Good Friday – Tarikh Cuti Umum 2024 Malaysia (Sabah / Sarawak)

Good Friday adalah perayaan masyarakat Kristian dan merupakan hari cuti umum di negeri-negeri Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.

Mungkin kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia, tidak mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hari ini.

Good Friday menurut ajaran Kristian adalah hari memperingati penyaliban dan kematian Jesus di atas pergunungan Calvary.

Penganut Kristian percaya Good Friday ialah hari Jesus Christ disalib dan mati di tiang salib dan diikuti Easter apabila Jesus Christ dihidupkan semula.

Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur).

Sebelum perayaan Easter, penganut Kristian akan menyambut Good Friday iaitu hari yang dipercayai Jesus telah disalib dan pada hari Ahad seminggu sebelum Easter pula dikenali sebagai Palm Sunday.

Walaupun terdapat pelbagai variasi kisah tentang asal usul sambutan Good Friday dan Easter, malah terdapat juga perbezaan tarikh menyambutnya di kalangan masyarakat Kristian di seluruh dunia, hari-hari tersebut merupakan asas penting untuk memahami ajaran Kristian.

Biasanya, pada hari itu kehadiran penganut agama Kristian di gereja lebih ramai dari hari Ahad minggu seperti biasa.

Tarikh Cuti Good Friday 2024

Hari ini merupakan hari cuti umum bagi Sabah dan Sarawak bersempena Good Friday dan untuk tahun 2024, ia jatuh pada 29 Mac (Jumaat).

Sumber: Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2024

Berikut dikongsikan juga kalendar kuda untuk memudahkan anda melihat tarikh cuti tersebut dan merancang cuti bagi bulan yang berkenaan.

cuti good friday

Baca juga: