SPPNK: Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH (SPPNK) TAHUN 2021 KINI DIBUKA!

Pinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.

Kadar Pinjaman SPPNK

Kadar pinjaman adalah sebanyak RM6,500.00 SETAHUN (RM7,500.00 SETAHUN BAGI PENGAJIAN DI UNISHAMS) dan pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.

Baca juga: Permohonan MRSM 2022 Secara Online Bagi Tingkatan 1 & 4

Tempoh Bayaran Balik & Diskaun

Bayaran balik pinjaman pendidikan bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN.

(Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman)

NOTA:

Peminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta CAJ PERKHIDMATAN 2% SETAHUN ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan.

KADAR DISKAUN

Sekiranya peminjam menerima tajaan sepenuhnya dan berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang ditetapkan seperti termaktub dalam dokumen perjanjian pinjaman SPPNK serta memperoleh CGPA3.50 ke atas pada akhir pengajian, pelajar boleh mengemukakan permohonan rasmi berserta dokumen sokongan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan SENAT IPT untuk pertimbangan diskaun oleh Jawatankuasa Akaun Amanah SPPNK.

Syarat Kelayakan SPPNK 2021

  1. Pemohon atau Ibu atau Bapa dilahirkan di Kedah dan Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak disenarai hitam oleh SPPNK atau dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.
  4. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi.
  5. Pemohon telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak IPT.

NOTA: Pelajar dikehendaki mengemukakan keputusan peperiksaan setiap semester pengajian dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keputusan peperiksaan diluluskan oleh senat melalui e-mel kepada [email protected]

Senarai IPT

  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Semua Universiti Awam Tempatan
  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:-
    • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    • Asian Institute of Medicine Science and Technology (AIMST)
    • Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
    • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
    • TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute
    • Universiti Selangor (UNISEL) dan
    • Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.

Kaedah Permohonan

Permohonan secara atas talian sahaja melalui laman web

https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam

Tarikh Permohonan

15 Ogos 2021(Ahad) – 18 September 2021 (Sabtu)

Info Lanjut

  • Hotline : 04 702 7272 | 04 702 7296 (9.00 pagi – 12.00 tengah hari – kecuali Cuti Umum)
  • E-mel : [email protected]
  • Alamat: Unit Penajaan SPPNK, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar Kedah

Baca juga: SUKA: Pendaftaran Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!