Waktu Operasi Kaunter STR 2023 & Cawangan LHDN

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : WAKTU OPERASI PEMBUKAAN KAUNTER STR 2023 / PEJABAT LHDN PADA HUJUNG MINGGU

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa kaunter Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuka pada hujung minggu iaitu 24, 25, 26 dan 31 Mac 2023 untuk memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan.

Masa operasi dan lokasi cawangan yang terbabit adalah seperti berikut:

LOKASI

  • Cawangan LHDNM
  • Pejabat Satelit (PS) LHDNM
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM

MASA

  • Semenanjung : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabah & Sarawak : 7.30 pagi hingga 4.00 petang

Berikut dikongsikan senarai jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) di cawangan yang terlibat secara lebih terperinci.

Senarai Kaunter STR 2023 & Waktu Operasi LHDN

waktu operasi kaunter str lhdn 2023

Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:

i. perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam

tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;

ii. tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim di pautan berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/…/SOALAN_LAZIM_(FAQ… (rujuk no 24 & 25)

Terima kasih.

Baca juga:

Tempoh Permohonan & Kemaskini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)

Tempoh permohonan baru & kemaskini maklumat bermula 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023.

Berikut merupakan link utk permohonan baru dan kemaskini maklumat.

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Dokumen Yang Diperlukan

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

Pemohon

a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pasangan

a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

Anak

a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Maklumat Lanjut Pengoperasian Kaunter STR / LHDN

Panduan Pengguna

SOALAN LAZIM:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!