Tawaran Penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK 2022 Untuk Pelajar Asnaf

Tawaran Penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK 2022 Untuk Pelajar Asnaf ~ Sukacita dimaklumkan tawaran penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK kini dibuka kepada anak-anak asnaf yang berhasrat untuk lanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka bermula 16 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.

Syarat-Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

– Warganegara Malaysia; dan

– Pelajar bermastautin di negeri Perak;

– Pelajar daripada keluarga B40 (keutamaan kepada asnaf Fakir dan Miskin);

– Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022;

– Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di IPT (dalam negara sahaja ) yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Baca Juga : Permohonan Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022

Bidang dan Peringkat Pengajian

1. Sains dan Teknologi – Diploma Sains Aktuari

2. Klinikal dan Kesihatan – Diploma Fisioterapi / Asasi Sains Perubatan

3. Kejuruteraan dan Teknikal – Asasi Sains Kejuruteraan

Skim Dermasiswa Dalam Negara

Cara Memohon Penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK 2022

Pelajar asnaf yang berminat boleh lakukan permohonan melalui langkah-langkah berikut :

  • Dapatkan Borang Bantuan Zakat (Dermasiswa Dalam Negara) daripada pejabat MAIPK terdekat atau ;
  • Muat turun borang secara atas talian daripada portal rasmi MAIPK atau dapatkannya menerusi di bawah :

https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20permohonan%20bantuan.pdf

  • Hantarkan borang serta dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPK terdekat atau poskan ke alamat berikut :

Unit Pembangunan Pendidikan,

Bahagian Agihan Zakat

Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga diminta untuk kemukakan dokumen sokongan seperti yang disenaraikan di bawah :

  • Salinan surat tawaran pengajian
  • Salinan slip peperiksaan terkini
  • Surat penolakan bantuan / tajaan daripada agensi lain (bagi permohonan kali pertama)
  • Salinan borang RA pemohon/pasangan pemohon/ibu/bapa/penjaga

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lajut mengenai penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK, sila hubungi nombor talian berikut: 019-5711383 (Pendidikan MAIPk).

Semoga bantuan penajaan dapat membantu dalam meringankan beban para pelajar dalam melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!