Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan

Sekinchan merupakan sebuah pekan yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Ia terletak di negeri Selangor, sekitar dua jam pemanduan dari Kuala Lumpur.

Pekan ini mula mendapat perhatian dan popular dalam kalangan pelancong selepas beberapa tahun kebelakangan ini.

Terutamanya selepas ia ditampilkan dalam beberapa drama dan filem, termasuk drama romantik Hong Kong “Outbound Love” dan siri tempatan “The Seeds of Life.”

Sumber: Pakej.MY

Sekinchan terkenal dengan sawah padi yang luas, kaedah pertanian moden, hasil padinya serta hasil lautnya yang segar. 

Jom kita terokai bersama keindahannya, tempat-tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan di Sekinchan!

BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!

Tempat Menarik & Aktiviti yang Boleh Dilakukan Di Sekinchan

1. Sawah Padi Sekinchan

Perkara pertama yang pasti terlintas di fikiran kebanyakan orang mengenai Sekinchan ialah, sawah padinya yang luas terbentang. 

Untuk pengetahuan anda, Sekinchan adalah salah satu kawasan utama pengeluaran padi di Malaysia. 

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan
Sumber: FacebookSekinchan

Pemandangan sawah padi yang indah ini sering menarik minat jurugambar dan pengunjung untuk merakam keindahannya. 

Pengunjung boleh menikmati pemandangan sawah padi yang hijau semasa musim penanaman atau warna keemasan semasa musim tuaian.

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan
Sumber: FacebookSekinchan

Menariknya lagi, pengunjung juga boleh menyewa basikal dan berbasikal mengelilingi sawah padi sambil menikmati ketenangan suasananya. 

Tidak ketinggalan, terdapat menara tinjau yang dibina khas untuk pengunjung melihat panorama sawah padi dari ketinggian. 

Pada waktu matahari terbenam, suasana di sawah padi Sekinchan menjadi semakin memukau dengan cahaya jingga yang menghiasi langit. 

2. Perkampungan Nelayan Tradisional 

Selain sawah padi, perkampungan nelayan yang  terletak di sepanjang sungai di bahagian barat daya pekan ini juga salah satu tarikan utama di Sekinchan. 

Di sini, pengunjung boleh melihat kehidupan nelayan yang masih mengekalkan cara-cara menangkap ikan secara tradisional.

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan
Sumber: FacebookSekinchan

Terdapat juga banyak jeti kecil di sepanjang pantai di mana bot-bot nelayan berlabuh selepas pulang dari laut. Suasananya cukup menarik terutamanya bagi penduduk bandar.

Pengunjung juga boleh melihat proses penyediaan ikan kering yang dijemur di bawah sinaran matahari, satu pemandangan yang sangat sinonim dengan kehidupan nelayan di Sekinchan.

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan
Sumber: FacebookPasar Nelayan Sekinchan

Masa terbaik untuk melawat perkampungan nelayan adalah pada lewat petang apabila para nelayan pulang dengan hasil tangkapan harian mereka. 

Anda boleh melihat para nelayan menurunkan ikan, udang, ketam dan hasil laut lain dari bot dan menjualnya di pasar atau restoran. Yang pasti, semuanya segar-segar!

3. Pantai Redang Sekinchan

Berhampiran perkampungan nelayan, terdapat sebuah pantai kecil yang dikenali sebagai Pantai Redang.  

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan
Sumber: VisitSekinchan

Pemandangan laut yang tenang, angin sepoi-sepoi bahasa, dan pasir pantai yang lembut menjadikan Pantai Redang tempat ideal untuk pengunjung berehat dan merehatkan fikiran. 

Selain itu, di pantai ini juga terdapat tarikan lain seperti “Wishing Tree” atau Pokok Hajat yang cukup terkenal dalam kalangan pengunjung.

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan
Sumber: VisitSekinchan

Bagi sesiapa yang berhajat, dia boleh menggantungkan reben berwarna merah dengan harapan agar hajat yang diimpikan menjadi kenyataan.

Di sini, pengunjung juga boleh menyertai aktiviti seperti memancing atau menyertai lawatan bot untuk melihat pemandangan laut yang indah. 

4. Restoran Makanan Laut yang Terkenal

Setelah puas menikmati pemandangan dan suasana Sekinchan, tiada yang lebih baik daripada menikmati makanan laut segar yang ada di sini. 

Sekinchan sememangnya terkenal dengan restoran-restoran makanan laut yang menawarkan hidangan laut yang lazat dan berkualiti tinggi. Kesegarannya tidak perlu diragui. Harganya pun dijamin lebih murah dan berpatutan berbanding bandar-bandar besar. 

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan

Antara hidangan yang wajib dicuba adalah sotong goreng tepung, omelette tiram, udang mantis, daging yu, ketam masak cili, udang masak mentega, ikan bakar dan pelbagai lagilah. Kebanyakan hidangan ini dimasak mengikut gaya masakan Teochew yang autentik.

Ramai pelancong dari luar Sekinchan atau penduduk tempatan yang berdekatan datang ke sini semata-mata untuk mencuba makanan laut segar di sini tau!

5. Pusat Pendidikan Padi Sekinchan

Setelah melawat sawah padi, kunjungan anda ke Sekinchan tidak akan lengkap tanpa berkunju ke Pusat Pendidikan Padi Sekinchan.

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan
Sumber: Facebook

Ia berfungsi sebagai kilang, muzium, dan galeri yang menawarkan pengunjung peluang untuk mempelajari proses penghasilan beras dari awal hingga akhir.

Di Pusat Pendidikan Padi ini, pengunjung boleh menyertai lawatan berpandu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pertanian padi.

Sumber: Facebook

Disamping itu, pengunjung juga boleh melihat secara langsung bagaimana padi ditanam dan dituai. 

Pusat pendidikan ini adalah salah salah satu destinasi di Sekinchan yang ideal untuk membawa kanak-kanak.

Di sini, kanak-kanak dapat belajar banyak perkara termasuklah betapa pentingnya padi dalam kehidupan seharian kita.

BACA JUGA: Senarai Pasar Malam Selangor

6. Sky Mirror Sekinchan

Sky Mirror adalah fenomena alam yang unik di mana permukaan air yang tenang menciptakan pantulan langit yang indah. Ia terjadi terletak kira-kira 10 kilometer dari pantai Sekinchan, berhampiran dengan pulau kecil bernama Pulau Angsa.

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan
Sumber: KLOOK

Fenomena ini tidak terjadi setiap hari atau setiap masa. Ia hanya boleh dilihat pada hari dan masa tertentu setiap bulan, bergantung pada kalendar bulan dan cuaca

Untuk melawat Sky Mirror, anda perlu menyertai pakej lawatan yang menyediakan perkhidmatan bot. Anda boleh menempah lawatan ini melalui KLOOK atau menghubungi operator pelancongan di Sekinchan.

Klook.com

7. Selangor Fruit Valley

Selangor Fruit Valley terletak kira-kira 15 minit memandu dari pusat bandar Sekinchan. Di sini, anda boleh menikmati pengalaman memetik buah-buahan segar daripada pokoknya. Memang seronok lebih-lebih bagi keluarga yang membawa anak-anak. 

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan
Sumber: Selangor Food Valley

Antara buah-buahan yang ada ialah mangga, jambu, pisang, durian, rambutan, duku, langsat, manggis, nangka dan lain-lain, bergantung pada musim.

Selain aktiviti memetik buah, anda juga boleh menikmati hidangan yang diperbuat daripada buah-buahan segar seperti jus, ais krim dan kuih-muih. 

Sekinchan: Tarikan Utama & Aktiviti yang Boleh Dilakukan
Sumber: Selangor Food Valley

Terdapat juga kedai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan dengan harga yang jauh lebih murah. Pengunjung juga boleh membeli produk berasaskan buah-buahan untuk dijadikan sebagai cenderahati.

Penginapan Homestay dan Resort di Sekinchan

Untuk benar-benar merasai kehidupan warga lokal, anda boleh memilih untuk menginap sehari dua di sini. Terdapat banyak pilihan homestay dan resort yang menarik dengan harga berpatutan. Menariknya lagi, kebanyakannya menawarkan pengalaman tinggal di rumah tradisional kampung!

Selain keselesaan, penginapan di sini juga menawarkan pemandangan indah dan mendamaikan yang boleh dinikmati dari tingkap bilik anda.

Bayangkan bangun pagi dan melihat hamparan sawah padi yang luas dan hijau. Fuh, tenang beb!

Untuk membuat tempahan homestay atau resort, anda boleh lakukannya melalui KLOOK. Taip:  Homestay dan Resort di Sekinchan di kotak carian di bawah dan klik, SEARCH. 

Klook.com

Penutup

Sekinchan adalah destinasi ideal untuk pengunjung yang mahukan percutian yang santai dan lebih dekat dengan alam serta kehidupan tempatan. Kemesraan penduduknya menambah daya tarikan Sekinchan sebagai destinasi percutian yang unik.

Memang recommended sangat untuk anda datang ke sini sekurang-kurangnya sekali!

Bantu kami share artikel ini: