SSM OBA : Semakan Perniagaan Penipu Dalam Talian

SSM OBA, singkatan bagi SSM Online Business Alert merupakan inisiatif terbaru daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menangani kes penipuan jual beli dalam talian.

Seiring dengan peningkatan transaksi jual beli dalam talian, kes penipuan dalam talian oleh scammer juga semakin meningkat dengan kerugian dianggarkan jutaan ringgit.

Apakah SSM OBA?

Senarai entiti yang disyaki boleh dilayari secara online melalui portal ‘Online Business Alert’ yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat entiti perniagaan yang disyaki terlibat dengan penipuan atas talian.

Fungsi & Peranan SSM OBA

SSM ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian.

Kewujudan portal SSM OBA merupakan satu inisiatif daripada pihak SSM untuk memberi kesedaran awal kepada orang awam untuk tidak terpedaya dan tertipu dengan pelbagai entiti yang menjalankan perniagaan yang tidak beretika.

Ia bertujuan membantu orang awam agar lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan dalam yang ditawarkan di atas talian (online).

Sila pastikan entiti perniagaan tersebut berdaftar dengan SSM dengan membuat semakan Online Business Alert (OBA).

Semakan Senarai Syarikat Yang Melakukan Penipuan

Melalui laman atau portal SSM OBA, pihak SSM telah membuat senarai syarikat yang dilaporkan telah melakukan penipuan perniagaan dalam talian.

Senarai syarikat yang sudah mempunyai rekod penipuan dalam perniagaan secara dalam talian ini akan dikemaskini secara manual oleh pihak SSM sendiri daripada semasa ke semasa.

ssm oba

Cara untuk membuat semakan senarai syarikat ini adalah dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Melayari laman SSM OBA di alamat https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/SSM-OBA.aspx
  2. Klik pada perkataan “SSM OBA” pada perenggan akhir di laman tersebut
  3. Maklumat berkaitan syarikat yang dilaporkan telah melakukan penipuan dalam talian dipaparkan

Walau bagaimanapun, bagi mana-mana pemilik perniagaan yang disenaraikan di laman tersebut, sekiranya anda merasalah penyenaraian syarikat anda di laman tersebut adalah satu kesalahan atau kekeliruan andA boleh membuat permohonan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mengeluarkan nama syarikat anda dengan menghantar emel kepada [email protected] untuk pertimbangan.

Laporan penipuan kepada SSM

Pihak SSM hanya akan menaraikan syarikat atau entiti perniagaan yang telah dilaporkan kepada pihak mereka sahaja.

Sekiranya anda pernah mempunyai pengalaman pernah ditipu oleh mana-mana pihak ketika melakukan transaksi jual beli secara online, anda boleh melaporkan kepada pihak SSM dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hantar emel aduan kepada alamat berikut [email protected]
  2. Sertakan segala bukit penipuan
  3. Sertakan bukti laporan polis

Laporan yang dibuat oleh anda dapat mengelakkan lebih ramai individu yang menjadi mangsa penjenayah scammer yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

Baca juga: Naik Lagi! Ini Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!