Nama Hari Kiamat & Maksud Disebalik Nama

PENTING! : 25 Nama Hari Kiamat Yang Boleh Ditemui Dalam Al-Quran Beserta Makna Nama.

Hari Akhirat atau Hari Kiamat adalah hari kemusnahan seluruh alam semesta dan hari kebangkitan semula. Sebagai umat Islam, mempercayai kewujudan hari akhirat ini merupakan salah satu rukun iman yang perlu kita laksanakan.

Berikut kami terangkan serba sedikit berkenaan tentang apa itu hari kiamat dan nama-nama lain bagi hari ini beserta makna. Teruskan pembacaan anda untuk ketahui lebih lagi tentang hari kiamat.

nama hari kiamat

Apa itu Hari Akhirat?

Hari Akhirat atau hari kiamat merupakan hari di mana seluruh bumi dan alam semesta di musnahkan. Hari Akhirat ini merupakan satu perkara yang pasti berlaku dan wajib dipercayai oleh semua umat Islam. Barang siapa yang tidak mempercayainya ia dikira telah keluar dari agama Islam.

Pada hari kiamat ini, semua makhluk yang hidup akan dimatikan (pada tiupan sangkakala pertama) dan kemudiannya semua makhluk dari seawal-awal kelahiran manusia (semenjak zaman Nabi Adam A.S.) akan dibangunkan semula bagi dihisab amalannya (pada tiupan sangkakala kedua).

Pada hari ini juga seluruh makhluk akan dihimpunkan di padang masyar dan dihisab amalan perbuatannya. Kemudian melalui timbangan amalan ini akan ditentukan kita ini akan masuk ke syurga ataupun neraka.

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T banyak menyebutkan tentang kiamat dan tanda-tandanya. Berikut merupakan antara ayat yang menyatakan tentang kewujudan hari kiamat ini:

“Dan bahawa sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang berada dalam kubur.”

Surah al-Hajj: 7

Nama Hari Kiamat

Berikut merupakan 25 nama lain bagi hari kiamat yang ditemui dalam Al-Quran. Turut disertakan sekali makna bagi setiap nama tersebut:

RumiMakna
Yawm al-Qiyāmaṯ (يوم القيامة)Hari kebangkitan
al-Sā’aṯ (الساعة)Waktu
Yawm al-Akhīr (يوم الآخر)Hari Akhir
Yawm al-Dīn (يوم الدين)Hari akhir (agama)
Yawm al-Faṣl (يوم الفصل)Hari keputusan
Yawm al-Ḥisāb (يوم الحساب)Hari perhitungan
Yawm al-Fatḥ (يوم الفتح)Hari pengadilan
Yawm al-Talāq (يوم التلاق)Hari perpisahan
Yawm al-Jam'(i) (يوم الجمع)Hari pengumpulan
Yawm al-Khulūd (يوم الخلود)Hari kekekalan
Yawm al-Khurūj (يوم الخروج)Hari Keluar
Yawm al-Ba’th (يوم البعث)Hari Kebangkitan
Yawm al-Ḥasraṯ (يوم الحسرة)Hari penyesalan
Yawm al-Tanād (يوم التناد)Hari pemanggilan
Yawm al-Āzifaṯ (يوم الآزفة)Hari mendekat
Yawm al-Taghābun (يوم التغابن)Hari terbukanya aib
Yawm al-Wa’īd (يوم الوعيد)Hari ancaman
Yawm al-Aẕīm (اليوم العظيم)Hari agung
al-Yawm al-Masyhūd (اليوم المشهود)Hari penyaksian
al-Qāri’aṯ (القارعة)Bencana yang menggetarkan
al-Ghāsyiaṯ (الغاشية)Bencana yang tak tertahankan
al-Ṣākhkhaṯ (الصاخة)Bencana yang memilukan
al-Tāmmaṯ al-Kubrā (الطامة الكبرى)Bencana yang melanda
al-Ḥāqqaṯ (الحاقة)Kebenaran besar
al-Wāqi’aṯ (الواقعة)Peristiwa besar

10 Tanda Besar Hari Akhirat

Tanda-tanda besar hari akhirat merupakan perkara-perkara yang akan berlaku apabila hampirnya Hari Kiamat ini. Berikut merupakan 10 tanda tersebut:

  1. Keluarnya Asap (Dukhan)
  2. Keluarnya Dajjal
  3. Keluarnya binatang melata (Dabah)
  4. Matahari terbit dari barat
  5. Kemunculan Ya’juj dan Ma’juj
  6. Kemuncula Nabi Isa A.S.
  7. Gerhana di Timur
  8. Gerhana di Barat
  9. Gerhana di rantau atau jazirah Arab
  10. Keluarnya Api dari Yaman yang menghalau manusia ke Mahsyar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Sesungguhnya sebagai umat Islam, kita haruslah sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi hari kiamat ini. Hal ini demikian kerana, tidak ada seorang pun manusia yang tahu akan ketibaan hari ini dan hanya iman kita yang mampu menyelamatkan kita daripada hari akhirat nanti.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan mengekalkan iman kita agar kita tergolong daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Baca juga: Rukun & Bacaan Dalam Solat Jenazah

Bantu kami share artikel ini: