Kisah Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala – Cerita Ringkas Kanak-kanak

Kisah Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala – Cerita Ringkas Kanak-kanak

Nabi Ibrahim adalah merupakan nabi yang ke-6 dan termasuk dalam senarai 25 nabi & rasul yang wajib diketahui. Nabi Ibrahim adalah seorang yang memiliki ketaatan yang luar biasa kepada Allah. 

Sejak kecil lagi, baginda selalu mencari kebenaran dan berusaha mengenal siapa sebenarnya Tuhan yang layak disembah. 

Berikut dikongsikan kisah Nabi Ibrahim selanjutnya.

BACA JUGA: Kisah Nabi Nuh Bersama Bahteranya – Cerita Ringkas Kanak-Kanak

Siapakah Nabi Ibrahim AS?

Nabi Ibrahim AS adalah putra seorang pembuat patung yang bernama Azar (Tharih bin Tahur). Baginda dilahirkan di Faddam A’ram, sebuah tempat yang berada di wilayah kerajaan Babilonia. 

Nabi Ibrahim membesar dalam kalangan penyembah berhala yang membuat patung di zaman kekuasaan Raja Namrud bin Kan’an. Ayahnya juga seorang penyembah berhala. 

Kisah Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala - Cerita Ringkas Kanak-kanak

Semasa kecil, ayahnya sering memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menjajakan patung buatannya ke pasar. Semasa sedang menjual, Nabi Ibrahim selalu berteriak; 

“Siapa yang mau membeli patung yang tidak boleh bercakap, tidak boleh memberi rezeki dan tidak boleh mendatangkan manfaat ini?” 

Ketika Nabi Ibrahim beranjak dewasa, baginda menolak perilaku masyarakatnya yang menyembah berhala. 

Dalam Surah Al- Anbiya’ ayat 51 Allah berfirman: 

Maksudnya: Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun), dan adalah Kami mengetahui (keadaan)nya.

Nabi Ibrahim Menghancurkan Patung Berhala

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim nekad menghancurkan berhala-berhala yang diletak di sebuah tempat yang menjadi lokasi penyembahan masyarakatnya. 

Baginda menjalankan misinya, semasa suasana sunyi sepi, ketika  Raja Namrud dan para pengikutnya pergi meninggalkan kampung tersebut atas tujuan tertentu. 

Nabi Ibrahim menggunakan kesempatan itu untuk menghancurkan semua berhala yang kecil dan menyisakan berhala yang paling besar. Nabi Ibrahim AS meletakkan kapaknya di leher berhala besar, lalu pulang ke rumahnya.

Kisah Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala - Cerita Ringkas Kanak-kanak

Ini dilakukan untuk menunjukkan kepada kaumnya bahwa berhala-berhala itu tidak memiliki kekuatan apapun.

Ketika Raja Namrud dan para pengikutnya kembali, mereka sangat terkejut melihat berhala-berhala yang mereka sembah semuanya hancur kecuali satu (berhala yang paling besar). 

Apabila mengetahui kejadian ini, masyarakat berbondong-bondong mendatangi rumah ibadah mereka yang menempatkan berhala-berhala yang telah dihancurkan oleh Nabi Ibrahim. 

Mereka menduga-duga siapa pelakunya. Mereka menyimpulkan bahawa Nabi Ibrahimlah pelakunya.  Mengetahui Ibrahim yang menghancurkan berhala-berhala tersebut, Raja Namrud pun kemudian memerintahkan tenteranya untuk menangkapnya.

Nabi Ibrahim Memberi Hujah

Setelah berhasil ditangkap, Nabi Ibrahim dibawa ke pengadilan raja yang disaksikan oleh masyarakat umum. Sidang itu dilakukan secara terbuka dengan tujuan agar rakyat mengetahui siapakah yang melakukan hal tersebut. 

Raja Namrud bertanya, “Hai Ibrahim! Apakah kamu yang menghancurkan berhala-berhala itu?”

“Bukan,” jawab Nabi Ibrahim. 

Raja Namrud berasa geram dan bertanya lagi, “Jangan menipu, hai Ibrahim! Akui saja perbuatanmu itu,”

“Tidak!” ujar Nabi Ibrahim tegas. 

Jawapan yang diberikan Nabi Ibrahim itu benar-benar memancing kemarahan Raja Namrud. 

Lantas, Nabi Ibrahim meneruskan lagi ucapannya; “Sebenarnya bukti siapa yang menghancurkan berhala-hala tersebut sudah jelas lagi nyata. Sekarang di hadapan kita ada satu patung besar dan di lehernya tergantung kapak besar. Mungkin dialah pelakunya!”

Ucapan Nabi Ibrahim AS semakin membuat Raja Namrud marah. 

Ia berkata, “Hai Ibrahim! Kau banyak akal. Kau pikir aku dan rakyatku sebodoh itu? Mana mungkin patung yang tidak boleh apa-apa melakukan hal tersebut!”

“Hai Raja Namrud! Yang bodoh bukan aku, tapi engkau dan seluruh rakyatmu. Buktinya, patung yang tidak boleh melakukan apa–apa, tidak boleh bercakap, tidak boleh menolong dan tidak boleh mendatangkan kebaikan itulah yang kalian sembah dan puja.”

 “Jika berhala tidak boleh berbuat apa-apa, kenapa kalian sembah?”

Sudah jelas, patung-patung yang kalian sembah itu tidak boleh menyelamatkan dirinya sendiri dari bahaya kehancuran,”

Mendengar jawaban Nabi Ibrahim AS, Raja Namrud dan para pengikutnya merasa terpukul. Hal ini kerana, apa yang diucapkan oleh Ibrahim itu memang masuk akal. 

Walaubagaimanapun, Nabi Ibrahim tetap ditangkap dan dijatuhkan hukuman. Mereka hendak membakar Ibrahim sebagai hukuman. 

Mukjizat Nabi Ibrahim

Kisah Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala - Cerita Ringkas Kanak-kanak

Setelah kayu api dikumpulkan, api pun dinyalakan dengan besar. Ibrahim tetap bertenang dan yakin bahawa Allah akan menolongnya. 

Terbuktilah bahawa keyakinan Ibrahim benar. Ketika baginda dilempar ke tengah api yang sedang marak menyala, Allah pun berfirman:

“Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim!”

(Surah Anbiya, ayat 69) 

Setelah kayu habis dijilat api, keluarlah Nabi Ibrahim dengan tenang tanpa terbakar sedikit pun. Inilah merupakan salah satu mukjizat Nabi Ibrahim. 

Pengajaran Kisah Nabi Ibrahim

1. Ketaatan Nabi Ibrahim Kepada Allah

Walaupun masyarakat sekelilingnya melakukan penyembahan berhala, namun Ibrahim tidak sesekali terpengaruh dan kekal beriman kepada Allah. 

2. Menyantuni Ibubapa Dengan Baik

Nabi Ibrahim menunjukkan contoh sebagai anak yang baik. Walaupun ayahnya tidak sependapat dengannya, Nabi Ibrahim tetap menyantuninya dengan baik dan mendengar arahannya. Nabi Ibrahim berusaha berdakwah dengan ayahnya penuh lemah lembut dan hikmah. 

3. Berani Menegakkan Kebenaran

Nabi Ibrahim berani dalam menegakkan kebenaran. Hal itu dibuktikan dengan keberaniaannya melawan Raja Namrud yang membangkang terhadap ajaran Allah Swt.

4. Bijak Berbicara

Nabi Ibrahim sangat cerdas dan bijak berbicara. Baginda memberikan hujah kebenaran dengan bijaksana sehingga masyarakatnya tidak dapat membalasnya. 

5. Yakin Dengan Pertolongan Allah

Semasa ingin dihumban ke dalam api, Nabi Ibrahim sangat yakin Allah akan menolongnya. Baginda bertawakkal sepenuhnya dan datanglah pertolongan daripada Allah. Api yang panas menjadi sejuk dan terselamatlah nabi Ibrahim. 

Bantu kami share artikel ini: