SPS Padanan Caruman PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri

SPS Padanan Caruman, salah satu inisiatif Belanjawan 2022, menyediakan insentif caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO di mana Kerajaan menanggung 80% daripada caruman Pelan 2 SKSPS untuk tempoh setahun.

Inisiatif ini menyasarkan 8 kumpulan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang hanya perlu membayar caruman sebanyak 20% atau RM46.60 untuk perlindungan terhadap kemalangan atau penyakit berkaitan pekerjaan sendiri selama tempoh 12 bulan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang manfaat inisiatif SPS Padanan Caruman PERKESO ini.

Apakah SPS Padanan Caruman PERKESO?

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut:

 Pengangkutan Barangan dan Makanan Perniagaan Online
 Pertanian Teknologi Maklumat
 Penternakan Pemprosesan Data
 Perhutanan Ejen
 Perikanan Perkhidmatan Profesional
 Makanan Perkhidmatan Sokongan
 Pembuatan Kesenian
 Pembinaan Perkhidmatan Isi Rumah
 Penjaja Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
 Premis Penginapan

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

Faedah Yang Bakal Diperolehi

FAEDAH PERUBATAN

  •  Orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau
  •  Membuat tuntutan bayaran ganti belanja kos rawatan di Pejabat PERKESO.

FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA

  •  Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
  •  Perlu mengemukakan sijil cuti sakit.
  •  Kadar bayaran RM30.00 – RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih.

FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL

  •  Hilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit.
  •  Kadar bayaran sebanyak 90% dari pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  •  Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.
    = (RM3,950 X 90% ÷ 30 hari) X 20% X 8873
    = RM210,290.10

ELAUN LAYANAN SENTIASA

  •  Elaun yang diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang tidak berdaya dengan teruknya akibat bencana pekerjaan sendiri sehingga memerlukan layanan tersendiri oleh orang lain.
  •  Elaun bulanan sebanyak RM500.00.

FAEDAH ORANG TANGGUNGAN

  •  Faedah Orang Tanggungan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri.
  •  Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  •  Orang Tanggungan Yang Layak Balu atau duda dan anak berumur di bawah 21 tahun. Jika tiada balu, duda atau anak
    1. Ibu atau bapa; atau
    2. Adik-beradik berumur dibawah 21 tahun; atau
    3. Datuk nenek
  •  Duda/balu, ibu/bapa, datuk/nenek menerima faedah sepanjang hayat
  •  Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)
  •  Contoh pengiraan bayaran Faedah Orang Tanggungan kepada Isteri dan Anak.PELANPENDAPATAN BULANAN PILIHAN YANG DIINSURANSKANPENCEN BULANAN1RM1,050RM1,050 X 90% = RM945.002RM1,550RM1,550 X 90% = RM1,395.003RM2,950RM2,950 X 90% = RM2,655.004RM3,950RM3,950 X 90% = RM3,555.00

FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000.00 dibayar kepada orang tangungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima faedah hilang upaya.

KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI ATAU VOKASIONAL

  •  Kemudahan permulihan dan vokasional secara percuma.
  •  Pemulihan jasmani seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, rawatan hemodialisis, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain.
  •  Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain.

FAEDAH PENDIDIKAN

Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak bagi Orang Berinsurans bekerja sendiri yang mati akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon skim SPS Khidmat dan SPS Padanan Caruman ini:

  • Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur
  • Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia

Cara Mendaftar

OBS yang ingin mendaftar dan mencarum di bawah SKSPS, boleh berbuat demikian secara dalam talian menerusi Portal Matrix di matrix.perkeso.gov.my/mypass/login

DOKUMEN DIPERLUKAN

  •  Salinan kad pengenalan
  •  Salinan lesen / kad pemandu / profil e-haling / permit / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang SPS Padanan Caruman PERKESO, sila rujuk saluran berikut:

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!