Istana Negara: Sejarah, Visi, Misi, Fungsi, Seni Bina & Keunikan

Istana Negara: Sejarah, Visi, Misi, Fungsi, Seni Bina & Keunikan

Istana Negara bukan sahaja berfungsi sebagai tempat tinggal rasmi ketua negara tetapi juga merupakan simbol kedaulatan dan kemegahan negara Malaysia. Ia juga menjadi lokasi penting untuk pelbagai  peristiwa bersejarah dan majlis rasmi. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Masjid Negara – Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan

Sejarah Istana Negara

Istana Negara: Sejarah, Visi, Misi, Fungsi, Seni Bina & Keunikan

Istana Negara pertama terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur. Bangunan ini asalnya dibina pada tahun 1928 dan digunakan sebagai kediaman rasmi seorang jutawan Cina, Chan Wing. 

Selepas Perang Dunia Kedua, bangunan ini diambil alih oleh kerajaan British dan digunakan sebagai kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

Pada tahun 1957, bangunan ini diubah suai menjadi Istana Negara bagi menyambut kemerdekaan Tanah Melayu. Perasmian Istana Negara ini menandakan permulaan era baharu dalam sejarah negara yang merdeka. 

Pada tahun 2011, Istana Negara baharu telah dibina di Jalan Duta (kini Jalan Tuanku Abdul Halim) bagi menggantikan istana lama yang tidak lagi sesuai untuk menampung fungsi-fungsi rasmi diraja.

Latar Belakang

Pengurusan Istana Negara diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang bergelar DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA. 

Beliau disokong oleh 6 Bahagian Utama dalam Pengurusan Istana Negara iaitu Bahagian Istiadat, Bahagian Urusan Diraja, Bahagian Hal Ehwal Islam, Bahagian Juruiring, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Keselamatan.

Di anggotai oleh hampir 236 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kategori dan gred jawatan.

Objektif

Objektif Istana Negara ialah untuk menjaga martabat dan imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia selaras dengan peruntukan Raja Berpelembagaan  didalam Perlembagaan Persekutuan.

Dasar Kualiti

Dasar Kualiti Istana Negara pula adalah komited untuk menyempurnakan semua urusan dan perkara-perkara yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dengan berteraskan nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme.

Visi

Visi Istana Negara ialah untuk menjadi organisasi terunggul dalam  menjaga keselesaan dan imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia selaras dengan peruntukan Raja Berpelembagaan  di dalam Perlembagaan Persekutuan

Misi

Memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti demi menjaga keselesaan dan imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia selaras dengan peruntukan Raja Berpelembagaan  di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lokasi

Istanan Negara Malaysia terletak di: Jln Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Logo Dan Panji-Panji Diraja

Istana Negara: Sejarah, Visi, Misi, Fungsi, Seni Bina & Keunikan

Sebagai Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah simbol kepada ketaatan warga Malaysia kepada Undang-undang dan Perlembagaan. 

Panji-panji Diraja adalah simbol kepada kewujudan Institusi Yang di-Pertuan Agong. Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi. 

Warna kuning adalah warna Diraja. Karangan padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran.

Rekabentuk Jata Malaysia di tengah-tengah adalah menunjukkan:

  • Bulan serta bintang yang mempunyai 14 cabang adalah menunjukkan 14 buah negeri yang menjadi komponen negeri dalam Malaysia yang juga menunjukkan bahawa Islam adalah agama bagi Malaysia.
  • Lima bilah keris adalah melambangkan lima buah negeri-negeri Melayu Bukan Bersekutu (sebelum merdeka) iaitu Johor, Kedah, perlis, Kelantan dan Terengganu.
  • Di kiri kanan perisai adalah melambangkan negeri-negeri yang tidak beraja iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.
  • Manakala empat panel perisai yang mempunyai ukuran yang sama di tengah-tengah perisai yang mengandungi warna-warna putih adalah negeri Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam dan kuning adalah warna negeri Perak; merah, hitam dan kuning adalah warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah asalnya negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Fungsi dan Peranan

1. Kediaman Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Istana Negara berfungsi sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu ketua negara Malaysia. 

2. Lokasi Upacara-upacara Diraja & Majlis-majlis Rasmi

Selain itu, Istana Negara juga menjadi tempat berlangsungnya upacara-upacara diraja dan majlis-majlis rasmi negara. Antara upacara penting yang diadakan di Istana Negara termasuklah:

  • Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong: Upacara ini diadakan setiap lima tahun sekali apabila Yang di-Pertuan Agong yang baru dilantik. Ia merupakan acara yang penuh tradisi dan adat istiadat Melayu.
  • Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong: Sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong diadakan setiap tahun dengan pelbagai acara termasuk istiadat perbarisan kehormatan, majlis jamuan, dan pelbagai aktiviti kebajikan.
  • Majlis Menghadap Rasmi: Ini termasuklah majlis menghadap ketua-ketua negara asing, duta-duta, dan pelbagai tokoh penting dari dalam dan luar negara.
  • Majlis-Majlis Kebangsaan: Istana Negara juga menjadi lokasi utama untuk pelbagai majlis kebangsaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, dan majlis-majlis anugerah diraja.

3. Pelancongan dan Pendidikan

Istana Negara juga menjadi daya tarikan pelancongan yang penting. Pelawat dari dalam dan luar negara berpeluang melihat keindahan dan keagungan istana ini, walaupun hanya dari luar pagar.

Pada masa-masa tertentu, istana ini turut dibuka kepada orang ramai untuk lawatan khas, terutamanya semasa sambutan hari-hari kebesaran diraja.

6. Sejarah & Budaya Negara

Selain itu, Istana Negara juga memainkan peranan penting dalam mendidik rakyat mengenai sejarah dan budaya negara.

Pelbagai program pendidikan dan lawatan sambil belajar diadakan bagi pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ini membantu dalam menyemai semangat patriotisme dan kefahaman mendalam tentang sistem pemerintahan beraja di Malaysia.

7. Memperkukuhkan Hubungan Diplomatik

Istana Negara bukan sahaja menjadi simbol kedaulatan Malaysia, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.

Setiap kali pemimpin asing melawat Malaysia, Istana Negara menjadi lokasi utama untuk pertemuan rasmi dan jamuan negara. Ini membantu dalam mempererat hubungan antarabangsa dan mempromosikan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berbudaya tinggi.

Seni Bina dan Keunikan

Istana Negara baharu yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim ini direka dengan gabungan elemen seni bina Melayu Islam dan moden. 

Ia mempunyai dua kubah utama dan empat belas kubah kecil yang melambangkan empat belas negeri di Malaysia. Luas keseluruhan kawasan istana adalah kira-kira 97.65 hektar, dengan keluasan bangunan utama sekitar 22,000 meter persegi.

Reka bentuk istana ini menonjolkan keindahan seni bina Melayu dengan penggunaan motif tradisional dan ukiran kayu yang halus. Kubah-kubah istana yang berwarna emas menambah keanggunan dan kemegahan kepada bangunan ini. 

Selain itu, istana ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk dewan bankuet, bilik mesyuarat, ruang-ruang istirahat yang selesa dan sebagainya. 

Maklumat Lanjut

Dapatkan info terkini daripada Istana Negara melalui laman web rasmi Istana Negara.

Bantu kami share artikel ini: