Jadual Lengkap Sifir 8

Sifir 8 merupakan salah satu sifir yang penting dalam mata pelajaran matematik yang perlu difahami dan dihafal oleh murid.

Bagi memahami sifir ini, murid perlu mengetahui maksud sifir, konsep sifir, dan jadual lengkap berkenaan sifir ini.

Maksud Sifir

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sifir merupakan daftar bilangan yg dipergandakan berturut-turut seperti 1 x 8, 2 × 8, 3 × 8, 4 x 8 dan seterusnya.

Dalam erti kata yang lain, sifir juga adalah proses penambahan kumpulan nombor yang sama yang berlaku secara berulang.

Contohnya, 6 didarabkan dengan 8 adalah sebenarnya 8 tambah 8 sebanyak 6 kali atau 8 + 8 + 8 + 8 + 8 + 8.

Memahami Konsep Sifir

Bagi konsep sifir, ianya mestilah difahami dengan konsep darab.

Dalam erti kata lain, jika ianya melibatkan sifir ini, ia mestilah melibatkan darab 8.

Sebagai contoh:

  • 3 x 8 bersamaan dengan 8 + 8 + 8 yang mana jawapannya adalah 24.
  • 4 x 8 bersamaan dengan 8 + 8 + 8 + 8 yang mana jawapannya adalah 32.

Jadual Sifir 8

Operasi DarabJawapan
1 x 88
2 x 816
3 x 824
4 x 832
5 x 840
6 x 848
7 x 856
8 x 864
9 x 872
10 x 880
11 x 888
12 x 896

Baca juga: Jadual Lengkap Sifir 7

Bantu kami share artikel ini: