Sukan RTM : Tonton Siaran Langsung Rancangan Sukan Percuma

Bagi yang tidak tahu, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menubuhkan satu saluran televisyen khusus untuk tayangan berkaitan sukan.

Sebelum wujudnya saluran ini, Malaysia hanya mempunyai saluran suka berbayar iaitu Astro SuperSport dan Astro Arena milik Astro.

Latarbelakang Sukan RTM

Sukan RTM ialah sebuah saluran televisyen terrestrial percuma sukan pertama berdefinisi tinggi dimiliki sepenuhnya oleh Radio Televisyen Malaysia.

Saluran ini menjadi stesen televisyen sukan pertama berbahasa Melayu dan Inggeris 24/7 di Malaysia untuk sukan di Malaysia.

Saluran ini bersiaran dari Wisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Moto utamanya ialah Sukan Untuk Semua.

Saluran ini berkongsi pusat siaran yang sama dengan saluran lain seperti TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM dan stesen radio RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Sejarah penubuhan

sejarah rtm sukan

Pada tahun 2002, pihak Radio Televsyen Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan saluran khusus untuk tayangan berkaitan sukan dan rekreasi, yang kemudiannya akan menjadi Sukan RTM.

Perkhidmatan ini pada mulanya dijalankan sebagai percubaan dari 2008 apabila ia bermula semasa Sukan Olimpik Beijing dan berakhir selepas Sukan Olimpik Musim Panas selesai.

10 tahun kemudian, pada 13 Jun 2018, RTM HD secara rasminya dilancarkan sebagai siaran percubaan secara eksklusif di MYTV Broadcasting di saluran 111.

Pada 13 Julai 2018, RTM HD menukar namanya kepada RTM HD Sports sebagai saluran sukan percuma ke udara dan pada masa sama saluran ini masih dalam ujian.

Pada 1 April 2021, saluran ini secara rasminya dijenamakan semula dan dilancarkan dengan nama ‘Sukan RTM’ semasa ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia berserta ulang tahun ke-60 Orkestra RTM.

Slogan korporatnya, Sukan Untuk Semua, turut diperkenalkan.

Cara tonton siaran langsung sukan

Anda boleh menonton Sukan RTM yang bersiaran di MYTV saluran 111 dalam format HD (definisi tinggi) secara langsung.

Selain it, saluran ini juga boleh ditonton melalui aplikasi RTMKlik melalui televisyen pintar atau peranti mudah alih anda.

Baca lagi: RTM Live: Tonton Secara Percuma Program dan Siaran Menarik

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini, sila ikuti akaun media sosial piihak Sukan RTM seeperti di bawah:

Bantu kami share artikel ini: