Bahasa Kedah: Contoh Loghat Kedah Yang Selalu Digunakan

Bahasa Kedah merupakan salah satu bahasa atau loghat yang lazim dituturkan oleh penduduk-penduduk di utara tanah air dan tidak terhad untuk penduduk di negeri Kedah Sahaja.

Sama seperti bahasa Kelantan atau Perak, bahasa ini juga mempunyai keunikan yang tersendiri.

Anda boleh merujuk contoh-contoh perkataan yang berkaitan dengan bahasa ini.

Mengenai Bahasa Kedah

Bahasa Kedah atau kadang kala sering dipanggil sebagai Pelat Utagha salah satu jenis Bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di utara tanah air seperti di Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, dan Perlis.

Selain itu, bahasa ini juga turut ditutur oleh penduduk-penduduk di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun dan Trang yang menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand.

Penutur bahasa ini secara keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta iaitu sekitar 3.1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua. 

Contoh Perkataan Bahasa Kedah

Contoh perkataan untuk bahasa ini boleh dirujuk seperti di bawah:

PerkataanMaksud
  Qhe-ngau cakar
Se-qheyat reda/surut
Pe-qhembang tengok dengan sesungguh hati
Cemuih bosan/jemu
Liman kejar
Tokak gigit besar
Gey-qhek basikal
Gon/gaun cerun (bukit kecil)
Belemoih comot/kotor
Tetomoih tersungkur
Ku-tey cubit
Tak dan tak sempat
Hebiaq celupar
Maneh melecaih tersangat manis
Lencun basah
Lokoih basah kuyup
Kawaq pencuri
Kanyaq mentah (berhingus)
Ketegaq degil
He-qhot petot senget benget
Me-qhela gatal
Log laq cuai
Hawing pusing
Punggai baling/lempar
Tengalong tuju/baling
Me-qhe-kah kupas/koyak/merekah
Ayaq achaq air longkang
Ha-qhin hancing
Kelepiaq melibas
Kelolo tak berapa betul
Hemoimuka tak malu
Me-qhe-nyeh menggatal
Dak-aih tidak mahu
Hapak pera’e bau hapak
Celuih muat
Me-qhelit me-qhelap berkilau- kilau
Me-qhe-yup jauh/sayup/nak malam
Qhem-pang tergedik-gedik
Kampoi kumpul/kaut
Je-qhang rebus
Capoi celupar
Te-qhe-bey lastik
Melo-qhoih lucut/gelongsor
Me-qho-not membongkok
Sene-qheh selisih
Be-qha-chaq comot/kotor
Qhembang gemuk/merembang
Pedo hati-hati
Peqhusah urus
Hapuih tenggelam (lemas)
Qhan-dok redah
Se-ghoh kebah/kurus
Qhen-jong tinggi lampai
Pe-qho-ngoih panas baran
Takek ketuk/potong
Be-qhemba bersaing/lumba
Qhe-tiaq ikhtiar/fikir
Ge-qhet gigit
Tahaq tahan
Qha-gaih panjat
Melewaq merayau
Melahaq kebulur
Qha-batnaik/panjat
Qhim-bok belasah
Mengkelai berkelahi
Juih mulut muncung
Melilau terhoyong hayang/berjalan-jalan

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: