MRSM Ulul Albab: Lokasi, Kelebihan & Subjek

Salah satu program yang ditawarkan di dalam Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah MRSM Ulul Albab.

MRSM ini dikenali sebagai MRSM yang menawarkan subjek tahfiz al-Quran kepada pelajar bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4.

Mengenai MRSM Ulul Albab

Program Ulul Albab merupakan integrasi Sistem Pendidikan MRSV (SPMRSM) yang berteraskan STEM dengan program khas tahfiz al-Quran melalui pendekatan elemen Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Program ini adalah hasil cetusan idea bekas Pengerusi MARA iaitu Tan Sri Dato’
Seri Idris bin Jusoh dalam usaha memberi inovasi dalam sistem pendidikan negara.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang beriman, bertakwa, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi merealisasikan program Ulul Albab dalam sistem pendidikan MARA, aspek multilingual diutamakan dengan menjadikan bahasa Melayu, bahasa lnggeris dan bahasa Arab sebagai teras.

Kelebihan MRSM Ulul Albab

Antara 3 kelebihan MRSM ini merangkumi:

  • Quranik
  • Ensiklopedik
  • Ijtihadik

i) Quranik

Menghafaz 30 juzuk Al Quran dalam masa tiga tahun serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFFAS)

ii) Ensiklopedik

Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.

iii) Ijtihadik

Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian permasalahan ummah, memaksimumkan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.

Subjek MRSM Ulul Albab

Subjek yang diajar dalam MRSM ini adalah:

Semester 1

  • Hafazan al-Quran
  • Kemahiran Asas Tingkatan Satu (KAT 1)
  • English Communication skills – Kemahiran Asas Matematik
  • Kemahiran Mind Map
  • Kemahiran Berfikir
  • Kemahiran Asas Sains
  • Kemahiran Amal Islami
  • Kemahiran Bahasa Arab
  • Kemahiran Speed Reading
  • Kemahiran Public Speaking

Semseter 2

  • Hafazan al-Quran
  • Subjek Akademik
  • Ko-Kurikulum

Selain daripada subjek-subjek asas seperti di lain-lain MRSM, ini juga menawarkan subjek-subjek tambahan seperti berikut:

Menengah Rendah (PT3)

  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab

Menengah Atas

  • Al-Quran Dan al-Sunnah
  • Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab

Lokasi MRSM Ulul Albab

Terdapat 8 lokasi MRSM yang menawarkan program ini iaitu:

  • MRSM Kota Putra, Terengganu
  • MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
  • MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
  • MRSM Sungai Besar, Selangor
  • MRSM Semporna, Sabah
  • MRSM ATM Bera, Pahang
  • MRSM FELDA Trolak, Perak
  • MRSM Bagan Datuk, Perak

Temu Duga Yang Dijalankan

Untuk kemasukan ke MRSM ini, calon akan ditemuduga dan diminta memperdengarkan bacaan hafazan, membaca ayat tilawah dan diuji kemahiran Tajwid.

Calon juga akan dinilai dari aspek berikut:

  • Penampilan
  • Kefasihan Hafazan
  • Kemahiran Tajwid
  • Minat
  • Kemahiran komunikasi
  • Mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik
  • Pengetahuan Am

Contoh Soalan UKKM Ulul Albab

Bagi calon yang memohon MRSM ini, antara contoh soalan yang bakal ditanya adalah seperti berikut:

  • Calon akan diberikan masa 25 minit untuk menghafaz ayat Al-Quran.
  • Kemudiannya, calon akan diberi masa 35 minit untuk membaca hafazan tersebut.
  • Ayat hafazan yang diberikan adalah daripada Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai MRSM, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/

Bantu kami share artikel ini: