Rayuan BKM 2022: Semakan Status & Jumlah Bayaran

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKM ONLINE (BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022) & TARIKH BAYARAN

Masih ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data Kerajaan. Oleh itu, sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan bagi permohonan BKM telah dibuka mulai 2 Mei 2022 selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rayuan BKM 2022:

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:

  1. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
  2. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Semakan Status Kelulusan Rayuan BKM & Tarikh Bayaran

Untuk makluman, permohonan yang diluluskan akan menerima BKM melalui bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 yang dijadualkan pada bulan September 2022 dan Disember 2022.⠀⠀

Terkini, pengguna media sosial turut berkongsi status rayuan mereka. Ada yang lulus setelah membuat rayuan dan ada juga yang mendapat kelulusan dengan amaun tambahan setelah membuat kemaskini maklumat.

LULUS RAYUAN BKM

LULUS AMAUN TAMBAHAN SETELAH MENGEMASKINI MAKLUMAT RAYUAN

TIDAK LULUS RAYUAN

Berikut dikongsikan cara membuat semakan status rayuan mulai 20 September 2022:

  1. Semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik pada ikon Semakan Status.
  4. Kemudian, lihat bahagian Maklumat Bayaran.
  5. Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Jumlah pembayaran Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia yang akan diterima bagi pemohon yang LULUS adalah berdasarkan kategori yang ditetapkan.

Sila rujuk jadual di bawah untuk perincian bayaran yang akan dikreditkan:

Kaedah Pembayaran

Pembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

i. Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat

ii. Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022

Tarikh Permohonan Rayuan

Permohonan Rayuan BKM 2022 telah dibuka pada tarikh berikut:

  • Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
  • Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

Sekiranya Permohonan Rayuan tuan telah diproses dan TIDAK LULUS, rayuan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan adalah tidak dibenarkan.

Ini kerana kelulusan Rayuan BKM 2022 adalah MUKTAMAD

Kaedah Permohonan Rayuan BKM

Kaedah Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atau
  2. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di
    • Cawangan LHDNM
    • Pejabat Satelit (PS)
    • Pusat Khidmat Hasil (PKH)
    • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran
      • *NOTA: Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan.

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.

Kod / Alasan Tidak Lulus BKM

Untuk makluman pemohon, alasan tidak lulus BKM akan dipaparkan pada Butang ‘Alasan’ seperti yang tertera di bawah:

Kod Tidak Lulus BKM 2022 adalah seperti di bawah.

Dokumen sokongan yang diperlukan semasa tempoh rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa:

rayuan BKM
rayuan BKM

Dokumen Sokongan Yang Perlu Dilampirkan

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda lampirkan berdasarkan kod alasan tidak lulus yang dinyatakan pada status masing-masing.

Sumber: LHDNM

Penerangan Status Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06)

Ketika kelulusan BKM dimuatnaik di laman web BKM, agak ramai pemohon Kategori Bujang yang kecewa kerana tidak lulus dengan menerima Kod 06.

Apakah maksud Kod 06 dan bolehkah mereka memohon rayuan?

rayuan BKM

Mengikut FAQ_Rayuan_BKM yang dikeluarkan oleh LHDN, pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:

  • i. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
  • ii. Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

Ini bermaksud, pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.

Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa.

Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan
pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu
dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 (BKM 2022) YANG TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN

Bagi Pemohon Tidak lulus BKM 2022 dengan Kod Tidak Lulus seperti di bawah perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai 09 Mei 2022 sehingga 02 Jun 2022.

*Permohonan rayuan secara online tidak dibenarkan bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:

rayuan BKM

Waktu Operasi Kaunter Rayuan BKM

JADUAL PERKHIDMATAN KAUNTER RAYUAN BKM DI CAWANGAN /
PEJABAT SATELIT / PUSAT KHIDMAT HASIL (PKH) LHDNM
DAN PERKHIDMATAN PANGGILAN TELEFON MULAI 2 MEI 2022 SEHINGGA 2 JUN 2022

rayuan BKM

NOTA:

  • Kaunter Rayuan BKM tidak beroperasi pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di atas.
  • Bagi Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan pada premis berkenaan.
  • Operasi perkhidmatan kaunter BKM di Urban Transformation Centre (UTC) adalah tertakluk kepada arahan Kerajaan Negeri.
  • Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Rayuan BKM di bawah:

Bilakah tarikh rayuan BKM?

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:
i. Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022. ii. Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Bagaimana cara membuat rayuan BKM?

2 Kaedah permohonan rayuan:

i. Dalam Talian – Mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022
(Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/)

ii. Borang Manual – Mulai 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.
(Permohonan di Pejabat LHDN)

Permohonan BKM 2022 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06).
Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
i. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
ii. Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

Saya masih belajar dan Permohonan BKM 2022 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?

Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.
Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan
pelajar separuh masa.
Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:
i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
ii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Saya ingin membuat semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Fasa 1 BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?

Anda boleh membuat semakan status kelulusan mulai 28 Mac 2022 pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1.

Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:

i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank

Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin tetapi Permohonan BKM 2022 saya berstatus Tidak Lulus atas alasan memiliki 3 atau lebih perniagaan milikan tunggal / perkongsian.
Adakah saya layak menerima BKM 2022?

Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakan
penerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepati syarat kelayakan BKM 2022.

Saya ingin membuat semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Rayuan BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?

Anda boleh membuat semakan pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Rayuan BKM 2022.

Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!