Kalendar Akademik UiTM 2024 / 2025 : Tarikh Kuliah, Exam & Cuti

Bagi pelajar di UiTM, Kalendar Akademik UiTM 2024/2025 adalah rujukan rasmi yang perlu anda rujuk bagi memudahkan anda mengetahui tarikh kuliah pengajian, cuti semester dan sebagainya untuk memudahkan anda merancang kehidupan anda di universiti.

Kalendar Akademik UiTM juga memudahkan para pelajar merancang percutian, membeli tiket perjalanan pergi dan balik dan sebagainya.

Senarai bidang pengajian

Kalendar Akademik UiTM bagi tahun 2024/2025 ini terpakai untuk peringkat pengajian berikut:

  • Pra-Diploma
  • Diploma
  • Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Kedoktoran

Promosi: Dapatkan lanyard UITM dengan 4 pilihan design menarik

Senarai aktiviti dipaparkan

Kalendar Akademik UiTM bagi tahun 2024/2025 telah pun dikeluarkan secara rasmi.

Kalendar ini telah disediakan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademi dan Antarabangsa).

Berikut merupakan senarai aktiviti yang dimuatkan dalam kalendar akademik ini:

  • Aktiviti Pendaftaran Pelaja Baharu
  • Aktiviti Pendaftaran Kursus
  • Aktiviti Perkuliahan – Tarikh kuliah, peperiksaan, cuti semester dan cuti umum
kalendar akademik uitm

Artikel berkaitan: Takwim Cuti KPM 2024 / 2025 & Tarikh Buka Sekolah

Kalendar Akademik UiTM sesi 2024/2025

Berikut merupakan kalendar rasmi UiTM untuk sesi pengajian 2024/2025.

Kalendar akademik ini diasingkan mengikut kategori-kategori berikut:

GROUP A: FOUNDATION/PROFESSIONAL

GROUP B: PRE-DIPLOMA, DIPLOMA, BACHELOR, MASTER AND PhD

GROUP A: FOUNDATION/PROFESSIONAL SEMESTER JANUARY-JUNE 2024

GROUP A: FOUNDATION/PROFESSIONAL SEMESTER JULY-DECEMBER 2024

GROUP A: FOUNDATION/PROFESSIONAL SEMESTER JANUARY-JUNE 2025

GROUP B: PRE-DIPLOMA, DIPLOMA, BACHELOR, MASTER AND PhD SEMESTER MARCH-AUGUST 2024

GROUP B: PRE-DIPLOMA, DIPLOMA, BACHELOR, MASTER AND PhD SEMESTER OCTOBER 2024-FEBRUARY 2025

GROUP B: PRE-DIPLOMA, DIPLOMA, BACHELOR, MASTER AND PhD SEMESTER MARCH-AUGUST 2025

Anda boleh memuat turun dan mencetak takwim pengajian ini bagi memudahkan anda membuat rujukan pada bila-bila masa.

Sejarah penubuhan UiTM

Penubuhan UiTM mempunyai sejarah yang cukup panjang, bermula sebelum zaman kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 lagi.

Semunya bermula daripada penubuhan Pusat Latihan RIDA (Rural & Industrial Development Authority) inspirasi Dato’ Onn Ja’afar, pengasas dan bekas presiden United Malays National Organisation (UMNO).

Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada November 1956 di bawah pengetua pertamanya, Tuan Syed Alwi bin Syed Sheikh Alhadi.

Padda Jun 1965, Dewan Latehan RIDA dikenali sebagai Maktab MARA atau Kolej MARA.

Pertukaran nama itu juga bermakna kolej itu tidak lagi beroperasi di bawah RIDA, sebaliknya menjadi unit terpenting Bahagian Latihan MARA.

Kolej MARA secara rasminya ditukar nama kepada Institut Teknologi MARA pada 14 Oktober 1967.

Penubuhannya adalah sebagai tindak balas kepada keperluan penting dalam negara untuk tenaga kerja terlatih di peringkat profesional dan separa profesional, terutamanya di kalangan bumiputera.

Pada Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dengan pengiktirafan sedemikian daripada kerajaan, satu usaha penyusunan semula besar-besaran telah dijalankan untuk menyatukan sumber Universiti untuk produktiviti optimum.

Senarai kampus UiTM

Berikut merupakan senarai penuh cawangan kampus pengajian UiTM:

  • UiTM Shah Ala, Selangor
  • UiTM INTEC Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
  • UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
  • UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
  • UiTM Puncak Alam, Shah Alam,
  • UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor
  • UiTM Dengkil, Selangor
  • UiTM Arau, Perlis
  • UiTM Dungun, Terengganu
  • UiTM Sri Iskandar, Perak
  • UiTM Samarahan, Sarawak
  • UiTM Sungai Petani, Kedah
  • UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • UiTM Alor Gajah, Melaka
  • UiTM Segamat, Johor
  • UiTM Jengka, Pahang
  • UiTM Machang, Kelantan
  • UiTM Kota Kinabalu, Sabah
  • UiTM Jasin, Melaka
  • UiTM Bertam, Pulau Pinang
  • UiTM Bukit Besi, Terengganu
  • UiTM Tapah, Perak
  • UiTM Rembau, Negeri Sembilan
  • UiTM Balik Pulau, Pulau Pinang
  • UiTM Pasir Gudang, Johor
  • UiTM Teluk Intan, Perak
  • UiTM Chendering, Terengganu
  • UiTM Raub, Pahang
  • UiTM Mukah, Sarawak
  • UiTM Tawau, Sabah
  • UiTM Johor Bahru, Johor
  • UiTM Raub, Pahang
  • UiTM Bukit Sekilau, Pahang
  • UiTM Alor Setar, Kedah
  • UiTM Bandaraya Melaka, Melaka
  • UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan
  • UiTM Bandar Kota Bharu, Kelantan

Maklumat lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kalendar Akademik UiTM anda, sila rujuk dengan pejabat pentadbiran UiTM atau boleh layari halaman rasmi kalendar akademikk di https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!