Gula Melaka : Khasiat dan Kegunaannya dalam Masakan

Sering kita dengar berkenaan penggunaan gula melaka yang juga dikenali sebagai “gula palma” atau “gula tuak” ini dalam masakan-masakan di Malaysia. Namun begitu, tidak ramai daripada kita yang tahu bagaimana gula ini dihasilkan.

Jadi, buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang gula ini, seperti asal usulnya, khasiatnya, jenama dan lain-lain lagi. Pastikan anda teruskan pembacaan anda kerana pada artikel kali ini akan kami kongsikan semua tentang gula melaka.

Asal Usul Gula Melaka

Gula melaka atau turut dikenali sebagai gula palma merupakan sejenis gula bewarna coklat yang diperbuat daripada “air manisan kelapa” atau “air nira kelapa”. Gula ini dinamakan sebegitu kerana ianya berasal dari negeri Melaka.

Untuk pengetahuan anda, gula tuak ini lebih pekat berbanding gula nisan kerek di Kelantan atau gula kabung. Kemanisan dan kehalusan gula jenis ini sangat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai hidangan di Malaysia.

Gula Melaka Asli memiliki rasa karamel yang kaya dan aroma yang semula jadi. Warna biasanya lebih gelap dan pekat. Ia juga mempunyai tekstur yang lembut dan mudah larut.

Rasa gula ini adalah lebih kurang sama dengan rasa gula perang, namun gula ini memiliki rasa karamel yang kaya dan aroma yang semula jadi. Gula tuak ini juga mempunyai rasa yang kurang manis daripada gula putih halus dan gula perang.

gula melaka

Khasiat dan Nutrien

Gula melaka atau gula palma ini mempunyai banyak khasiat dan nutriennya. Namun begitu, dalam setiap perkara, pengambilan secara sederhana adalah sangat-sangat digalakkan bagi menjaga kesihatan kita.

Berikut merupakan beberapa nutrien dan khasiat yang boleh kita peroleh jika kita menggunakan gula jenis ini dalam masakan kita:

  1. Mengandung Zat Besi
    • Kandungan zat besi yang banyak dalam gula ini dapat membantu menambah darah dan mencegah penyakit kekurangan darah atau anemia.
  2. Mengandungi Inulin dan Potassium
    • Inulin adalh serat yang boleh membantu dalam menggalakkan aktiviti pencernaan.
    • Potasium dapat membantu mengawal fungsi sistem saraf tubuh dengan baik.
  3. Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
    • Kandungan GI rendah iaitu sebanyak 35 berbanding gula biasa, 68.
    • Penyerapan gula daam darah akan menjadi lebih perlahan, yang seterusnya dapat membantu dalam mengelakkan paras gula dalam darah meningkat.

Baca juga: Air Mineral : Khasiat, Kelebihan & Jenama Air Mineral

Kegunaan Gula Melaka dalam Masakan Rakyat Malaysia

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, gula palma ini banyak digunakan dalam masakan di Malaysia, tidak kira dalam hidangan utama ataupun manisan. Berikut merupakan antara beberapa menu yang menggunakan gula jenis ini:

  • Kuih Buah Melaka (Onde-onde)
  • Kuih Bingka
  • Apam Gula Melaka
  • Kuih Badak Berendam
  • Lempeng Berinti Kelapa dan Gula Melaka
  • Cendol
  • Bubur Nasi Merah
  • Kuih Koci 
  • Kuih Keria

Jenama Gula Melaka di Malaysia

Berikut kami kongsikan kepada anda, antara jenama gula palma terbaik yang dijual di Malaysia:

  1. Madam Yap Gula Melaka
  2. Gula Melaka Comel Mama
  3. Bake With Yen Gula Melaka
  4. JNE Pure Palm Sugar
  5. Little Malacoco Pure Filtered Coconut Palm Sugar
  6. Sing Long Gula Melaka
  7. YokMart Melaka Palm Sugar
  8. Gula Melaka Cap Kapal
  9. Malaga Coconut Palm Sugar
  10. San Shu Gong Malaya Coconut Palm Sugar

Anda juga boleh dapatkan gula melaka ini di Shopee dengan harga yang lebih murah dan berpatutan!

Bantu kami share artikel ini: