baharu ini menyertakan storan 1TB, dan turut hadir dengan rekaan berisipadu kurang 30% berbanding generasi pertama PS5.

Artikel berkaitan: Apple Education Malaysia: Senarai Harga Pelajar Barangan Apple

Cara beli PS5

Sekiranya anda berminat, anda boleh mendapatkan PS5 pada harga yang telah dikemaskini ini melalui laman web rasmi SONY Malaysia di alamat https://store.sony.com.my/collections/playstation-5-console/?locale=en

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan PS5 ini melalui agen jualan sah yang mengambil bahagian berdekatan tempat tinggal anda.

Bantu kami share artikel ini: