Tips Penyelidikan & Contoh Metodologi Kajian

CONTOH METODOLOGI KAJIAN

Untuk penyediaan kerja kursus atau kajian kes, salah satu perkara yang mesti dilaksanakan oleh pelajar adalah menerangkan mengenai metodologi kajian.

Ini penting bagi membolehkan pembaca mengetahui bagaimana dapatan kajian diperoleh oleh seseorang pelajar tersebut.

Ianya juga bagi memastikan penyelidikan atau kajian dibuat mendapat dapatan yang tepat dan betul sebelum pelaporan dapat dibuat.

Maksud Metodologi Kajian

Metodologi kajian secara umumnya adalah merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu.

Dalam erti kata lain, metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.

Tujuan metodologi kajian dilaksanakan adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

Reka Bentuk Kajian

Untuk memulakan kajian, pelajar perlu menentukan terlebih dahulu reka bentuk kajian sama ada:

  • Kuantitatif
  • Kualitatif

i) Kuantitatif

Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik kerana ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil.

Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan ini dikaitkan dengan data numerika atau nombor dan ketepatan.

ii) Kualitatif

Kajian kualitatif ialah kaiian ke atas sesuatu sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci secara mendalam.

Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumen.

Sumber Data

Terdapat 2 sumber data yang akan diperoleh oleh murid iaitu primer dan sekunder.

Data primer adalah data yang berasal dari sumber asli atau pertama yang tidak diolah, manakala data sekunder didefinasikan sebagai data yang telah dikumpulkan dan diolah oleh pengkaji atau penyelidik yang lain.

Data primer diperoleh melalui pemerhatian, temu bual, dokumen dan bahan-bahan visual.

Manakala data sekunder diperoleh melalui majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan sebagainya.

Contoh Metodologi Kajian

Untuk melaksanakan kajian, berikut adalah prosedur contoh metodologi kajian:

i) Kajian Kuantitatif

ii) Kajian Kualitatif

Tips Menjalankan Penyelidikan

Antara tips untuk menjalankan penyelidikan adalah seperti berikut:

  • Kenal pasti isu/masalah dalam membuat kajian.
  • Baca kajian-kajian terdahulu dan kenal pasti ‘gap’ yang ada dalam setiap kajian.
  • Tetapkan objektif kajian.
  • Tetapkan reka bentuk kajian dengan betul.
  • Patuhi etika penyelidikan.
  • Sentiasa merujuk kepada guru/penysarah dalam membuat kajian.

Baca juga: Kajian Kes Sejarah: Panduan Penulisan

Bantu kami share artikel ini: