Daftar & Login PRS Online (Private Retirement Scheme Malaysia)

Rancang kewangan anda di usia tua dengan Private Retirement Scheme Malaysia atau PRS Online.

Kebanyakan individu menghadapi kesukaran di hari tua kerana mereka tidak merancang dengan sebaiknya kewangan mereka apabila bersara kelak.

Walaupun komitmen selepas bersara mungkin berkurangan, anda tetap memerlukan wang perbelanjaan selepas bersara untuk urusan harian dan kecemasan.

Maka, Private Retirement Scheme Malaysia atau Skim Persaraan Swasta adalah antara caranya.

Apakah itu PRS?

prs online

PRS online adalah skim simpanan dan pelaburan untuk jangka masa panjang secara sukarela yang direka bagi membantu anda menyimpan lebih banyak wang untuk persaraan dan hari tua.

Terdapat banyak jenis PRS dan setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana individu boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan toleransi risiko mereka sendiri.

PRS memberikan pilihan bagi semua rakyat Malaysia sama ada bekerja atau bekerja sendiri bagi menambah simpanan persaraan mereka di bawah struktur persekitaran yang kukuh dan dikawal selia.

Harap maklum bahawa PRS hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Artikel berkaitan: Pencen PENAKAT PERKESO: Ini Yang Kaum Wanita Perlu Tahu

Kelebihan PRS

  1. Direka untuk persaraan – Berapa banyak wang yang anda mahukan selepas persaraan? Maka anda tetapkan sendiri caruman bulanan anda berdasarkan sasaran simpanan
  2. Simpanan yang berpatutan – Anda boleh tetapkan sendiri jumlah simpanan berdasarkan keperluan persaraaan dan kemampuan kewangan semasa
  3. Pelbagai Pilihan Penyedia PRS – Pilih skim pelaburan berdasarkan toleransi risiko anda
  4. Insentif Cukai – Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun tertakluk kepada terma dan syarat
  5. Pentadbir Pusat PRS – Pengurusan akaun seumur hidup
  6. Rangka kerja yang dikawal selia – Pelaburan sah yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ternyata selamat berbanding skim-skim pelaburan lain yang kemungkinan besar adalah scam.

Penyelia PRS Online

Sebenarnya terdapat banyak jenis PRS online yang sudah diwujudkan dimana setiap satunya mempunyai jenis dan risiko pelaburan yang berlainan.

Antara penyelia PRS yang boleh dipilih adalah:

  1. AmFunds Management Bhd
  2. Affin Hwang Asset Management Bhd
  3. Public Mutual Bhd
  4. AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd
  5. Kenanga Investors Bhd
  6. RHB Asset Management Sdn. Bhd
  7. Manulife Investment Management (M) Bhd
  8. Principal Asset Management Bhd

Sebelum memilih, disarankan membaca secara teliti setiap satunya kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Cara daftar PRS Online

Proses mendaftarkan akaun PRS online juga tidak sukar, silr ikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Layari laman PRS di https://prsenrolment.ppa.my/
  2. Baca terma dan syarat
  3. Masukkan Nama Penuh seperti dalam kad pengenalan
  4. Masukkan emel
  5. Masukkan nombor telefon
  6. Klik ada ‘Agreen & Verify’
  7. Pada halaman ‘Verification’, masukkan semua maklumat yang diminta
  8. Pada halaman ‘ID Verification & Funds’, muat naik salinan kad pengenalan
  9. Pada halaman ‘Choose PRS Providers & Funds’, pilih penyedia perkhidmatan PRS dan tetapkan jumlah caruman anda
  10. Selesai

Cara login

  1. Layari halaman login di pautan https://www.prsmember.my/login/
  2. Masukkan Username dan Password anda
  3. Klik butang Login

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!