Biodata Aisha Retno, Calon Juara Hardest Singing Show Malaysia

Aisha Retno adalah calon juara The Hardest Singing Show Malaysia 2024 yang bakal berentap Ahad ini untuk berangkul RM150,000 tunai!

Beliau pernah menjadi juara mingguan sebanyak 3 kali iaitu pada Minggu 3, Minggu 6, dan peringkat Separuh Akhir.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Aisha Retno.

Baca juga:

Latar Belakang

Aisha Retno
Kredit: IG @aisharetno02
NamaSharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam
Nama PanggilanAisha Retno
Tarikh Lahir1 Ogos 2000
PendidikanIjazah Sarjana Muda, Universiti Malaya (UM)
PekerjaanPenanyi, pelakon, dan pengacara
Genre LaguPop, balada, R&B, soul
Akaun Media SosialInstagram  @aisharetno02
Facebook @AishaRetno0
TikTok @aisharett

Kehidupan Peribadi

Aisha Retno merupakan anak sulung dari pasangan penyanyi veteran Indonesia, Jean Retno Aryani dan seorang ahli perniagaan dari Kelantan, Sayed Sipulijam Sayed Alwee.

Adik lelaki Aisha bernama Sayed Abu Hanifa Radityo.

Aisha Retno
Kredit: IG @aisharetno02
Aisha Retno
Kredit: IG @aisharetno02

Kerjaya & Profesional

Aisha Retno mewarisi darah seni dari ibunya yang merupakan bekas penyanyi era 1980 sezaman dengan Hetty Koes Endang iaitu Jean Retno Aryani.

Beliau mendapat tunjuk ajar nyanyian khususnya dari segi seni vokal daripada ibunya sendiri.

Minatnya terhadap muzik mula serius ketika berusia lima tahun. Ketika di sekolah rendah, Aisha lebih menjurus pada genre muzik nasyid.

Kerana minat tersebut, beliau bahkan pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan Suara Emas sehingga ke peringkat kebangsaan untuk mewakili Kuala Lumpur ketika menduduki Tingkatan 4.

Kerjayanya dalam bidang muzik semakin terselah selepas beliau mengikat kontrak bersama Sony Music Malaysia dan melancarkan single sulung iaitu Mengikat Jiwa.

Aisha juga pernah berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem Cangkul dengan memegang watak sebagai Zura dan drama Gadis Muzikal dengan memegang watak sebagai Melly.

Single Lagu:

  • Mengikat Jiwa (2018)
  • Menjelang Hari Raya (2020)
  • Cinta Denganmu (2021) – OST Takdir Yang Tertulis
  • Nukilanku (2021) – OST Masih Ada Rindu
  • W.H.U.T (2021)
  • Pencarianku (2022)
  • SUTERA (2022)
  • I.L.S.M (Love Sadness More), 2022
  • Ternoktah (2023)

Single Duet:

  • Terima Kasih (2020) – duet bersama Yuka Kharisma
  • Pulang Di Hari Raya (2021) – duet bersama Waheeda Bonn
  • JARAK (2023) – duet bersama Aziz Harun

Album Lagu:

Album A.R (2023) menampilkan lagu-lagu seperti berikut:

Tajuk LaguLirikKomposer
PencariankuAisha Retno, Sharon PaulSharon Paul
JARAK – duet bersama Aziz HarunAisha Retno, Glowrush, RomeoAziz Harun, Glowrush
TernoktahAisha Retno, Firdaus Rahmat, Hanis RafiHanis Rafi, Omar K
TeduhAisha Retno, Iqie Hugh, John JeevesIqie Hugh
CukuplahAisha Retno, Firdaus Rahmat, John JeevesJohn Jeeves
SUTERAAisha Retno, MFMFMFMF

Televisyen:

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2020Vokal ManiaDiri SendiriTV3Juara Rookie
2022Big Stage (musim 4)Diri SendiriAstro RiaKetiga
2022Gempak TVPengacara UndanganAstro Ria
2023Reporting For DutyDiri SendiriAstro RiaProgram Realiti
2023Bigstage 2023 CapsulePengacaraAstro Ria
2024The Hardest Singing ShowPesertaAstro Ria

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2022CangkulZuraAstro CitraLakonan Pertama

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2023Gadis MuzikalMellyTV3Drama Pertama

Pencapaian Aisha Retno

Sepanjang enam tahun bergiat aktif dalam dunia nyanyian, Aisha Retno berjaya nama dalam pelbagai anugerah dan penghargaan.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh beliau sepanjang menjadi penyanyi:

TahunAnugerahKategori
2023Spotify Wrapped 2022 AwardsTop Radar Artist SG & MY 2022
2023Top 10 of Asia: Personality of The Year Award 2022/2023Malaysia Young Music Icon
2024Anugerah Juara Lagu ke-38Kategori Terbuka – Lagu Sutera
2024Anugerah Juara Lagu ke-38Anugerah Persembahan Terbaik AJL38

Fakta Menarik Mengenai Aisha Retno

  • Beliau berdarah kacukan Melayu, Arab dan Jawa.
  • Beliau merupakan sepupu kepada pelakon wanita terkenal, Sophia Albarakbah.
  • Suka memelihara kucing.
  • Sebelum ini, Aisha Retno menetap di Indonesia sebelum bermastautin di Malaysia.
  • Beliau pernah dicalonkan sebagai calon Top 5 kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 tahun 2021 dan kini, pada 2024, dia beraksi sebagai salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38.
  • Mengidolakan ibunya sendiri, Ariana Grande, Mariah Carey, dan Whitney Houston.
  • Pernah menyanyi di Festival Perancis di The Square, Publika, showcase kumpulan CNCO, acara muzikal RIUH dan banyak lagi.

Tahniah Aisha Retno! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang ingin terlibat dalam dunia seni nyanyian.

Sumber:

  1. Instagram @aisharetno02
  2. Aisha Retno Syukur Rangkul Gelaran Naib Juara & Persembahan Terbaik. xtra
Bantu kami share artikel ini: