Loghat Perak: Contoh Bahasa Perak Yang Popular

Loghat Perak merupakan salah satu loghat yang popular di Malaysia yang dituturkan oleh masyarakat di negeri tersebut.

Bagi yang tidak biasa dengan loghat ini, mungkin mereka agak sukar memahami pertuturan bagi orang yang menggunakan loghat ini.

Berikut adalah serba sedikit maklumat dan contoh perkataan untuk loghat ini.

Mengenai Loghat Perak

Loghat Perak memiliki berbagai variasi dan bergantung kepada dari mana daerahnya.

Walau bagaimapun, secara umumnya loghat ini meminggirkan huruf ‘R’ bagi menjadi seperti ‘GH’.

Terdapat lebih dari 75 kata dan ungkapan khas dalam loghat ini yang digunakan dalam perkara seharian untuk mengekspresikan berbagai makna.

Loghat ini membantu melestarikan warisan budaya dan identiti rakyat Perak di Malaysia.

Contoh Perkataan & Ayat Bahasa Perak

PerkataanMaksudContoh Ayat
keme/aye/saye/teman/awak/kume ayaName teman Peon.
mike/kome/kamuawakKome udah makan??
ate habis tuAte.. kome tak reti-reti nak mandi ke?
raban teben tidak tentu arahApe kene raban teben budak ni?
angat pijo panasMak oii.. angat pijo rase badan
hakap tamakGile hakap budak nie makan. Sampai 4 ketui ayam dalam pinggan.
ngelewor Terumbang ambing ke kiri ke kanan.Ate ape kene bawak moto mengelewor ni??
kebulor laparMak, adik tak larat nak puase. Dah kebulor bebeno dah ni.
bolentelanjang bulatAte abang ace pakaikan seluor anak tu jap. Apekehai keluor romah bolen aje.
mengelenyor gatal/ menengada/ sopannyaIni lagi sorang. Jumpe muke hensem siket mule le mengelenyor.
biot degilKome jangan biot beno.
perok jakun/tak pernah melihat sesuatu bendaAte, tak usah le perok bebenor. Esok kite pun beli rope itu
muncah banyak duit atau berhartaMoncah le mike. Anak-anak sume kroje gomen.
toben tua bangkaTok tu dah toben. Renti kan le kluor. Dudok romah je.
merolohtidurAdi tengah meroloh.
lecahlumpurYa Allah budak nie, yang kamu main lecah kenape?
labuncakapAte, apa yang kamu labun ni?
nyarighmujurNyarigh lagi aku tak eksiden tadik. Kalo tak beterabor gigi.
bengkingarangAte abahnye pon. Ngan anak pun nak bengkin.
tengin bebenoterlalu bodohTengin bebeno deme yang nak meraghampeh kuase di Somalia tu.
tumpotak bergerak, mati, habis nyawa.Tumpo la teman kalo kene bayo seribu
ingkeseronok yang melampau-lampauJangan kamu ingke sangat.
lesing/teghebanbaling/campakYang tak guna tu lesing je sume.
mangko tidak masak Doyan ni mangko le.
egekcantikEgek benor baju kamu.nak ke mane?
ghodi/kodibaiki/belekGhodi-ghodi kerete abah tu. Kang kena penampor ngan dia.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: