Sukan SEA 2023: Siaran Langsung & Jadual Atlet Malaysia

Sukan SEA 2023 kini sedang berlangsung dari 5 Mei hingga 17 Mei 2023.

Pada edisi ke 23 ini, Kemboja merupakan tuan rumah di man terdapat 584 acara dalam 36 jenis sukan yang dipertandingkan dalam penganjuran edisi pada kali ini.

Untuk makluman, Sukan SEA dianjurkan setiap 2 tahun di mana pada edisi sebelum ini, Vietnam merupakan tuan rumah.

Temasya sukan terbesar d Asia Tenggara ini diasaskan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.

Sasaran Kontinjen Malaysia

Sejak dahulu lagi, Sukan SEA menjadi medan terbaik bagi atlet muda dari Malaysia diberikan pendedahan beraksi di pentas antarabangsa.

Pada temasya kali ini, Malaysia telah meletakkan sasaran sebanyak 40 pingat emas.

Chef-de-mission (CDM) Malaysia bagi edisi kali ini adalah Datuk Mohd Nasir Ali sementara legenda boling Datuk Shalin Zulkifli dan bekas juara skuasy Sharon Wee sebagai timbalan chef-de-mission (CDM).

Penyertaan Atlet Malaysia

Untuk Sukan SEA 2023 ini, Malaysia membawa seramai 403 atlet lelaki dan 274 atlet wanita dengan jumlah 677 atlet keseluruhannya.

Peminat sukan tanah air pasti mengharapkan temasya Sukan SEA 2023 kali ini menjadi kesinambungan dari edisi Hanoi dalam memperbaiki pencapaian pungutan pingat dan kedudukan keseluruhan bagi negara-negara bertanding.

Untuk Sukan SEA di Kemboja ini, Malaysia kehilangan kira-kira 15 medal sebelum temasya ini bermula lagi apabila beberapa sukan seperti bina badan, memanah dan menembak tidak dipertandingkan.

Di samping itu, ada sukan dipertandingkan tapi dihadkan kategori yang dipertandingkan misalnya daripada 10 acara cuma lima diadakan.

Artikel berkaitan: Sukan Olimpik 2024: Lokasi, Tarikh, Logo, Maskot

Tonton LIVE Sukan SEA 2023

Bagi peminat Malaysia, anda boleh menonton atlet Malaysia beraksi daripada siaran berikut:

  1. Sukan RTM : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm
  2. TV Okey : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey
  3. RTM TV – Tonton melalui kaca TV anda atau aplikasi RTMKlik
sukan sea 2023

LAPORAN HARIAN KONTINJEN MALAYSIA SUKAN SEA KE-32, KEMBOJA 2023 I 11 MEI 2023

Jadual Atlet Malaysia Di Sukan SEA 2023

Berikut merupakan jadual umum bagi atlet Malaysia yang bertanding dalm Sukan SEA pada kali ini.

1. Olahraga:

2. Akuatik:

  • Tarikh: 6 Mei dan 8 – 12 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techno Sports Complex

Terjun

  • Tarikh: 8 – 12 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

Renang Sirip

  • Tarikh: 12 – 14 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

Renang

  • Tarikh: 6 – 11 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

Polo Air

  • Tarikh: 12 – 16 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex
pencapaian malaysia sukan sea

3. Badminton:

  • Tarikh: 8 – 16 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

4. ESports: 

Attack Online 2, Crossfire, Valorant, League of Legend: Wild Rift, PUBG Mobile, Mobile Legends

  • Tarikh: 6 – 15 Mei 2023
  • Venue: Nagaworld Aeon 2 Sen Sok

5. Bola Keranjang:

5×5

  • Tarikh: 9 – 16 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

3×3

  • Tarikh: 6 – 7 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

6. Billiards:

  • Tarikh: 7 – 14 Mei 2023
  • Venus: Nagaworld Aeon 2 Sen Sok

7. Tinju: 

  • Tarikh: 6 – 14 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

8. Catur:

Xiangqi

  • Tarikh: 12 – 15 Mei 2023
  • Venue: Royal University of Phnom Penh

Ouk Chaktrang

  • Tarikh : 29 April – 9 Mei 2023
  • Venue : Royal University of Phnom Penh

9. Kriket:

  • Tarikh: 29 April – 16 Mei 2023
  • Venue: AZ Group Cricket Oval

10. Berbasikal:

Jalan Raya

  • Tarikh: 11 – 13 Mei 2023
  • Venue: Angkor Wat, Siem Reap

Mountain Biking

  • Tarikh : 6 – 8 Mei 2023
  • Venue: Mount Kulen, Siem Reap

11. Sukan Tarian:

  • Tarikh : 16 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

12. Floorball:

  • Tarikh: 11 – 16 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

13. Lawan Pedang:

  • Tarikh: 11 – 16 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

14. Bola Sepak:

  • Tarikh : 29 April – 16 Mei 2023
  • Venue : Army Stadium, Prince Stadium, Smart RSN Stadium

15. Golf:

  • Tarikh: 8 – 13 Mei 2023
  • Venue: Garden City Golf Club

16. Gimnastik: 

Artistik

  • Tarikh: 6 – 9 April 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

Aerobik

  • Tarikh: 13 – 14 April 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

17. Hoki: 

Dalam Dewan/Indoor

  • Tarikh: 1 – 7 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

Padang

  • Tarikh : 9 – 16 Mei 2023
  • Venue : Morodok Techo Sports Complex

18. Jetski: 

  • Tarikh: 13 – 16 Mei 2023
  • Venue: Sihanoukville Boulevard

19. Judo: 

  • Tarikh: 13 – 16 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

20. Karate:

  • Tarikh : 6 – 8 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

21. Seni Mempertahankan Diri:

Arnis

  • Tarikh : 13 – 16 Mei 2023

Jujitsu

  • Tarikh: 4 – 7 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

Kickboxing

  • Tarikh: 13 – 16 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

Kun Bokator

  • Tarikh : 4 – 10 Mei 2023
  • Venue : Chroy Changvar Convention Centre

Kun Khmer

  • Tarikh: 6 – 11 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

Vovinam

  • Tarikh: 6 – 9 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

22. Pencak Silat: 

  • Tarikh: 6 – 10 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

23. Petanque: 

  • Tarikh: 6 – 13 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

24. Sukan Layar: 

  • Tarikh: 1 – 8 Mei 2023
  • Venue: Sihanoukville Boulevard

25. Sepak Takraw: 

  • Tarikh: 6 – 16 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

26. Ping Pong: 

  • Tarikh: 9 – 16 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

27. Sof Tenis: 

  • Tarikh: 6 – 10 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

28. Taekwando: 

  • Tarikh: 12 – 15 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

29. Tenis:

  • Tarikh: 6 – 14 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

30. Perlumbaan Bot Tradisi: 

  • Tarikh: 13 – 14 Mei & 16 Mei 2023
  • Venue: Prek Kampot, Kampot

31. Triathlon/Duathlon/Aquathlon: 

  • Tarikh : 6 – 8 Mei 2023
  • Venue : Kep City Beach, Kep

32. Angkat Berat: 

  • Tarikh: 13 – 16 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

33. Gusti: 

  • Tarikh: 14 – 16 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

34. Teqball: 

  • Tarikh: 6 – 8 Mei 2023
  • Venue: Federation of Youth Hall

35. Wushu: 

  • Tarikh: 10 – 12 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

36. Perlumbangan Berhalangan: 

  • Tarikh: 3 – 7 Mei 2023
  • Venue: Chroy Changvar Convention Centre

37. Bola Tampar:

Dewan

  • Tarikh: 3 – 14 Mei 2023
  • Venue: Morodok Techo Sports Complex

Pantai

  • Tarikh: 11 – 16 Mei 2023
  • Venue: Otres Beach, Sihanoukville

Pungutan Pingat Terkini

Setakat hari ini, Malaysia sudah berjaya mendapat 24 pingat emas di Sukan SEA Cambodia dan 9 daripadanya dimenangi oleh atlet yang pertama kali menyertai Sukan SEA.

sukan sea 2023

Tahniah dan Syabas

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!