Hari Polis 2023 : Tarikh & Tema Sambutan

Upacara sambutan ini telah diadakan di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur, lokasi biasa Sambutan Hari Polis setiap tahun.

Tahun 2023 merupakan sambutan Hari Polis ke 216 dan untuk sambutan pada kali ini, seramai 543 pegawai kanan dan pegawai rendah polis dari pelbagai jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai perbarisan.

Tema sambutan

Tema Sambutan Hari Polis pada tahun 2023 adalah “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Sambutan ini diadakan adalah sebagai penghargaan kepada warga PDRM atas khidmat bakti dicurahkan dalam memikul amanah dan tanggungjawab memelihara keamanan serta keselamatan negara.

Artikel berkaitan: Diskaun Saman Polis Sempena Hari Polis

Kedatangan tetamu kehormat

Antara tetamu kehormat pada sambutan kali ini adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sambutan pada kali ini mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya Sambutan Hari Polis dihadiri Yang di-Pertuan Agong dan Permaisurinya.

Turut hadir dalam istiadat berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Artikel berkaitan: Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Tarikh Sambutan

Sambutan Hari Polis 2023 secara rasminya telah berlangsung pada 20 Mac 2023.

Aturcara sambutan

Seperti biasa, acara sambutan dimulakan dengann upacara perbarisan.

Pegawai Pemerintah Baris telah melapor perbarisan kepada Baginda sebelum Al-Sultan Abdullah berkenan memeriksa perbarisan, ditemani Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Istiadat kemudian diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu dalam cepat masa oleh Kawalan Kehormatan dan semua kontinjen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani kemudiannya menyampaikan sembah ucapan menjunjung kasih selepas perbarisan berjalan lalu selesai.

Sambutan kali ini turut menampilkan pentomin persembahan istimewa tragedi berdarah Kampung Tanduo, Lahad Datu di Sabah yang berlaku 10 tahun lalu.

Persembahan berkenaan diadakan untuk mengenang jasa pegawai dan anggota polis yang terkorban ketika tragedi itu.

Sambutan kali ini turut melibatkan 80 anggota detachment pancaragam, 50 detachment kenderaan aset PDRM untuk diperagakan termasuklah Unit Berkuda PDRM dan Unit Anjing Pengesan K9 PDRM serta tiga helikopter.

Artikel berkaitan: e-Reporting PDRM: Sistem Repot Polis Online & Panduan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!