LEGOLAND: Tarikan, Tempat Penginapan Berdekatan, Tiket Masuk & Tips Penting!

LEGOLAND adalah merupakan salah satu taman tema yang cukup popular di Malaysia. Semua tarikan disini berkonsepkan LEGO termasuklah reka bentuk bangunannya. Serba-serbi LEGO la pokoknya! 

Jom baca lebih lanjut mengenai tarikan utama di LEGOLAND, aktiviti yang boleh dilakukan, pilihan tempat penginapan berdekatan, tips penting serta cara mendapatkan tiket masuk LEGOLAND dengan harga istimewa. 

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Johor Bahru, Sesuai untuk Hujung Minggu!

LEGOLAND – Pengenalan

LEGOLAND telah dibuka secara rasminya pada 15 September 2012 dan telah menjadi salah satu tarikan pelancongan terkemuka di Malaysia. 

Taman tema yang berkonsepkan lego ini terletak di Iskandar Puteri, Johor dan merupakan yang pertama di Asia. 

Dengan lebih daripada 40 permainan dan aktiviti yang menarik, taman tema ini direka untuk menawarkan pengalaman interaktif yang menggabungkan elemen keseronokan dan pembelajaran melalui permainan kepada setiap pengunjungnya. 

Selain taman tema utama, LEGOLAND juga telah berkembang dengan penambahan taman tema air (Water Park) pada tahun 2013 dan SEA LIFE Malaysia pada tahun 2019. Ini menjadikannya lebih menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. 

Tarikan Utama di Legoland & Aktiviti Boleh Dilakukan

1. The Beginning

Di sini adalah permulaan pengembaraan anda. Zon ini menyediakan kaunter-kaunter di mana para pengunjung boleh membeli tiket masuk untuk mencuba semua permainan yang ada. 

Selain itu terdapat juga kedai-kedai menjual merchandise LEGO dan pelbagai barangan lain. Restoran pun ada!

LEGOLAND: Tarikan, Tempat Penginapan Berdekatan, Tiket Masuk & Tips Penting!
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

2. Miniland

Miniland menampilkan rekaan replika bangunan terkenal di Malaysia termasuklah dari seluruh Asia dan dunia. Replika-replika tersebut dibina menggunakan lebih daripada 1.38 million blok LEGO secara keseluruhannya!

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA
LEGOLAND: Tarikan, Tempat Penginapan Berdekatan, Tiket Masuk & Tips Penting!
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Pengunjung dapat melihat struktur ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Angkor Wat, Taj Mahal, Batu Caves, Masjid Kota Kinabalu dan pelbagai mercu tanda lain dalam saiz miniatur yang direka dengan sangat terperinci. 

Menariknya lagi, kebanyakan replika model yang direka boleh bergerak dan terdapat juga beberapa model yang boleh ‘dihidupkan’ dengan menekan butangnya. 

LEGOLAND: Tarikan, Tempat Penginapan Berdekatan, Tiket Masuk & Tips Penting!
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

3. LEGO NINJAGO World

LEGO NINJAGO World juga salah satu zon yang anda tidak boleh lepaskan untuk mencubanya. Zon ini menawarkan pelbagai tarikan yang berkonsepkan siri LEGO NINJAGO yang terkenal. Ia membawa pengunjung ke dalam dunia ninja yang penuh aksi dan cabaran. 

Tarikan utama di zon ini ialah NINJAGO The Ride. Ia menawarkan pengalaman bermain permainan dengan memakai cermin mata 3D dan menaiki sebuah ‘kenderaan’ untuk melawan musuh. Seronok weh!

Tarikan lainnya ialah, rock climbing, Nya’s Practice, Zane’s Temple Build dan Kai’s Spinner. 

LEGOLAND: Tarikan, Tempat Penginapan Berdekatan, Tiket Masuk & Tips Penting!
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

4. LEGO City

Zon tarikan di LEGOLAND yang seterusnya ialah LEGO City. Di sini, anak-anak anda dapat mencuba pelbagai jenis tarikan yang edukatif dan berpeluang menjadi “dewasa” seketika dengan mencuba aktiviti-aktiviti yang meniru kehidupan sebenar.

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Salah satu tarikan utama di zon ini ialah Driving School, di mana kanak-kanak berumur 6 hingga 13 tahun akan mempelajari asas-asas lalu lintas, memandu di sekitar zon ini dan akhirnya mendapatkan ‘lesen memandu’ mereka.

LEGOLAND: Tarikan, Tempat Penginapan Berdekatan, Tiket Masuk & Tips Penting!
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA
LEGOLAND: Tarikan, Tempat Penginapan Berdekatan, Tiket Masuk & Tips Penting!
Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Selain Driving School, terdapat lebih kurang 9 jenis lagi tarikan di zon dengan keistimewaannya tersendiri. Antaranya ialah, City Airport, Legoland Express, Boating School, Rescue Academy, The Shipyard dan sebagainya.

5. LEGO Technic

Sekiranya anda dan anak-anak sukakan aktiviti yang mencabar dan memacu adrenalin, anda boleh luangkan masa di zon LEGO Technic. Zon ini direka khas untuk mereka yang suka permainan yang menguji keberanian dan kemahiran teknikal. 

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Di zon ini terdapat 6 tarikan utamanya iaitu:

  • Planet LEGOLAND
  • Aquazone Wave Racers
  • The Great LEGO Race
  • Technic Twister
  • LEGO Mindstorms
  • LEGO Academy

Dijamin semuanya best-best, anda wajib cuba!

6. LEGO Kingdoms

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Zon ini menawarkan 6 tarikan utama yang penuh keseronokan. Bagi pengunjung dewasa, anda boleh cuba permainan roller coaster yang dikenali sebagai The Dragon. 

Ia akan membawa anda menerokai bahagian dalam istana yang dihuni oleh watak LEGO sebelum melonjak laju ke trek luar. Jangan lupa senyum, anda kamera yang menangkap gambar anda di sudut tertentu. 

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Untuk kanak-kanak pula, anda boleh membawa mereka mencuba Dragon’s Apprentice bagi merasai pengalaman bermain roller coaster yang lebih kecil dan perlahan tetapi tetap menyeronokkan. 

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Selain itu, anda boleh mencuba Merlin’s Challenge, permainan cawan berputar yang meniru pengalaman karusel zaman pertengahan, sambil menikmati suasana fantasi dan keajaiban di sekitar zon ini.

BACA JUGA: Zoo Johor – Tarikh Pembukaan Semula & Harga Tiket Masuk 2024

7.  Land of Adventure

Zon Land of Adventure menawarkan aktiviti yang tidak kurang menarik dan juga mencabar buat para pengunjungnya. 

Antara tarikan di zon ini adalah Dino Island. Seperti namanya, tarikan ini membawa anda ke dunia serba-serbi dinosaur. Tarikan ini akan memberi pengunjung pengalaman menaiki bot kayu dan mengharungi air terjun setinggi 12 meter!

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Selain itu, tarikan lain yang menarik untuk dicuba ialah Lost Kingdom Adventure. Pengunjung berperanan sebagai pemburu harta karun yang mencari khazanah di dalam sebuah kuil dan perlu menembak sasaran di sepanjang perjalanan untuk mengumpul mata.

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Pharaoh’s Revenge pula permainan yang sesuai untuk kanak-kanak, di mana mereka boleh menembak bola lembut ke sasaran sambil melompat dan berlari melalui pelbagai cabaran. Permainan ini tidak memerlukan had ketinggian. 

Zon ini juga mempunyai permainan dikenali sebagai Beetle Bounce, di mana kanak-kanak boleh melantun setinggi 15 kaki sambil melihat pemandangan di sekitarnya. 

8. SEA LIFE Malaysia

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

SEA LIFE Malaysia adalah merupakan tarikan tambahan LEGOLAND yang dibuka untuk menambahkan lagi keseronokan para pengunjungnya. Jadi, sekiranya anda ingin membawa anak-anak melihat hidupan laut, jangan lupa singgah ke sini. 

SEA Life adalah akuarium interaktif yang memberi peluang kepada pengunjung untuk belajar mengenai kehidupan laut dengan seronok. Terdapat lebih daripada 25 akuarium dan 11 zon habitat yang ada disini. 

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Salah satu tarikan utamanya ialah Ocean Tunnel. Sebuah terowong kaca yang memberikan pemandangan 180 darjah di bawah laut. Pengunjung boleh berjalan melalui terowong ini dan melihat hidupan laut berenang di atas dan di sekeliling mereka. 

9. Taman Tema Air LEGOLAND

Tarikan seterusnya yang tidak boleh dilepaskan ialah Taman Tema Air Legoland. Di sini pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis tarikan air yang pastinya mengujakan. 

Antara yang menarik ialah, Build-A-Raft River, di mana pengunjung boleh membina rakit mereka sendiri menggunakan bata LEGO lembut dan kemudian menaiki rakit itu di sepanjang sungai malas (lazy river). 

Selain itu, untuk aktiviti bersama keluarga, pengunjung boleh mencuba permainan yang dikenali sebagai Red Rush.

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Ia merupakan gelongsor air besar yang boleh dinaiki oleh satu keluarga dalam satu tiub (pelampung besar). Pelampung yang dinaiki akan menuruni curam dengan kelajuan yang mendebarkan. Fuh, seronok sangat!

Taman air ini juga mempunyai kawasan khas untuk kanak-kanak, salah satunya ialah Joker Soaker. Di sini, kanak-kanak boleh bermain air dengan selamat dan seronok dengan pantauan ibu bapa. Ibu bapa pun boleh turut serta bermain sekali tau!

Sumber: LEGOLANDMALAYSIA

Pilihan Tempat Penginapan Berdekatan LEGOLAND

Bagi pengunjung yang mahu menikmati lebih banyak masa di LEGOLAND dan bercadang untuk bermalam, anda boleh menempah tempat penginapan melalui KLOOK untuk diskaun yang istimewa.

Klook.com

Berikut adalah beberapa pilihan tempat penginapan berdekatan LEGOLAND Malaysia:

1. LEGOLAND Hotel Malaysia

LEGOLAND Hotel Malaysia terletak bersebelahan dengan Legoland Malaysia. Ia menawarkan pengalaman penginapan yang benar-benar menarik untuk seisi keluarga. 

LEGOLAND: Tarikan, Tempat Penginapan Berdekatan, Tiket Masuk & Tips Penting!
Sumber: Google Review

Lokasinya yang strategik membolehkan anda pergi ke tema Legoland Malaysia dan Legoland Water Park dengan sangat mudah. Bukan itu sahaja, setiap tempahan bilik akan dapat set LEGO percuma tau. 

Hotel ini memang direka khas dengan tema LEGO yang memberikan suasana penuh keceriaan. Anak-anak anda pasti menyukainya! 

2. Almas Suites Homestay @ Puteri Harbour

Almas Suites terletak kurang 10 minit daripada LEGOLAND. Memang dekat sangat. Selain itu,  ia turut menawarkan pemandangan indah Puteri Harbour dan sekitarnya.

Pengunjung boleh menikmati suasana yang tenang dengan pemandangan laut yang memukau. 

Sumber: Almas Suites Homestay @ Puteri Harbour

Penginapan ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan selepas sehari suntuk menghabiskan masa di LEGOLAND. Harganya pun tidaklah terlalu mahal dan sangat berpatutan.

3. Pinetree Marina Resort

Pinetree Marina Resort menawarkan penginapan bertaraf 5 bintang dengan bilik yang luas dan elegan. Resort ini terletak kurang 10 minit sahaja daripada LEGOLAND. 

Sumber: Pinetree

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan juga rekreasi, termasuk kolam renang infiniti, gimnasium dan gelanggang tenis.

4. Fraser Place Puteri Harbour

Terletak di Puteri Harbour, Fraser Place Puteri Harbour menawarkan akses mudah ke LEGOLAND Malaysia serta tarikan lain seperti Sanrio Hello Kitty Town. 

Sumber: Fraser Place

Lokasinya yang strategik ini menyebabkan ia sering dijadikan pilihan oleh ramai pelancong. Jadi, kalau anda nak menginap di sini, pastikan anda membuat tempahan awal ya!

5. Sunway Hotel Big Box

Sunway Hotel Big Box menawarkan penginapan dengan reka bentuk kontemporari dan moden. Bilik-biliknya luas dan dilengkapi dengan kemudahan moden.

Ia juga menyediakan pelbagai kemudahan mesra keluarga termasuk kolam renang dan taman permainan kanak-kanak. 

Sumber: Sunway Hotel Big Box

Hotel ini terletak bersebelahan dengan Sunway Big Box Retail Park. Jadi, kalau menginap di sini, anda boleh pergi membeli-belah pada bila-bila masa. 

Lokasinya yang terletak lebih kurang 8 minit sahaja daripada LEGOLAND, menjadikannya pilihan tempat penginapan yang ideal untuk anda sekeluarga. 

6. Somerset Medini Iskandar Puteri

Mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja daripada LEGOLAND, Somerset Medini Iskandar Puteri  menawarkan penginapan dalam bentuk servis apartmen yang selesa dan luas. Lengkap dengan dapur kecil dan ruang tamu lagi tau.

Sumber: Somerset Medini Iskandar Puteri

BACA JUGA: Cameron Highland: Tarikan Utama & Cadangan Tempat Penginapan Popular

Tips Penting Bila Pergi LEGOLAND Malaysia

1. Buat Tempahan Awal

Pastikan anda membuat tempahan awal untuk tiket masuk dan tempat penginapan sekiranya bercadang untuk bermalam. Dua ini memang penting. Kalau lambat nanti dah habis atau harga pun meningkat. 

2. Rancang Perjalanan

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke LEGOLAND mengambil masa lebih kurang 4 jam. Jadi pastikan anda rancang perjalanan anda bila nak bertolak dan anggaran masa sampai supaya ada masa untuk berehat sebentar sebelum memulakan aktiviti di LEGOLAND.

3. Bawa Stroller

Sekiranya anda membawa anak-anak kecil, memang sangat disarankan untuk membawa stroller kalau tak nak penat mendukung. LEGOLAND ni kan besar, biasanya budak cepat penat. So strollerlah penyelamat anda. 

4. Pakai Pakaian Selesa

Pastikan juga anda memakai pakaian yang selesa untuk beraktiviti. Kasut sebaiknya pakai kasut sukan sebab tapaknya agak tebal. Jadi tumit tak sakit bila berjalan banyak. 

5. Bawa Payung/Topi

Jangan lupa bawa payung sebagai persediaan untuk hari hujan atau cuaca panas terik. Kalau ada topi, bolehlah pakai.

6. Manfaatkan Peta

Periksa peta LEGOLAND dan rancang perjalanan nak pergi cuba yang mana terlebih dahulu. Kenal pasti tarikan yang ingin dikunjungi supaya dapat memanfaatkan masa dengan lebih baik.

7. Bawa Bekalan Air dan Makanan Ringan

Bawa botol air untuk kekal terhidrat sepanjang hari. Walaupun makanan dan minuman luar tidak dibenarkan, makanan ringan untuk kanak-kanak biasanya diterima. Semak polisi taman tema sebelum membawa makanan.

8. Rancang Waktu Makan Tengah Hari

Restoran di dalam LEGOLAND biasanya agak sesak sekitar waktu makan tengah hari. Jadi, rancang untuk makan lebih awal atau sedikit lewat untuk mengelakkan kesesakan.

9. Bawa Baju Lebih

Sekiranya anda bercadang untuk menikmati permainan air, jangan lupa bawa baju lebih dan kelengkapan lain yang diperlukan. 

10. Gunakan Aplikasi LEGOLAND

Muat turun aplikasi LEGOLAND Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini tentang waktu operasi, peta taman, dan jadual acara. Aplikasi ini juga boleh membantu anda mencari laluan tercepat ke tarikan tertentu.

Cara Mendapatkan Tiket Masuk LEGOLAND Dengan Harga Istimewa

Untuk mendapatkan tiket masuk LEGOLAND dengan harga istimewa, anda boleh membuat tempahan melalui KLOOK. Terdapat beberapa pilihan pakej yang anda boleh pilih mengikut keperluan dan kesesuaian bajet anda. 

Tempahan melalui KLOOK boleh dilakukan melalui kotak carian di bawah, taip LEGOLAND Malaysia Ticket, dan pilih pakej yang anda inginkan. 

Klook.com

Penutup

LEGOLAND adalah destinasi taman tema yang wajib dikunjungi terutamanya bagi mereka yang mencari keseronokan dan pengalaman yang berharga bersama keluarga. 

Dengan pelbagai tarikan yang menggabungkan pembelajaran dan permainan, LEGOLAND menawarkan sesuatu untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak yang ingin menerokai dunia kreatif dan keseronokan hingga orang dewasa yang mencari cabaran dan aktiviti untuk bersantai. 

Jom cipta kenangan terindah bersama seisi keluarga di LEGOLAND Malaysia dan alami keseronokan dunia LEGO yang menakjubkan!

Bantu kami share artikel ini: