Stadium Sultan Ibrahim: Rekabentuk, Kapasiti, Lawatan

Tidak dapat dinafikan Stadium Sultan Ibrahim atau SSI merupakan antara stadium tercanggih di Malaysia dengan fasiliti yanng begitu lengkap dan berkelas dunia.

Terletak di  di Iskandar Puteri, Johor stadium ini dinamakan sempena penghormatan Sultan negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar. 

SSI secara rasminya merupakan venue perlawanan bagi pasukan bola sepak Johor Darul Takzim sejak 2020 menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. 

Rekabentuk

Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta dan telah dibuka secara rasmi pada 22 Februari 2020.

Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Diilhamkan dari mahkota, konsep dan reka bentuk akhir telah diumumkan oleh Tunku Ismail dalam upacara yang diadakan di Iskandar Puteri, Johor.

Stadium ini terletak dalam 140,000 meter persegi dengan jumlah kawasan yang dibina sebanyak 70,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 40,000 penonton.

LED merah, biru dan putih (warna bendera Johor ) dipasang di luar stadium untuk pencahayaan pada waktu malam dan ttadium ini juga menempatkan ibu pejabat kelab, pusat latihan dan megastore.

SSI menggunakan rumput jenis Natural grass (Zeon Zoysia Hybrid).

ArkitekSaadon Architect, Beijing Institute of Architectural Design
Pengurus ProjekCGPV Industrial Building System Sdn Bhd
Jurutera strukturHaikal Jurutera Perunding Sdn Bhd
Jurutera perkhidmatanJurutera Perunding FRM Sdn Bhd (M&E), Pakatan Ukur Bahan Sdn Bhd (QS)
Kontraktor umumShanghai Baoye Group (Malaysia) Sdn Bhd

Kapasiti

rekabentuk Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim boleh menampung sehingga 40,000 penonton.

Artikel berkaitan: Cuti Umum Johor 2024: Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

Lawatan

Seperti mana-mana stadium pasukan kelab ternama di dunia, Stadium Sultan Ibrahim juga menawarkan trip lawatan ke keseluruhan bahagian stadium bagi pelawat, tidak kira anda penyokong JDT atau tidak.

Lawatan kini dibuka kepada orang ramai untuk menikmati pengalaman yang lebih mengasyikkan melalui Jelajah Stadium JDT dari Jumaat hingga Ahad termasuk cuti umum dan sekolah.

Tiga slot satu jam (11.30 pagi, 2 petang & 4 petang) tersedia untuk anda pilih pada harga RM60.

Anda boleh mendapatkan tiket dari kaunter tiket di stadiu secara walk in.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menerokai Stadium Terbaik Dunia 2020.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web SSI di alamat https://johorsoutherntigers.my/

Bantu kami share artikel ini: