Jadual Lengkap Sifir 9

Dalam mata pelajaran matematik, Sifir 9 ialah salah satu sifir yang penting perlu difahami dan dihafal oleh murid.

Namun sebelum itu, murid mestilah memahami maksud sifir, konsep sifir, dan jadual lengkap berkenaan sifir ini.

Maksud Sifir

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sifir merupakan daftar bilangan yg dipergandakan berturut-turut seperti 1 x 9, 2 × 9, 3 × 9, 4 x 9 dan seterusnya.

Dalam erti kata yang lain, sifir juga adalah proses penambahan kumpulan nombor yang sama yang berlaku secara berulang.

Contohnya, 5 didarabkan dengan 9 adalah sebenarnya 9 tambah 9 sebanyak 5 kali atau 9 + 9 + 9 + 9 + 9.

Memahami Konsep Sifir 9

Bagi konsep sifir, ianya mestilah difahami dengan konsep darab.

Dalam maksud yang lain, sekiranya ianya melibatkan sifir ini, ia mestilah melibatkan darab 9.

Sebagai contoh:

  • 2 x 9 bersamaan dengan 9 + 9 yang mana jawapannya adalah 18.
  • 3 x 9 bersamaan dengan 9 + 9 + 9 yang mana jawapannya adalah 27.

Jadual Sifir 8

Operasi DarabJawapan
1 x 99
2 x 918
3 x 927
4 x 936
5 x 945
6 x 954
7 x 963
8 x 972
9 x 981
10 x 990
11 x 999
12 x 9108

Baca juga: Jadual Lengkap Sifir 8

Bantu kami share artikel ini: