Sistem Pengurusan Sekolah (SPS): Akses dan Log Masuk

Sistem Pengurusan Sekolah atau singkatannya SPS merupakan satu sistem untuk menyeragamkan pentadbiran di sekolah-sekolah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SPS bukanlah satu sistem baharu kerana telah digunapakai di sekolah-sekolah semenjak tahun 2015.

Penggunaan SPS ini selari dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM melalui Surat Pekeliling KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld. 6 ( 25 ) bertarikh 24 Disember 2014.

Apa itu Sistem Pengurusan Sekolah?

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem
satu pangkalan data tunggal bagi sekolah, guru dan murid di seluruh negara.

Ini bertujuan mengelakkan guru-guru daripada melakukan kemasukan data berulang
dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

Pangkalan data SPS ini digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan di KPM pada masa akan datang.

SPS merupakan sistem yang kemasukan datanya hanya pada satu aplikasi sahaja dan data boleh dicapai oleh aplikasi lain jika berkaitan.

Akses SPS

Segala modul yang dimuatkan dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) boleh diakses di portal rasmi SPS melalui pautan https://sps1.moe.gov.my/

Login SPS

Untuk login Sistem Pengurusan Sekolah, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://sps1.moe.gov.my/index.php.
  2. Klik butang ‘Log Masuk’ pada menu di bahagian atas.
  3. Pilih modul pengurusan yang diperlukan.
  4. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan dan klik butang ‘Hantar.’

Artikel berrkaitan: SPSKT1 : Semakan Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1

Modul-Modul SPS

Terdapat 3 modul yang dimuatkan dalam Sistem Pengurusan Sekolah ini:

1. Modul Pengurusan Sekolah

Modul Pengurusan Sekolah (PS) merupakan satu pangkalan data profil
institusi pendidikan di bawah Sektor Pelajaran KPM yang menyeluruh.

Pangkalan data ini mengandungi maklumat asas semua institusi pendidikan
seluruh negara yang telah berdaftar dan diberi kod institusi pendidikan oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).

2. Modul Pengurusan Guru

Modul Pengurusan Guru (PG) merupakan satu pangkalan data guru yang
menyeluruh dan bersepadu.

Data ini digunakan di pelbagai peringkat pengurusan bagi menghasilkan laporan dan statistik guru.

Modul PG ini merupakan data operasi real-time bagi kegunaan perancangan, penempatan, pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan persaraan guru termasuk data unjuran bagi kegunaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan.

3. Modul Pengurusan Murid

Modul Pengurusan Murid (PM) merupakan satu pangkalan data murid yang menyeluruh dan bersepadu. Data PM ini digunakan dipelbagai peringkat pengurusan dalam perancangan dan pengoperasian serta menghasilkan laporan dan statistik murid.

Semua data dan maklumat murid terdapat dalam modul Pengurusan Murid (PM).

Ianya bermula seawal murid memasuki Prasekolah hingga Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi termasuk Murid Berkeperluan Khas.

Data asas kelahiran murid diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan
disemak semula melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan mengenai mana-mana modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah KPM ini, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti yang tertera d bawah:

Modul Pengurusan Sekolah
Sektor Data Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 2, Blok E8, 62604 PUTRAJAYA
No. Tel. : 03-8872 1457 / 03-8884 6545 / 03-8884 6066 / 03-8884 6225
Email : [email protected]

Modul Pengurusan Guru
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Sektor Pengurusan Sekolah Menengah
No. Tel. : 03-88849346,
Sektor Pengurusan Sekolah Rendah
No. Tel. : 03-88849561
E-mel : [email protected]

Modul Pengurusan Murid
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT
No. Tel. : 03-88849443 & 03-88849458
Sektor Pengurusan kaunseling dan Displin
No. Tel. : 03-88849501
E-mel :[email protected]

Bantu kami share artikel ini: