Tawaran Program Diploma to Bachelor 2022 JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam mengalu-alukan pelajar cemerlang lepasan Diploma untuk memohon Program Diploma to Bachelor di bawah Program Dermasiswa (DB40).

Program ini memberi peluang kepada pelajar cemerlang lepasan Diploma tajaan JPA di bawah program DB40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Baca Juga : Cara Mohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM

Tarikh Tutup Permohonan

Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bermula 15 Julai hingga 24 Julai 2022 sebelum jam 5.00 petang.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan dalam Program Diploma to Bachelor adalah :

  • Kejuruteraan dan Teknikal
  • Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Ikhtisas (seperti Kewangan, Sains Aktuari, Ekonomi)

Senarai IPTS Program Diploma to Bachelor

Senarai pelajar IPTS yang layak memohon adalah seperti:

  1. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  2. International Medical University (IMU)
  3. Monash University Malaysia
  4. University Tenaga Nasional (UNITEN)
  5. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  6. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  7. Curtin University, Malaysia
  8. The University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)
  9. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  10. UCSI University
  11. Multimedia University (MMU)
  12. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  13. Management And Science University (MSU)
  14. Taylor’s University
  15. Asia Pacific University Of Technology & Innovation (APU)
  16. Sunway University
  17. SEGi University
  18. Manipal International University
  19. University of Cyberjaya (UoC)
  20. Lincoln University College
  21. Tunku Abdul Rahman University College
  22. University College TATI
  23. Widad University College

Syarat-Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kesihatan yang baik.
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  • Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Diploma di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu Ijazah Pertama.
  • Mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) peringkat Diploma minimum 3.50.
  • Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Diploma.
  • Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Diploma pada tahun 2021 hingga tarikh tutup permohonan pada masa permohonan dibuka, di mana ia bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Ijazah Pertama.
Program Diploma to Bachelor

Syarat Khusus

Calon juga perlu menepati syarat khusus seperti yang disenaraikan berikut :

  • Pelajar perlu memulakan pengajian Ijazah Pertama secara sepenuh masa sebelum atau pada 31 Disember 2022 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti sahaja.
  • Tempoh penajaan maksima bagi peringkat Ijazah Pertama adalah 4 tahun.
  • Keutamaan diberikan untuk pelajar yang diberi kebenaran untuk pemindahan kredit bagi pengajian Ijazah Pertama.

Kaedah Permohonan

  • Permohonan boleh dilakukan menerusi laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my sebelum masa serta tarikh tutup yang telah dinyatakan.
  • Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang yang sama pada minggu ke-2 bulan September 2022.
  • Pemohon yang berkelayakan akan diminta untuk hadiri sesi Student Assessment Centre (SAC) yang diadakan pada pertengahan Ogos 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Diploma to Bachelor anjuran JPA, sila kemukakan e-mel ke [email protected].

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!