Minyak Tanah: Fungsi, Kegunaan & Harga Di Pasaran

Ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, pastinya salah satu perkara yang diberi perhatian adalah untuk membeli minyak tanah bagi menghidupkan pelita.

Namun, adakah kita mengetahui apakah kegunaan lain minyak ini?

Oleh itu, di sini diterangkan mengenai fungsi dan kegunaan minyak ini serta harganya di pasaran.

Apa Itu Minyak Tanah?

Minyak ini adalah nama lain karosin atau satu lagi istilah popular juga dipanggil parafin.

Minyak ini merupakan cecair hidrokarbon terhasil daripada penyulingan pecahan petroleum pada suhu 150 °C dan 275 °C.

Dalam erti kata lain, minyak ini adalah produk penyulingan dalam bentuk minyak tidak berwarna dan sejernih air pada umumnya.

Fungsi Minyak Tanah

Pada masa dulu, permintaan penggunaan kerosin adalah lebih tinggi berbanding bahan api yang lain seperti petrol dan diesel.

Minyak ini digunakan secara meluas untuk tujuan pencahayaan dan kebanyakan kawasan pedalaman di Asia bergantung kepada lampu minyak ini sebagai sumber pencahayaan kerana tiada bekalan elektrik.

Minyak ini juga digunakan oleh masyarakat setempat untuk memasak dengan menggunakan dapur minyak tanah.

Ini adalah faktor mengapa minyak ini digunakan dengan lebih meluas adalah kerana harganya lebih murah berbanding sekarang.

Fungsi Minyak Tanah

Terdapat 2 fungsi utama minyak tanah iaitu:

i) Bahan Bakar

a) Pencahayaan

Minyak ini pada pertengahan abad ke-19 digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu minyak bagi tujuan pencahayaan sebelum wujudnya tenaga elektrik digunakan.

b) Memasak

Selepas manusia berhenti menggunakan kayu api sebagai bahan bakar memasak, manusia menggunakan minyak mentah sebagai bahan bakar untuk memanaskan peralatan memasak dan memasak.

Ini adalah adaptasi daripada penggunaan minyak mentah sebagai bahan api untuk menyalakan lampu pada masa itu.

Namun, secara beransur-ansur penggunaan minyak tanah sebagai bahan bakar memasak telah diganti. Pada masa ini, orang ramai menggunakan gas LPG sebagai bahan bakar memasak.

c) Bahan Api Kenderaan

Minyak ini kini telah berkembang menjadi bahan api penerbangan yang digunakan sebagai bahan api untuk kapal terbang dan jet.

ii) Bahan Kimia

Minyak ini juga boleh digunakan untuk menyimpan kristal.

Apabila kristal terhidrat kekal di udara, dehidrasi perlahan-lahan boleh berlaku yang mengakibatkan warna kristal menjadi kusam.

Oleh itu, minyak ini boleh menjauhkan udara daripada kristal dan warna kristal tersebut boleh bersinar seperti baharu.

Contoh Jenama Minyak Tanah

Berikut adalah contoh jenama minyak ini beserta harganya:

i) Minyak Tanah Tulen 101

  • Harga: RM4.99 – RM7.90 sebotol
  • Saiz: 325ML, 350ML, 650ML

ii) KTH Kerosene

  • Harga: RM6.20
  • Saiz: 400 ML

iii) Minyak Tanah Pelita

  • Harga: RM6.99 dan RM9.99
  • Saiz: 500 ML dan 1000 ML

Sumber: https://petrosains.com.my/cahaya-pelita-kerosin/

Baca juga: Minyak Enjin: Fungsi, Jenis & Harga Di Pasaran

Bantu kami share artikel ini: