Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2023 / 2024

Semakan Keputusan Permohonan Rayuan UPU ONLINE Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2023/2024

[PEMAKLUMAN] Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2023/2024 boleh disemak secara atas talian bermula 16 Oktober 2023, jam 12.00 tengah hari hingga 20 Oktober 2023, jam 05.00 petang.

Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.

Permohonan Rayuan UPUOnline

HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI AKADEMIK 2023/2024 BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM

Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.

Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my

Kenyataan media boleh di akses di pautan: https://www.mohe.gov.my/…/kenyataan-media-hebahan…

Baca juga:

Tempoh Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline

HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN UPUONLINE®️ LEPASAN STPM | SESI AKADEMIK 2023/2024

SEMAKAN BOLEH DIBUAT MULAI:
16 OKTOBER 2023 (ISNIN) | JAM 12.00 TENGAH HARI
HINGGA 20 OKTOBER 2023 (JUMAAT) | JAM 5.00 PETANG

TAHNIAH !

TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN BERMULA 17 HINGGA 20 OKTOBER 2023

Semak di pautan berikut:

SEMAK MELALUI APLIKASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY

Cara Semakan

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.
  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.

Semakan Melalui Aplikasi UPU Pocket

Selain membuat semakan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Baca juga : iBita: Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Seluruh Malaysia

keputusan rayuan upuonline

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:

  • memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
  • memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
  • boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
  • terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:

No tel : 03 – 8684 2363
Emel : [email protected]
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat http://upu-chat.ml/UPUChat/

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Baca juga: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!