ThiJARI Biz: Uruskan Potongan Gaji Pekerja dengan Mudah

THiJARI Biz ialah perkhidmatan dalam talian yang membolehkan Majikan melaksanakan deposit bulanan ke dalam akaun TH Pekerja melalui potongan gaji.

Potongan sebegini memudahkan para pekerja untuk mengasingkan terus simpanan bulanan yang ditentukan oleh mereka terus ke dalam akaun TH.

THiJARI Biz diperkenalkan sebagai inisiatif transformasi digital TH ke arah menambah baik perkhidmatan dalam talian dan proses kerja automasi, supaya perkhidmatan TH menjadi lebih cekap.

Kelebihan

Dengan penggunaan Biz THiJARI, semua urusan berkaitan potongan gaji boleh diuruskan sendiri oleh majikan melalui portal online, dan pengkreditan potongan gaji hanya akan mengambil masa satu hari bekerja dengan syarat semua maklumat yang diberikan adalah lengkap dan akaun aktif.

Sebelum ini, potongan gaji dibuat secara manual apabila butiran pembayaran potongan diterima daripada majikan melalui e-mel, surat atau transaksi di kaunter di cawangan Tabung Haji.

Inisiatif ini juga dapat menggalakkan lebih ramai pekerja daripada sektor swasta dan awam membuka akaun dengan TH dan merealisasikan impian mereka untuk menunaikan haji.

Langkah Mendaftar (Caruman Potongan Gaji)

THiJARI Biz

Majikan mesti mendaftarkan syarikat mereka dengan Tabung Haji dengan menghubungi THCC.

Majikan dikehendaki melengkapkan “Borang Maklumat Majikan” untuk melantik Pentadbir dan mendaftar nombor telefon bimbit untuk TAC.

Tabung Haji akan memberikan Kod Majikan melalui e-mel dan Majikan/Pentadbir akan menerima Kod Pengaktifan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Setelah menerima kod pengaktifan, pengaktifan mesti dilakukan dalam masa 7 hari.

Bagi Majikan sedia ada yang telah berdaftar dengan Tabung Haji, Majikan boleh menghubungi THCC untuk menerima Kod Pengaktifan.

Majikan juga boleh membuat semakan transaksi dalam talian manakala pekerja boleh menyemak rekod kredit mereka melalui aplikasi THiJARI mereka.

Cara Menggunakan THiJARI Biz

Terdapat 3 langkah mudah bagi majikan yang ingin menggunakan perkhidmatan ini:

  1. Log masuk melalui www.thijari.com.my/thijaribiz
  2. Pentadbir perlu memasukkan Kod Majikan dan Kod Pengaktifan diikuti dengan penciptaan kata laluan
  3. Pentadbir perlu memasukkan Kod Majikan dan kata laluan setiap kali untuk log masuk ke portal.

Kemudian, pentadbir boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan mudah.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!