STR Fasa 1 : Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Keluarga
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan mula disalurkan pada 17 Januari 2023.
Rata-rata penerima bantuan sebelum ini menunggu tarikh bilakah wang akan disalurkan kepada penerima.
Namun, ada berita gembira sejak malam tadi di laman sosial facebook ada yang berkongsi duit bantuan telah pun masuk ke akaun masing-masing.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran BTR Fasa 1 untuk makluman semua.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) @ Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
Kerajaan dengan pimpinan perdana menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR.
Untuk tahun 2023, BTR iaitu (Bantuan Tunai Rakyat) telah diumumkan dalam pembentangan Mini Bajet 2023. Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023).
Tarikh Bayaran STR Fasa 1
Bantuan Tunai Fasa pertama diteruskan dengan pembayaran diawalkan pada Januari 2023 berbanding Mac.
Bayaran Bantuan Tunai Rakyat @ Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim akan disalurkan mulai 17 Januari 2023 (Selasa) secara berperingkat.
Semoga penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat pada ketika ini.
Jumlah Bayaran
Terdapat 2 kategori penerima Bantuan Tunai Rakyat yang dimaklumkan sebelum ini iaitu:
- Ketua Isi Rumah (KIR) = RM300
- Bujang = RM100
Semakan STR Fasa 1
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 DIBUAT MULAI 17 JANUARI 2023.
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik lok masjk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Penerima tunai juga boleh menebus bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Untuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User
Kenyataan Media & Soalan Lazim
Kenyataan Media
16 Januari 2023
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion Secara Berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Saya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri
Maklumat Lanjut
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Bantuan Tunai Rakyat Dijenamakan Sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)
- Semakan STR 2023 & Kemaskini Status Pemohon