Surat Berhenti Kerja 24 Jam: Contoh dan Panduan

Adakah anda ingin menghantar surat berhenti kerja dengan notis bertempoh 24 jam?

Tunggu dahulu!

Apabila anda bekerja dengan syarikat swasta dan tempoh percubaan (probation period) anda telah tamat, maka kebiasaannya piha syarikat atau majikan meletakkan syarat tempoh notis untuk berhenti kerja.

Kebiasaannya 1 hingga 2 bulan, namun ada jua sehingga 3 bulan lamanya.

Kewajipan memahami kontrak kerja

Tempoh notis ini membolehkan pihak syarikat melakukan kerja mencari pekerja baharu bagi menggantikan tempat yang bakal ditinggalkan anda.

Sekiranya notis berhenti kerja anda adalah 2 bulan, maka anda perlu menghantar surat perletakan jawatan anda 2 bulan lebih awal daripada hari akhir anda kerja di tempat tersebut.

Sekiranya anda berhenti kerja lebih awal daripada tempoh notis yang diwajibkan, kebiasaannya anda wajib membayar kembali baki gaji tempoh kerja kepada pihak majikan.

Misalnya, dalam surat tawaran kerja menyatakan anda perlu menghantar notis berhenti kerja 2 bulan tetapi anda hanya menghantar notis kerja 1 bulan, maka anda perlu membayar pula kepada majikan anda gaji anda sebanyak 1 bulan sebagai pampasan kerana melanggar syarat kontrak kerja yang dipersetujui.

Sekiranya anda memang mempunyai sebab kritikal dan anda tahu risikonya, maka tidak salah juga sekirnya anda mahu menghantar surat berhenti kerja 24 jam.

Sebab berhenti kerja 24 jam

Setiap pekerja mempunyai sebab tersendiri untuk berhenti kerja dan ada kalanya mereka terpaksa membuat keputusan yang mengejut untuk berhenti kerja dengan notis 24 jam walaupun menyedari risikonya.

Ada pekerja yang mengambil keputusan begini kerana sangat tertekan dengan tekanan di tempat kerja dan risau akan kesihatan mental dirinya.

Ada juga yang menghantar surat berhenti kerja 24 jam kerana majikan baru sudah bersetuju untuk membayarkan pampasan kerana mahukan seseorang pekerja itu menyertai mereka dengan kadar segera.

Artikel berkaitan: Surat Berhenti Kerja: Panduan & Contoh Surat

Contoh Surat Berhenti Kerja 24 Jam

Berikut merupakan contoh surat perletakan jawatan kerja notis 24 jam:

[Alamat Anda]
[Tarikh]

[Alamat Majikan]
[Tarikh]

Tuan/Puan,

Saya ingin memberitahu bahawa saya, [Nama Anda], ingin meletakkan jawatan dari jawatan saya di [Nama Syarikat] dengan serta-merta dalam tempo 24 jam. Sehubungan dengan itu, ini adalah notis surat berhenti 24 jam mengikut syarat-syarat perkhidmatan saya.

Saya ingin menjelaskan bahawa saya akan berusaha untuk menyelesaikan semua tugas dan tanggungjawab saya secepat yang mungkin dalam tempoh notis ini.

Saya menghargai peluang yang diberikan kepada saya untuk bekerja di syarikat ini dan ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan pengalaman yang diperolehi semasa tempoh perkhidmatan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Nama Anda]

Antara perkara penting yang perlu diletakkan dalam surat perletakan jawatan ini adalah:

  1. Nama anda dan jawatan
  2. Tarikh
  3. Sebab (Tidak wajib)
Bantu kami share artikel ini: