Advertisements

Kadar Zakat Fitrah Selangor 2022 & Cara Bayaran Online

Advertisements

Kadar zakat fitrah di Selangor tahun 2022 telah ditetapkan RM 7.00 setiap seorang.

Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Muhd Fikri Naim Harun berkata, penetapan kadar zakat fitrah RM7 adalah berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan masyarakat di Selangor.

Beliau berkata, LZS bagaimanapun amat menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan.

“Secara tidak langsung, kita berpeluang untuk melakukan kebaikan dalam meraih keberkatan Ramadan.

Apakah Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah adalah zakat yang DIWAJIBKAN ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan dibayar pada BULAN RAMADAN sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

ZAKAT FITRAH hanya ditunaikan pada bulan RAMADAN sahaja bagi setiap tahun.

Kadar Zakat Fitrah Selangor 2022

Kadar zakat fitrah berkenaan adalah seperti berikut:

  • RM 7.00 seorang bagi seorang individu yang memakan beras biasa (Beras Super Spesial Tempatan 5%)
  • RM 14.00 seorang bagi individu yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi atau
  • RM 21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi, beras jepun dan beras merah.
zakat fitrah selangor

Galakan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan ini sudah dilaksanakan LZS sejak 2018.

Dalam pada itu, LZS turut melantik seramai 2,745 orang ketua dan penolong amil fitrah di seluruh Selangor untuk mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kadar bayaran zakat fitrah negeri Selangor bagi tahun 2022.

Baca juga:

Cara Bayar Zakat Fitrah Online

Bagi memudahkan umat Islam di Selangor menunaikan bukan sahaja zakat fitrah malahan zakat harta pada Ramadan, LZS menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan selamat.

Anda boleh membuat bayaran online melalui kaedah berikut:

  1. EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my
  2. Aplikasi Zakat Selangor
  3. Perbankan internet
  4. Portal MyEg
  5. Pos Online
  6. Aplikasi e-dompet GoPayz
  7. Boost

Masyarakat Islam dinasihatkan agar membayar zakat fitrah hanya kepada amil dilantik LZS yang dibekalkan kad tauliah dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan sepanjang berurusan.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut berkaitan zakat fitrah dan Lembaga Zakat Selangor, sila rujuk laman web

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment