Spot-Me: Login, Daftar & Semak Waktu Masuk / Keluar

Bagi penjawat awam, anda pastinya sudah biasanya dengan sistem Spot-Me.

Namun, mungkin sesetengah daripada kita mungkin tidak pernah mendengar mengenai sistem Spot-Me ini memandangkan ianya baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2021.

Pengenalan Sistem Spot-Me

SpotMe ialah Sistem Pemantauan Operasi Tugas Pegawai yang telah dibangunkan oleh pihak MAMPU.

SpotMe merupakan sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja yang diarahkan bagi kakitangan sektor awam.

Sistem ini membolehkan rakaman waktu masuk dan keluar dilaksanakan secara dalam talian menerusi pelayar web yang pelbagai.

Dengan menggunakan sistem ini juga, pegawai yang berperanan sebagai Penyelia boleh memantau tugasan pegawai di bawah seliaannya secara harian.

Ianya telah dicadangkan untuk peluasan penggunaannya di agens kerajaan yang lain pada tahun 2021.

SpotMe berfungsi sebagai sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja yang diarahkan dilaksanakan berdasarkan fungsi geolokasi peranti mudah alih secara atas talian menerusi pelayar web.

Dengan sistem ini, segalanya boleh dilakukan melalui internet tanpa perlu bergantung kepada sistem manual yang sudah ketinggalan zaman dan menyukarkan.

Artikel berkaitan: SPA9 – Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023

Sejarah

SpotMe diperkenalkan secara berperingkat kepada pelbagai agensi kerajaan.

Berikut merupakan sejarah bagaimana idea penciptaan sistem ini tercetus.

  1. Surat Pekeliling Am Bil. 1/2004 – Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan
  2. Pekeliling Perkhid. Bil. 11/2017 – Pelaksanaan Kebenaran Keluar Awal Satu Jam kepada Pegawai Wanita Mengandung
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2019 – Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan
  4. JPA SARAAN(S) 256/6/31 JLD. 6(2) – Arahan Bekerja Dari Rumah

Objektif / Fungsi Spot-Me

Sistem SpotMe ini dibangunkan untuk mencapai objektif-objekt yang berikut:

  1. Merekod waktu daftar masuk dan keluar di pejabat atau dari mana-mana lokasi
  2. Mengurus isu kehadiran pegawai
  3. Menjana transaksi kehadiran pegawai.
  4. Memantau tugasan pegawai di bawah seliaan.

Peringkat perlaksanaan

Berikut merupakan peringkat-peringkat pengenalan sistem SpotMe:

  1. Mula 2020
  2. MAMPU 8/2020
  3. JPA 11/2020
  4. UKAS 12/2020
  5. JPJ 1/2021
  6. MOT 2/2021
  7. CAAM 3/2021
  8. I-LEAD 3/2021
  9. MARDI 2/2021
  10. JAWHAR 2/2021

Cara mengakses

SpotMe boleh diakses daripada laptop peribadi, komputer atau peranti mudah alih anda.

Sistem ini boleh diaksess melalui pautan http://spotme.mampu.gov.my

ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dibekalkan oleh pentadbir sistem kepada pengguna kali pertama.

Rujuk manual penuh di bawah:

Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika menggunakan sistem Spot-Me ini, boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas seperti yang tertera di bawah:

MAMPU, Jabatan Perdana Menteri,
Level 3, Blok B, No. 3200,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor
Telefon: +603 8000 8000
Emel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!