Pulau Pinang – 10 Destinasi Percutian Wajib Jika Anda ke Sini!

Pulau Pinang atau Penang merupakan sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bahasa.

Kekayaan budaya dan bahasa menjadikan negeri ini sebagai salah satu pilihan rakyat Malaysia dan pelancong luar sebagai destinasi percutian mereka.

Berikut telah kami senaraikan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi semasa bercuti di Penang. Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui lebih lagi.

Tempat Menarik di Pulau Pinang

1. PANTAI BATU FERRINGHI

Bagi anda yang pernah mengunjungi Pulau Pinang, pastinya anda tahu bahawa, Pantai Batu Ferringgi ini merupakan salah satu destinasi wajib dilawati jika anda berada di sini.

Di pantai ini, anda dapat menikmati keindahan alam dan tiupan angin laut. Anda juga boleh menjalankan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing bersama keluarga dan rakan-rakan di pantai ini.

2. GURNEY DRIVE

Selain terkenal dengan keindahan alam dan kepelbagaian budaya, Pulau Pinang juga merupakan negeri yang kaya dengan makanan. Antara tempat yang boleh anda pergi bagi merasai keenakan makanan di Penang ini adalah di Gurney Drive.

Lokasi: Gurney Drive, George Town, 10250 Pulau Pinang.

penang
simonlong / Getty Images

Untuk anda yang ingin merancang percutian anda pada tahun hadapan, anda boleh lihat senarai cuti bagi tahun 2025 di SINI.

3. ESCAPE, PENANG

Bagi anda yang menggemari aktiviti lasak, anda boleh merancang percutian anda ke Penang dengan melawat Taman Tema Escape (Escape Theme Park) yang terletak berhampiran kawasan Batu Ferringhi.

Di Escape, anda boleh melakukan aktiviti lasak seperti Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping). Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba aktivit ini jika anda ke Penang nanti.

  • Pembelian Tiket: Boleh dilakukan di SINI
  • Harga Tiket: Dewasa: RM128.80 | Kanak-Kanak: RM85.40
  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10:00am – 6:00pm)
  • Lokasi: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

4. TAMAN BURUNG PENANG

Taman Burung Pulau Pinang merupakan Taman Burung yang pertama dan terbesar dibuka di negara kita. Kawasan sebesar 5 ekar ini menjadi rumah kepada 300 spesis burung yang berlainan.

Selain daripada burung anda juga berpeluang untuk melihat haiwan liar seperti sang kancil, ikan arapaima gergasi, ular sawa, buaya dan kura-kura, di taman burung ini. Pembelian tiket boleh anda lakukan di SINI.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM32 | Kanak-kanak RM15
  • Waktu Operasi: Monday – Sunday (9.00am – 6.00pm)
  • Lokasi: Jalan Todak, Perai, 13700 Pulau Pinang, Malaysia.

5. BUKIT BENDERA (PENANG HILL)

Bagi anda yang meminati aktiviti mendaki bukit, Bukit Bendera ini merupakan tempat wajib anda lawati. Bukit Bendera ini merangkumi beberapa bukit dengan  Western Hill sebagai pucak tertinggi iaitu 833 meter.

Bagi anda yang tidak meminati aktiviti mendaki, jangan risau, anda juga boleh sampai ke puncak bukit dengan menggunakan perkhidmatan furnikular. Tiket bagi perkhidmatan furnikular ini boleh di beli di SINI.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM8
  • Waktu Operasi: Isnin- Ahad (6.30 pagi – 11.00 malam)
  • Lokasi: Bukit Bendera, Pulau Pinang

6. TROPICAL SPICE GARDEN

Tropical Spice Garden merupakan sebuah destinasi eco-pelancongan bertaraf antarabangsa yang wajib anda kunjungi jika anda melancong ke Penang. Tempat ini merupakan rumah kepada 500 jenis flora dan fauna pelbagai rupa.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah Garden Tour, Children Tour dan Nigh walks. Selain daripada itu mereka juga membuka tempat ini untuk acara team-building dan acara korporat.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM15
  • Waktu Operasi: Jumaat – Ahad : 9am – 6pm | Isnin – Khamis : 9am – 4.30pm
  • Lokasi: Lot 595 Mukim, 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia.

7. SANEEN GOAT FARM

Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil, anda wajib mengunjungi Saaneen Dairy Goat Farm ini. Di sini anda boleh membawa anak-anak anda untuk melihat dan memberi makan kepada kambing-kambing dan haiwan ternakan lain di ladang ini.

Anda juga boleh membeli hasil ladang, seperti susu kambing, yogurt dan jelly kambing, jika anda mengunjungi tempat ini. Bayaran masuk adalah percuma.

  • Bayaran Masuk: PERCUMA
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 5:00pm)
  • Lokasi: 298 MK 1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang.

8. MUZIUM PENANG PERANAKAN

Muzium Peranakan Pinang atau Pinang Peranakan Mansion merupakan sebuah muzium di George Town yang mempamerkan budaya dan cara hidup kaum Peranakan di Penang. Bagi anda yang minat untuk mengetahui lebih lagi tentang kaum ini, destinasi ini merupakan tempat wajib dikunjungi buat anda.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM25.00 | Kanak-Kanak RM12.00
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 5.00pm)
  • Lokasi: 29 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang.

9. LITTLE INDIA

Selain di Kuala Lumpur, anda juga boleh menjumpa Little India di Penang, iaitu di Queen Street, George Town. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai yang menjual barangan etnik india, rempah ratus dan makanan-makanan mereka seperti biryani dan tandoori dengan harga yang sangat berpatutan.

Lokasi: Lebuh Pasar, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang

10. TAMAN BOTANIKAL PENANG

Bagi pecinta flora dan fauna, atau anda yang inginkan ketenangan, pastikan sewaktu percutian anda di Penang nanti, anda tidak lupa untuk melawat Taman Botanikal Penang, yang terletak di George Town.

Taman Botani Penang ini mempunyai keluasan 29 hektar dan sesuai untuk anda yang ingin bersantai atau berkelah bersama kerluarga sambil menikmati keindahan alam. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melawat Taman Botanikal ini!

  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7.00 am – 7.00 pm)
  • Lokasi: 673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, George Town, 10350 Pulau Pinang.

Dapatkan bag dan bagasi yang bersesuaian dengan percutian anda, dengan harga yang berpatutan di Shopee.

Bantu kami share artikel ini: