Keputusan Piala FA 2024 [LIVE] – Semi Final

Separuh Akhir Piala FA 2024 [LIVE] Info Siaran & Jadual Perlawanan

Perlawanan semi final Piala FA 2024 menyaksikan pertembungan empat pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim, Kedah FC, Selangor FC, dan Terengganu FC.

Hanya dua pasukan yang akan layak untuk beraksi di peringkat akhir Piala FA 2024. Jom kita semak keputusan terkini dan maklumat terbaru berkaitan perlawanan akhir Piala FA 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Baca juga:

Piala FA 2024/2025

Piala FA 2024/2025 ialah antara satu daripada 11 piala menjadi rebutan dalam Liga Malaysia (M-League).

Piala ini mula dipertandingkan pada 1990, yang mana ianya diuruskan oleh Persatuan  Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum dipindahkan ke  Bola Sepak Malaysia LLP (MFL) (kini dikenali sebagai Liga Bola Sepak Malaysia) pada musim 2016.

Kesemua 16 Pasukan akan beraksi di pentas Piala FA bagi musim 2024-2025.

Untuk format perlawanan, MFL telah mengumumkan hanya pusingan 16 Piala FA kekal dimainkan secara pusingan satu perlawanan. Manakala pusingan suku akhir dan separuh akhir Piala FA akan ditukar format dengan dimainkan secara timbal balik (home & away).

Senarai Pasukan Layak ke Separuh Akhir Piala FA 2024

Separuh Akhir Piala FA 2024

Senarai 4 pasukan yang telah mara ke peringkat separuh akhir:

  1. Johor Darul Ta’zim
  2. Kedah
  3. Selangor
  4. Terengganu

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2024

Malaysian Football League telah mengumumkan jadual perlawanan peringkat separuh akhir pertama dan kedua PialaFA 2024-25 yang telah dikemaskini selepas pengesahan keputusan perlawanan suku akhir serta mengambil kira Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2024.

Semi Final I

Kedah vs Johor Darul Ta’zim

Separuh Akhir Piala FA 2024
  • Tarikh: 19 Julai 2024 (Jumaat)
  • Masa: 8.15 malam
  • Lokasi: Stadium Darul Aman, Alor Setar
  • Siaran langsung / LIVE streaming : Astro Arena Bola (803), Astro GO

*KEPUTUSAN: KEDAH (1) – (2) JOHOR DARUL TA’ZIM

Selangor vs Terengganu

  • Tarikh: 19 Julai 2024 (Jumaat)
  • Masa: 9.00 malam
  • Lokasi: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Siaran langsung / LIVE streaming : Astro Arena Bola 2 (804), Astro GO, TV Okey dan Sukan RTM

*KEPUTUSAN: SELANGOR (2) – (3) TERENGGANU

Semi Final II 

Terengganu vs Selangor

  • Tarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu)
  • Masa: 9.00 malam
  • Lokasi: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya

*KEPUTUSAN: SELANGOR (4) – (1) TERENGGANU

Johor Darul Ta’zim vs Kedah

  • Tarikh: 4 Ogos 2024 (Ahad)
  • Masa: 8.15 malam
  • Lokasi: Stadium Sultan Ibrahim Lakin, Nusajaya

*KEPUTUSAN: KEDAH (0) – (3) JOHOR DARUL TA’ZIM

Perlawanan Akhir Piala FA 2024 (JDT vs Selangor FC)

Berdasarkan dari keputusan peringkat semi final tadi, dua pasukan iaitu JDT dan Selangor FC layak untuk berentap di perlawanan akhir Piala FA 2024.

Perlawanan akan berlangsung dengan ketetapan berikut:

  • Tarikh: 24 Ogos 2024 (Sabtu)
  • Masa: 9.00 malam
  • Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ)

Tiket jualan boleh anda dapatkan bermula dengan serendah  RM50 dan RM70 bagi tiket General Admission, RM150 tiket Piala FA Premium dan RM200 tiket Piala FA VIP Grandstand.

Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata.

Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat.

Pautan Live Update Terkini

Anda boleh saksikan siaran langsung (LIVE) dan info terkini perlawanan bola sepak dalam negara melalui:

Untuk peminat sukan bola sepak Malaysia yang ingin sama-sama hadir ke stadium untuk memberi semangat kepada pasukan kegemaran masing-masing, anda boleh dapatkan tiket-tiket perlawanan dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman web berikut: https://ticket.tickethotline.com.my/

Bantu kami share artikel ini: