Escape Penang, Senarai Tarikan Utama yang Anda Wajib Cuba!

Escape Penang, Senarai Tarikan Utama Anda Wajib Cuba!

Bayangkan anda sedang bermain di gelongsor air terpanjang di dunia, menaiki zip coaster yang membuatkan anda berasa seperti Superman yang sedang terbang, dan melakukan pelbagai lagi aktiviti menyeronokkan yang membuatkan anda tidak mahu pulang ke rumah. 

Mesti seronokkan?

Inilah yang ada di Escape Penang, sebuah taman tema gergasi yang popular di Malaysia. 

Yang menarik lagi, sambil menikmati aktiviti-aktiviti ini, anda juga dapat menghayati keindahan alam semula jadi yang memukau.

Dalam artikel ini, kita akan terokai beberapa tarikan utama, kemudahan yang disediakan, harga tiket (jangan risau, ada cara nak jimat!), sehinggalah tips-tips berguna untuk anda memaksimumkan pengalaman di Escape Penang.

Jomlah baca!

Pengenalan Escape Penang

Dibuka pada tahun 2012, Escape Penang adalah hasil daripada visi inovatif Sim Choo Kheng, seorang usahawan tempatan yang ingin menghidupkan kembali permainan tradisional dalam konteks moden.

Taman tema ini bermula dengan hanya beberapa permainan, tetapi kini telah berkembang menjadi destinasi bertaraf dunia dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan berjaya menarik perhatian ribuan pelancong dari dalam dan luar negara.

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Melaka, Wajib Dikunjungi!

Konsep Unik “Low Tech, High Fun”

Escape Penang berdiri teguh dengan falsafah “Low Tech, High Fun”. Konsep ini menekankan pengalaman bermain yang autentik dan interaktif.

Ia bertujuan untuk ‘menjauhkan’ pengunjung daripada skrin (gadjet) dan mendekatkan mereka dengan alam semula jadi serta aktiviti fizikal yang menyeronokkan.

Simpan gadjet anda dan bermainlah dengan penuh keseronokkan!

Tarikan Utama di Escape Penang

1. Gelongsor Tiub Air

Escape Penang, Senarai Tarikan Utama Anda Wajib Cuba!
Sumber: Escape Penang

Escape Penang memegang rekod Guinness World Records untuk gelongsor air terpanjang di dunia. Dengan panjang mencecah 1,111 meter, gelongsor ini menawarkan pengalaman yang sangat mengujakan.

Permainan gelongsor tiub air ini sesuai untuk pengunjung yang berumur 4 tahun ke atas dengan berat antara 40 hingga 120 kg. Sambil ber-gelongsor, anda juga boleh menikmati kehijauan alam di sekelilingnya.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya, ia pasti memberikan kenangan anda yang tidak dapat dilupakan!

2. Zip Coaster

Untuk pengetahuan anda, Zip Coaster di Escape Penang adalah merupakan yang terpanjang di dunia, dengan panjang mencecah 1.135 kilometer.

Pencapaian luar biasa ini telah diiktiraf oleh Guinness World Records, menjadikan Escape Penang satu-satunya taman tema di Malaysia yang memiliki dua rekod dunia.

Escape Penang, Senarai Tarikan Utama Anda Wajib Cuba!
Sumber: Facebook Escape Penang

Apa yang menjadikan Zip Coaster ini istimewa? 

Ia menggabungkan sensasi terbang bebas seperti zipline dengan pengalaman menaiki roller coaster. Bayangkan anda tergantung pada landasan keluli yang berliku-liku, meluncur melalui kanopi hutan yang menghijau. Pengalaman ini benar-benar unik dan menarik!

Satu lagi, Zip Coaster ini boleh dinaiki secara tandem, bermakna anda boleh berkongsi keseronokan bersama rakan atau ahli keluarga. Biasanya, orang yang lebih berat akan ditempatkan di belakang.

Escape Penang, Senarai Tarikan Utama Anda Wajib Cuba!
Sumber: Facebook Escape Penang

Jika anda datang bersendirian, jangan risau! Kakitangan Escape Penang akan membantu mencarikan rakan untuk menaiki Zip Coaster bersama anda.

3. High Rope Courses

High Rope Courses di Escape Penang merupakan salah satu tarikan utama yang menawarkan cabaran dan keseronokan untuk pengunjung yang sukakan aktiviti lasak. Aktiviti ini direka untuk menguji keberanian, keseimbangan, dan ketangkasan peserta.

Di Escape Penang, High Rope Courses terdiri daripada beberapa laluan yang berbeza tahap kesukaran. Setiap laluan mempunyai cabaran tersendiri dan direka untuk memberikan pengalaman yang unik kepada pengunjung.

Berikut adalah beberapa contoh High Rope Courses yang boleh anda temui di Escape Penang:

Escape Penang, Senarai Tarikan Utama Anda Wajib Cuba!
Monkey Business
  • Monkey Business: Laluan ini memerlukan peserta untuk melompat daripada satu platform ke platform yang lain menggunakan tali yang tergantung. Terdapat beberapa level mengikut tahap kecergasan anda.
Escape Penang, Senarai Tarikan Utama Anda Wajib Cuba!
Gecko Tower
  • Gecko Tower: Aktiviti ini melibatkan pendakian menara setinggi beberapa tingkat menggunakan pelbagai teknik seperti memanjat dinding, menyeberangi jambatan tali dan meluncur menggunakan zipline.
Escape Penang, Senarai Tarikan Utama Anda Wajib Cuba!
Airbag Jump
  • Airbag Jump: Cabaran ini memerlukan peserta untuk melompat dari ketinggian ke atas beg udara besar. 
Escape Penang, Senarai Tarikan Utama Anda Wajib Cuba!
Atan’s Leap
  • Atan’s Leap: Ini adalah aktiviti ‘leap of faith’ di mana peserta perlu melompat dari platform tinggi untuk mencapai trapeze yang tergantung di udara.

Semua aktiviti High Rope Courses di Escape Penang dilengkapi dengan peralatan keselamatan yang mematuhi piawaian antarabangsa. Peserta akan diberi taklimat keselamatan dan dibantu oleh kakitangan terlatih sebelum memulakan setiap aktiviti.

High Rope Courses di Escape Penang bukan sahaja menawarkan cabaran fizikal, tetapi juga membantu peserta meningkatkan keyakinan diri, mengatasi ketakutan dan menikmati pemandangan indah hutan tropika daripada ketinggian. 

Aktiviti-aktiviti ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan tahap kemahiran, menjadikan Escape Penang destinasi yang sesuai untuk keluarga, kumpulan rakan, atau sesiapa sahaja yang ingin mencuba pengalaman lasak yang menyeronokkan.

4. Waterplay

Escape Penang, Senarai Tarikan Utama Anda Wajib Cuba!
Sumber: Escape Penang

Waterplay di Escape Penang merupakan salah satu tarikan utama yang tidak boleh dilepaskan. Taman air ini menawarkan pelbagai jenis gelongsor air, kolam renang dan permainan air yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur. 

Antara tarikan utamanya adalah:

  • Banana Flip
  • Tubby Rapids
  • Mega Drop
  • Play House
  • Lazy River
  • Speed Racer

5. Dry Ski Slope

Dry Ski Slope di ESCAPE Penang membolehkan pengunjung merasai pengalaman meluncur seperti di resort ski tetapi dalam persekitaran tropika yang unik.

Ia  memberi peluang kepada pengunjung tempatan untuk mencuba sukan musim sejuk tanpa perlu melancong ke negara beriklim sejuk!

Sumber: Facebook Escape Penang

Ada banyak lagi tarikan di Escape Penang ni, anda boleh rujuk pautan berikut: ESCAPE PENANG

Kemudahan dan Perkhidmatan di Escape Penang

ESCAPE Penang bukan sahaja terkenal dengan pelbagai tarikan dan aktiviti mendebarkan, tetapi juga dengan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap untuk memastikan pengalaman pengunjung adalah yang terbaik. 

Berikut adalah antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di ESCAPE Penang:

1. Sewaan Loker

Untuk memastikan barang-barang peribadi anda selamat semasa menikmati pelbagai aktiviti, anda boleh gunakan perkhidmatan sewaan loker. Ini membolehkan anda menyimpan barang-barang berharga dengan selamat dan bebas daripada kebimbangan semasa berseronok.

2. Gerai Makanan & Minuman

Terdapat beberapa gerai makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuk makanan halal. 

Anda boleh menikmati hidangan tempatan dan antarabangsa yang lazat. Selain itu, terdapat juga kawasan rehat yang selesa untuk anda menikmati makanan anda.

3. Bilik Persalinan & Bilik Mandi

Selepas menikmati aktiviti air, anda boleh menggunakan bilik persalinan dan pancuran mandian yang disediakan. 

Kemudahan ini memastikan anda boleh membersihkan diri dan menukar pakaian dengan selesa sebelum meneruskan aktiviti lain atau pulang.

4. Bilik Solat

Untuk kemudahan pengunjung Muslim, ESCAPE Penang menyediakan ruang solat yang bersih dan selesa. Ini membolehkan anda menunaikan ibadah dengan tenang tanpa perlu meninggalkan taman tema.

5. Kemudahan Tempat Letak Kereta

ESCAPE Penang menyediakan kawasan parkir yang luas dan selamat untuk pengunjung yang datang dengan kenderaan sendiri. Ini memudahkan anda untuk meletakkan kenderaan dan mengakses taman tema dengan mudah.

6. Unit Kesihatan & Keselamatan

Keselamatan pengunjung adalah keutamaan di ESCAPE Penang. Oleh itu, kemudahan perubatan disediakan untuk menangani sebarang kecemasan kesihatan. Pasukan perubatan yang terlatih sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan jika diperlukan.

7. Kemudahan Keluarga

Terdapat juga kemudahan mesra keluarga seperti tandas kanak-kanak dan kawasan permainan yang selamat untuk si kecil untuk memastikan pengalaman setiap pengunjung berasa seronok dan selesa.

Sama ada anda datang bersama keluarga, rakan-rakan atau bersendirian, kemudahan ini direka untuk memenuhi keperluan semua pengunjung menjadikan lawatan anda ke ESCAPE Penang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

9. Teknologi Pengecaman Wajah

ESCAPE Penang menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk proses kemasukan yang lebih cepat dan mudah. Anda perlu mendaftar wajah anda terlebih dahulu untuk menggunakan ciri ini semasa lawatan anda. Ini memastikan proses masuk yang lancar dan mengurangkan masa beratur.

Waktu Operasi

Sumber: Escape Penang

ESCAPE Penang beroperasi enam hari seminggu, dari hari Selasa hingga Ahad. Taman tema ini ditutup pada hari Isnin untuk tujuan penyelenggaraan bagi memastikan keselamatan semua pengunjung. 

Berikut adalah waktu operasi harian:

  • Selasa hingga Ahad: 10:00 pagi – 6:00 petang
  • Isnin: Tutup

Dengan waktu operasi yang panjang, pengunjung mempunyai masa yang mencukupi untuk menikmati semua tarikan dan aktiviti yang ditawarkan oleh ESCAPE Penang. Pastikan anda merancang lawatan anda dengan baik untuk memaksimumkan pengalaman di taman tema ini.

Harga Tiket Masuk

Ada boleh rujuk harga tiket masuk ke ESCAPE Penang adalah seperti berikut:

**harga tiket masuk adalah bergantung kepada perubahan.

KATEGORI (UMUR)HARGA TIKET MASUK
Future Kid: 0-3 tahunPERCUMA
Junior Kid: 4-12 tahunRM122.00
Big Kid: 13 – 60 tahunRM184.00
Super Kid: 61 – 100+ tahunPercuma jika ditemani tetamu yang membayar. ID foto diperlukan di pintu masuk untuk menerima tiket.
Sumber: Escape Penang

Panduan dan Tips Penting untuk Pengunjung

Sumber: Escape Penang

Berikut adalah beberapa panduan dan tips penting untuk membantu anda memaksimumkan keseronokan dan keselamatan semasa kunjungan anda:

1. Beli Tiket Secara Dalam Talian

Untuk dapatkan harga dengan diskaun yang istimewa, anda boleh tempah tiket masuk melalui KLOOK. 

Klook.com

Selepas membeli tiket, anda diminta untuk memuat naik gambar selfie setiap ahli kumpulan anda.

Ini adalah untuk memudahkan proses kemasukan menggunakan pengecaman wajah, menjadikan pengalaman masuk lebih lancar.

2. Pakaian yang Sesuai

Untuk keselesaan, pastikan anda memakai baju sukan yang selasa. Anda juga boleh memakai rash vest dan seluar yang bersesuaian agar tidak perlu menukar pakaian renang semasa beralih antara aktiviti air dan darat.

Selain itu, anda juga disyorkan untuk membawa kasut Aqua. Kebanyakan permainan air tidak membenarkan kasut biasa. Kasut aqua adalah pilihan terbaik kerana ia selesa dan sesuai untuk aktiviti air serta darat.

3. Rancang Aktiviti Anda

Untuk mengelakkan beratur panjang, mulakan hari anda dengan aktiviti yang paling popular seperti Zip Coaster atau Longest Tube Water Slide. Aktiviti ini biasanya menjadi lebih sesak pada waktu tengah hari.

Selain itu, dapatkan peta taman semasa masuk dan rancang laluan anda. Ini membantu anda memaksimumkan masa dan memastikan anda tidak terlepas mana-mana tarikan utama.

escape park penang

4. Kemudahan dan Perkhidmatan

Gunakan kemudahan yang disediakan untuk memastikan kunjungan anda mudah. 

Anda boleh sewa loker untuk menyimpan barang-barang peribadi dengan selamat.

Untuk makanan dan minuman pula, anda tidak dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman dari luar. Namun usah risau, terdapat banyak gerai makanan dan minuman di dalam taman yang menawarkan pelbagai pilihan makanan halal.

Bagi pengunjung Muslim, terdapat ruang solat yang disediakan untuk kemudahan anda.

5. Bawa Barang Keperluan

Buat senarai barang keperluan yang anda ingin bawa. Antara barang keperluan penting yang perlu dibawa ialah;

  • Pelindung Matahari
  • Topi
  • Tuala dan Pakaian Ganti

6. Keselamatan

Setiap aktiviti di ESCAPE Penang dilengkapi dengan arahan keselamatan yang perlu dipatuhi. 

Pastikan anda mendengar taklimat keselamatan dan mematuhi semua peraturan untuk memastikan keselamatan anda dan orang lain.

Di samping itu, beberapa aktiviti mungkin memerlukan tahap kecergasan tertentu. Jadi, pastikan anda mengetahui had fizikal anda dan pilih aktiviti yang sesuai dengan kemampuan anda.

Kesimpulan

Dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, Escape Penang pasti memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 

Jangan lepaskan peluang untuk melawat Escape Penang dan rasai sendiri keseronokan yang ditawarkan. 

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi Escape Penang atau hubungi pihak pengurusan untuk sebarang pertanyaan.

Jangan lupa tempah tiket masuk di KLOOK sekarang!

Klook.com
Bantu kami share artikel ini: