Kadar Zakat Fitrah Perak 2024 & Bayaran Online

JOM SEMAK BERAPA KADAR ZAKAT FITRAH DI PERAK TAHUN INI ( 1445H / 2024 )

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hukum & Syarat

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Kadar Zakat Fitrah 2024 Di Perak

Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Di negeri yang mempunyai lebih daripada 1 kadar, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.

KADAR DAN KAEDAH BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 1445H / 2024M NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

  • Beras special tempatan (5% hancur kebawah) dan seumpama dan setara dengannya : RM 8
  • Beras super import beras perang beras wangi dan seumpama dan setara dengannya : RM 16
  • Beras basmati, beras pulut dan seumpama dan setara dengannya : RM 24
zakat fitrah 2024

Soalan Lazim Berkaitan Kadar Zakat Perak & Cara Pembayaran

zakat fitrah perak 2024
zakat fitrah perak 2024
zakat fitrah perak 2024
zakat fitrah perak 2024

Bagi tahun 2024 ini, Zakat Perak (MAIPk) menyediakan beberapa saluran pembayaran online ZAKAT FITRAH termasuklah:

  1. Amil Fitrah
  2. Kaunter-kaunter Zakat Perak di seluruh daerah/cawangan
  3. Kaunter Bergerak (semasa ke semasa)
  4. Dalam talian (ONLINE) – https://www.maiamp.gov.my/

Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila rujuk media sosial Zakat Perak di :