Live Streaming AJL 37: Tonton Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu 2023

Debaran Anugerah Juara Lagu 2023 (AJL 37) kian terasa! 12 peserta kini bakal bertempur di atas satu pentas yang berprestij untuk merebut satu gelaran yang sama! Siapakah yang bakal membawa gelaran juara untuk tahun ini?

AJL37 yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Februari ini membawa tema ‘Dimensi Muzik’, menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang semakin rancak dengan karya dari pelbagai genre.

Tonton AJL 37 secara langsung (live streaming) di TV3 bermula jam 9 malam, Ahad, 12 Februari 2023 ini.

Penonton boleh menyaksikan kerjasama Alha Alfa Cosmetics dan TV3 pada AJL 37 yang akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari depan, jam 9 malam.

Manakala, Sherry Alhadad dan Jihan Muse akan bergandingan selaku hos bagi mengendalikan acara berprestij tersebut.

anugerah juara lagu 37 ajl 37

Tentang AJL 37

Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986.

Setiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 12 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu.

Anugerah Juara Lagu 35 akan menobatkan Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Finalis Anugerah Juara Lagu

Berikut senarai finalis AJL 35 pada malam ini:

LAGUPENYANYIKOMPOSERLIRIK
Mainan Naim DanielFirdaus Rahmat, Omar K & Mas DewangaArisz Ab Rahman
Payung PelangiNoki & MkNoki & MkNoki & Mk
IramaShiha ZikirIqie Hugh, Firdaus Rahmat & John JeevesIqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
SengsaraKhai BaharJohn Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar KJohn Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
NangIman TroyeEzra Kong & A.RamleEzra Kong & A.Ramle
Terus HidupAina AbdulAina AbdulAina Abdul
Kembali TerangMarsha MilanSenna & AjinSenna
Satu Malam Di Temasek Joe Flizzow & SonaoneSonaone Joe Flizzow & Sonaone
Bahagiakan DiaLiza Hanim & Shila AmzahAliff IskandarAliff Iskandar & Que Afiq
KorbanErnie ZakriErnie ZakriErnie Zakri
DebuDayang Nurfaizah & Amir MasdiMas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap SalimMas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Anugerah TerindahAlif SatarAlif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry ArwisAlif Satar, Shah Shamshiri & Romeo

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 2023 #AJL37

Tahniah buat para pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)!

  • Juara AJL37: Terus Hidup – Aina Abdul
  • Naib Juara: Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow & SonaOne
  • Tempat Ke-3: Anugerah Terindah – Alif Satar & The Locos
  • Vokal Terbaik: Aina Abdul
  • Persembahan Terbaik: Irama – Shiha Zikir
  • Penyanyi Pilihan Alha Alfa: Khai Bahar

Senarai Pemenang AJL 1986 – 2022

Berikut senarai pemenang AJL dari tahun 1986 – 2022.

TAHUNAJLLAGUPENYANYI
19861Sekadar Di PinggiranFRANCISSCA PETER
19872Menaruh HarapanZAITON SAMEON
19883Kau Kunci Cintaku Di Dalam HatimuRAMLAH RAM
19894IsabellaSEARCH
19905Janji ManismuAISHAH
19916Takdir Dan WaktuMEGA
19927Pada Syurga Di WajahmuDATO’ NASH
19938Teratai Layu Di Tasik MaduFAUZIAH LATIFF
19949Tanya Sama Itu Hud HudDATUK M. NASIR
199510Cinta Beralih ArahAISHAH
199611Jerat PercintaanDATO’ SRI SITI NURHALIZA
199712Ghazal Untuk RabiahDATUK M. NASIR & DATO’ JAMAL ABDILLAH
199813CindaiDATO’ SRI SITI NURHALIZA
199914AndalusiaDATUK M. NASIR
200015BalqisDATO’ SRI SITI NURHALIZA
200116Mimpi LailaYASIN
200217KeliruNURUL & AJAI
200318Bunga-Bunga CintaMISHA OMAR
200419Relaku PujukSPIDER
200520GemilangJACLYN VICTOR
200621Terlalu IstimewaADIBAH NOOR
200722Itu KamuESTRANGED
200823Lagu UntukmuMEET UNCLE HUSSAIN
200924PergiAIZAT AMDAN
201025Tolong Ingatkan AkuANA RAFFALI
201126Awan NanoHAFIZ SUIP
201227Terukir Di BintangAIZAT AMDAN | PENYANYI ASAL: YUNA
201328Bahagiamu DeritakuHAFIZ SUIP
201429Apa KhabarJOE FLIZZOW FT. SONAONE
201530PotretAKIM & THE MAJISTRET
201631Lelaki TeragungDAYANG NURFAIZAH
201732JampiHAEL HUSAINI
201833HaramDAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI
201934SumpahNAIM DANIEL
202035GilaKAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B
202136Pelukan AngkasaSOG & SHILA AMZAH
202237Terus HidupAINA ABDUL

LIVE Streaming AJL 37 [ Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu 2023 ]

Anugerah Juara Lagu 37 akan bersiaran LIVE pada 12 Februari 2023, 9 malam hanya di TV3!

Acara Karpet Merah dan liputan “backstage” secara strim langsung eksklusif di Tonton bermula jam 8 malam.

Strim langsung HD hanya di Tonton juga saksikan di TV3. Download aplikasi Tonton atau layari https://www.tonton.com.my

ajl37 tonton

https://www.tonton.com.my/ajl37/

Anda boleh strim LIVE HD eksklusif di tonton melalui pautan : https://watch.tonton.com.my/#/

atau Youtube TV3 Malaysia:

https://youtube.com/@tv3malaysia

HIGHLIGHT: Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 | #AJL37 (12 Feb 2023)

https://www.youtube.com/watch?v=PLVVd2BDl5o

Tahniah diucapkan kepada 12 finalis yang berjaya mara ke pentas AJL 37.

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Anugerah Juara Lagu 37, sila ikuti laman Instagram Muzik Muzik.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: