Malaysia Open 2025 – Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia (Malaysia Open) dianjurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia dengan kebenaran daripada Badminton World Federation (BWF).
Kejohanan Terbuka Malaysia kali ini juga secara rasmi dikenali sebagai PETRONAS Malaysia Open 2025 kerana secara rasminya ditaja oleh PETRONAS.
Baca juga: Takwim Kejohanan MSSM 2025 (Majlis Sukan Sekolah Malaysia)
Sejarah Penganjuran Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia
Tahukah anda, kejohanan ini mempunyai sejarah yang panjang dan telah dianjurkan sejak 1937, iaitu sebelum Merdeka lagi!
Terbuka Malaysia merupakan kejohanan badminton yang biasanya diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Kejohanan ini telah berlangsung di beberapa venue berlainan seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Penang, Selangor.
Kejohanan ini tidak diadakan dua kali: dari 1942 hingga 1946 disebabkan oleh Perang Dunia II dan 1967 ke 1982.
Ia menjadi salah satu daripada Kejohanan BWF Super Series mulai 2007, dan dikenali sebagai Kejohanan Super Series Terbuka Malaysia.
Kejohanan ini telah dinaik taraf kepada kejohanan Super 1000 dari 2023 dan seterusnya.
Tarikh & Lokasi Malaysia Open 2025
Untuk Malaysia Open 2025 kali ini, ia akan berlangsung di Stadium Arena Axiata, Bukit Jalil, Malaysia dari 7 hingga 12 Januari 2025.
Cara Beli Tiket Online
Peminat yang berminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM32 hingga RM630 secara dalam talian menerusi pautan ini:
Hadiah Ditawarkan
Menurut laporan dari Badminton World Tour, kejuaraan badminton Terbuka Malaysia 2025 ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak USD 1.45 juta (sekitar RM 6.54 juta).
Senarai Pemain Malaysia
Perseorangan Lelaki – Lee Zii Jia, Leong Jun Hao
Perseorangan Wanita – Goh Jin Wei
Beregu Lelaki – Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Arif Junaidi/ Yap Roy King, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Nur Mohd Azriyn Ayub/Tan Wee Kiong
Beregu Wanita – Tan Pearly/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Go Pei Kee/Teoh Mei Xing, Ong Xin Yee/Ting Carmen
Beregu Campuran – Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemi, Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien
Keputusan Perlawanan Semi Final
Beriku adalah keputusan terkini perlawanan setakat hari kelima (11 Januari 2025):
Beregu Lelaki
- Tee Kai Wun – Man Wei Chong tewas kepada pemain regu dari China, Chen Bo Yang – Liu Yi (26-24, 16-21, 15-21)
Beregu Campuran
- Goh Soon Huat – Lai Shevon Jemi tewas ke atas pasangan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran (21-17, 12-21, 16-21)
- Chen Tang Jie – Toh Ee Wei tewas ke atas pasangan dari China, Feng Yan Zhe – Huang Dong Ping (19-21, 14-21)
Untuk menyemak keputusan terkini perlawanan, anda boleh semak pada pautan ini: https://bwfworldtour.bwfbadminton.com/tournament/5222/petronas-malaysia-open-2025/results/2025-01-08
Jadual Perlawanan Semi Final – 11 Jan 2025
Berikut adalah jadual perlawanan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 pada hari ini (11 Januari 2025):
Anda juga boleh menyemak jadual perlawanan siaran langsung melalui laman web rasmi BWF : https://bwfworldtour.bwfbadminton.com/tournament/5222/petronas-malaysia-open-2025
Siaran Langsung (LIVE) Terbuka Malaysia 2025
Perlawanan LIVE boleh ditonton melalui Stadium Astro 801 atau RTM dan TV Okey. Strim online di https://rtmklik.rtm.gov.my/, atau:
- Sukan TV RTM & TV Okey – Gelanggang 2
- Astro Arena & Astro Badminton – Gelanggang 1
- Youtube rasmi BWF TV – Gelanggang 1, 2 dan 3
Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari Prospektus Rasmi dalam laman BWF di pautan berikut: https://bwfbadminton.com/