Piala Uber 2024: Senarai Pemain, Jadual Pertandingan, LIVE

Jika Piala Thomas adalah kejohonanan badminton berprestij untuk pasukan lelaki, Piala Uber 2024 pula adalah kejohanan yang dikhususkan untuk pasukan badminton wanita.

Mulai tahun 1984, kejohanan ini diadakan bersama-sama dengan kejohanan Piala Thomas di lokasi dan masa yang sama.

Format pertandingan

malaysia piala uber 2024

Piala Uber menggunakan format Kumpulan pada awal kejohanan diikuti perlawann kalah mati untuk menentukan juara.

Setiap pasukan negara akan disertai 3 perseorangan dan 2 beregu pada setiap satu peringkat.

Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.

Untuk Piala Uber 2024 ini, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Thailand, Chinese Taipei dan Australia.

Group AGroup BGroup CGroup D
ChinaThailandJepunKorea Selatan
IndiaChinese TaipeiIndonesiaDenmark
KanadaMalaysiaHong KongAmerika Syarikat
SingapuraAustraliaUgandaMexico

Senarai pemain Malaysia

Berikut merupakan senarai pemain Malaysia bagi Piala Uber 2024:

  • Goh Jin Wei
  • K. Letshanaa
  • Siti Nurshuhaini Azman
  • Wong Ling Ching
  • Siti Zulaikha Azmi
  • Teoh Mei Xing
  • Go Pei Kee
  • Tan Zhing Yi
  • Ho Le Ee
  • Chan Wen Tse

Jadual perlawanan Malaysia

Berikut meruapakan jadual penuh perlawanan peringkat kumpulan bagi pasukan wanita Malaysia di Piala Uber 2024.

piala uber 2024

LIVE: Tonton Siaran Langsung

Bagi yang ingin menonton kejohanan Piala Uber 2024 secara langsung, anda boleh menontonnya melalui siaran Astro Supersport.

Selain itu anda juga boleh menonton secara LIVE melalui saluran berikut:

Artikel menarik: Piala Thomas 2024 [LIVE] Jadual Perlawanan Malaysia, Keputusan

Sejarah penganjuran

Pertandingan Piala Uber yang pertama telah diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain, pada tahun 1957.

Hal ini adalah kerana timbul desakan supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa bagi wanita seperti Piala Thomas.

Pasukan dari Amerika Syarikat memenangi kejohanan terbabit selepas menewaskan Denmark 6-1 pada peringkat akhir.

Piala Uber diadakan setiap tiga tahun sehinggalah tahun 1984 dan mulai tahun 1986 kejohanan ini dianjurkan setiap dua tahun.

Cuma empat negara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, China, dan Indonesia yang berjaya memenangi piala ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!