Peta I-Think: Jenis, Contoh dan Panduan Penggunaan

Penggunaan Peta Pemikiran atau Peta i-Think merupakan salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang telak diaplikasikan di sekolah-sekolah di Malaysia.

Ianya adalah peta pemikiran yang diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang disesuaikan mengikut tajuk atau unik pelajaran berdasarkan sub topik yang berkaitan.

Oleh itu, guru perlulah bijak dalam mengaplikasikan penggunaan Peta Pemikiran (i-Think) ini dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) agar mampu “menghasilkan” murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) selaras dengan keperluan pendidikan semasa.

Apa itu Peta I-Think?

i-THINK membawa maksud innovative thinking. 

Ianya diperkenalkan untuk membantu pelajar berfikir secara kritis dan secara tidak langsung, peta i-THINK ini telah menepati salah satu daripada 6 aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.

Peta pemikiran i-THINK mula diperkenalkan pada tahun 2014 di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.

Ciri-ciri / format Peta i-Think

  1. Proses pemikiran
  2. Tajuk / Arahan
  3. Frame / Bingkai Rujukan
  4. Sumber Rujukan
  5. Nama Peta

Jenis-jenis peta

Secara umumnya, terdapat 8 jenis peta I-Think yang diperkenalkan kepada para pelajara dan setiap satunya mempunyai fungsi dan keperluan masing-masing:

  • Circle Map (Peta Bulatan)
  • Bubble Map (Peta Buih)
  • Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
  • Tree Map (Peta Pokok)
  • Brace Map (Peta Dakap)
  • Flow Map (Peta Alir)
  • Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
  • Bridge Map (Peta Titi)

Artikel berkaitan: Ujian Psikometrik Sekolah Rendah & Semakan Keputusan

Contoh peta

Circle Map (Peta Bulatan)

peta bulatan

Circle Map iaitu Peta Bulatan digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

Bubble Map (Peta Buih)

peta buih i-think

Bubble Map digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau situasi.

Tree Map (Peta Pokok)

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

Flow Map (Peta Alir)

Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Kredit: FB Canva for Education

Video panduan penggunaan

Bantu kami share artikel ini: