Paralimpik Paris 2024: Jadual dan Senarai Atlet Malaysia

Setelah tamatnya Sukan Olimpik Paris 2024, maka tiba pula giliran Sukan Paralimpik Paris 2024.

Temasya Paralimpik bakal membuka tirainya bermula 28 Ogos hingga 8 September ini dimana kontinjen negara menghantar 30 orang atlet untuk menyertai 8 jenis sukan dan 38 acara.

Malaysia meletakkan harapan kepada atlet Abdul Latif Romly (Lompat Jauh), Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting), Cheah Liek Hou (Badminton) dan Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru) bagi menghadiahkan pingat emas.

Sejarah Sukan Paralimpik

Pada 29 Julai 1948, hari Majlis Pembukaan Sukan Olimpik London 1948, Dr. Guttmann menganjurkan pertandingan pertama untuk atlet kerusi roda yang dinamakannya Sukan Stoke Mandeville, satu peristiwa penting dalam sejarah Paralimpik.

Mereka melibatkan 16 anggota tentera dan wanita yang cedera yang mengambil bahagian dalam memanah.

Sukan Stoke Mandeville kemudiannya menjadi Sukan Paralimpik yang pertama kali berlangsung di Rom, Itali, pada tahun 1960 yang menampilkan 400 atlet dari 23 negara dan ejak itu mereka telah diadakan setiap empat tahun.

Sejak Sukan Musim Panas Seoul, Korea pada tahun 1988 dan Sukan Musim Sejuk di Albertville, Perancis pada tahun 1992 Sukan itu juga telah mengambil bahagian di bandar dan tempat yang sama seperti Sukan Olimpik kerana perjanjian antara IPC dan IOC.

Tarikh Sukan Paralimpik Paris 2024

Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 merupakan edisi ke-17 akan membuka tirai persaingan bermula pada 28 Ogos hingga 8 September 2024.

Jumlah sukan dan acara

Sukan Paralimpik Paris 2024 akan mempertandingkan 549 acara dalam 22 jenis sukan.

Arttikell berkaitan: Sukan SEA 2025: Tarikh Penganjuran, Senarai Sukan, Logo

Jadual acara sukan

Untukmlihat jadual penuh Sukan Paralimpik Paris 2024, sila lyari laman web rasmi Sukan Paralimpik di https://olympics.com/en/paris-2024/paralympic-games/schedule/

Senarai atlet Malaysia

Malaysia bakal menghantar seramai 30 orang atlet yang layak seccara merit ke Sukan Paralimpik Paris 2024 untuk bertanding dalam pelbagai acara ya dipertandingkan.

SukanAtletAcara / Kategori
BadmintonMuhammad Ikhwan RamliPerseorangan lelaki WH1 & Beregu lelaki WH1–2
Noor Azwan Noorlan
Mohd Amin BurhanuddinPerseorangan lelaki SL4
Cheah Liek HouPerseorangan lelaki SU5
Muhammad Fareez Anuar
BocciaAbdul Razzaq Abdul RahmanIndividu BC4 lelaki
Lee Chee HongIndividu BC2 lelaki
Noor Askuzaimey Mat SalimIndividu BC4 wanita / Campuran
Abdul Razzaq Abdul RahmanBerpasukan BC4 campuran
Lumba BasikalMohamad Yusof Hafizi ShaharuddinLebuhraya & Trek
Muhammad Adi Raimie Amizazahan
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
Nur Suraiya Muhammad Zamri
MemanahDaneshen Govinda RajanCompound lelaki individu terbuka & Compound berpasukan campuran
Suresh SelvathambyRecurve lelaki individu terbuka & Compound berpasukan campuran
Nur Jannaton Abdul JalilCompound wanita individu terbuka & Compound berpasukan campuran
OlahragaEddy Bernard100m T44
Ammar Aiman Nor Azmi400m T20
Wong Kar GeeLompat jauh T12
Abdul Latif RomlyLompat jauh T20
Muhammad Nazmi NasriLompat jauh T37
Muhammad Ziyad ZolkefliLontar peluru F20
PowerliftingBonnie Bunyau Gustin72kg lelaki
Nicodemus Manggoi Moses97kg lelaki
Jong Yee Khie107kg lelaki
RenangMuhammad Nur Syaiful Zulkafli50m gaya bebas S5
100m gaya bebas S5
200m gaya bebas S5
100 m kuak dada SB4
Imaan Aiman Redzuan100 m kuak lentang S14
Tenis Kerusi RodaAbu Samah BorhanPerseorangan lelaki & Beregu Lelaki

Tonton Sukan Paralimpik Paris LIVE Melalui RTM

Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 akan dibawakan secara langsung oleh penyiar rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM) di saluran Sukan RTM dan TV Okey.

Untuk tonton secara penstriman langsung melalui laman web atau aplikasi mobile percuma, and boleh gunakan platform RTM Klik.

RTM juga menyediakan 6 saluran khas yang boleh strim secara percuma setiap hari di https://paris2024.rtm.gov.my/utama

Bagi yang ingin ikuti perkembangan lanjut mengenai temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 ini, boleh ikuti tonton secara percuma di https://www.youtube.com/@paralympics

Bantu kami share artikel ini: