Ketahui Maksud Crush Yang Sebenar

Perkataan crush sering diungkapkan oleh generasi muda kini dan adakah anda tahu apakah maksud crush?

Sebahagian individu sering terkeliru mengenai maksud sebenar crush dan love atau cinta.

Di sini diterangkan maksud sebenar perkataan crush dan perbezaannya dengan maksud love.

Maksud Crush Secara Literal

Perkataan crush datangnya daripada perkataan Bahasa Inggeris yang mana jika dirujuk dari sudut verb, ianya kepada menekan, memampatkan, menghancurkan, atau merosakkan sesuatu.

Perkataan ini juga merujuk kepada tindakan untuk menggunakan kekerasan atau mengalahkan pihak lain.

Namun, jika crush merujuk kepada kata nama atau noun, ia membawa maksud orang yang berkumpul bersama dalam sesuatu kawasan secara bersesak dan berhimpit.

Makdus Crush Dalam Konteks Kini

Dalam kontek kini, crush merujuk kepada seseorang yang diminati atau disayangi secara rahsia.

Ini bermakna, seseorang individu itu tidak mengetahui ada individu yang meminati dan tertarik kepadanya.

Antara tanda-tanda seseorang itu mempunyai crush terhadap seseorang adalah seperti:

  • Meminati seseorang dalam diam.
  • Menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai.
  • Sering mengingati orang tersebut.
  • Sering memerhati orang tersebut.
  • Sering melihat wajah dan gambarnya.
  • Sering berfikir tentangnya.
  • Berhasrat agar orang tersebut menyukainya.

Perbezaan Crush & Love

Perbezaan kedua-dua perkataan ini adalah seperti berikut:

CrushLove
Kegilaan dalam waktu yang singkat dan kuat terhadap seseorangPerasaan kasih sayang yang mendalam
Perasaan yang tidak lamaPerasaan jangka masa panjang
Menyukai berdasarkan faktor fizikalBerdasarkan kepercayaan, persefahaman dan kasih sayang
Perasaan wujud serta-mertaPerasaan berkembang secara beransur-ansur
Tidak nampak ketidaksempurnaan seseorang tersebutMenerima seseorang itu dengan segala ketidaksempurnaannya

Sumber: https://www.betterhelp.com/advice/relations/do-i-have-a-crush-or-is-it-real-love/#

Baca juga: Koleksi Ayat Cinta Untuk Kekasih, Klasik, Sweet, Dalam English

Bantu kami share artikel ini: