Semakan Keluar Negara: Cara Semak & Sebab Disenarai Hitam

Sekiranya anda merancang untuk ke luar negara sama ada untuk percutian atau atas urusan kerja, adalah anda melakukan semakan Keluar Negara terlebih dahulu bagi memastikan nama tiada halangan untuk ke luar negara.

Terdapat segelintir kes di mana individu telahpun membeli tiket ke luar negara untuk melancong namun malangnya tidak dapat ke luar negara kerana nama mereka telah disenarai hitam atas sebab tertentu.

Sebab nama disenarai hitam

Terdapat pelbagai sebab nama seseorang individu itu boleh disenarai hitam olehpihak Imigresen daripada ke luar negara.

Antara sebab utama adalah arahan daripada mahkamah atas sebab jenayah dan seumpamanya.

Selain itu, individu yang culas dan cuba mengelakkan tanggungjawab juga tidak terkecuali daripada dikenakan larangan ke luar negara ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan berkata sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang dikenakan sekiranya pembayar cukai gagal membuat bayaran terhadap baki cukai tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan.

Sekiranya nama anda disenaraihitam untuk ke luar negara akibat masalah pembayaran cukai, pembayar cukai dimohon membuat bayaran atau menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai untuk membuat rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.

Selain itu, peminjam PTPTN yang culas membayar kembali pinjaman PTPTN juga boleh disenaraihitam nama daripada ke luar negara.

Artikel berkaitan: Senarai Hitam PTPTN (Blacklist Imigresen Ke Luar Negara)

Cara buat semakan keluar negara

semakan keluar negara

Semakan keluar negara boleh dilakukan secara dalam talian melalui halaman Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia.

Halaman semakan ini boleh diakses melalui peranti mudah alih anda yang mempunyai akses internet dengan melayari man web https://sspi.imi.gov.my/sspi/index.php?page=sspi/bm

  1. Masukkan nombor kad pengenalan
  2. Klik butang Semak
  3. Hasil semakan akan dipaparkan

Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.

Bagi kemasukan ke Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai masalah dengan pembyaran cuki, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL.lic.

Sekiranya anda mempunyai masalah berkenaan pembayaran balik pinjaman PTPTN, anda boleh menghubungi talian Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Bantu kami share artikel ini: