myTNB: Cara Semakan Bil Elektrik TNB Online (Harian & Bulanan)

Portal myTNB: Semakan Bil Elektrik TNB Online & Bayaran

Pada masa kini, segala pembayaran bil telefon, bil air, langganan internet dan bil elektrik boleh dilakukan secara online, termasuklah bil penggunaan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bagi membolehkan pengguna perkhidmatan mereka menyemak dan membayar bil elektrik, pihak TNB telah menyediakan sebuah portal bernama myTNB untuk tujuan ini.

myTNB juga merupakan portal yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai kemudahan lain antaranya mendaftar meter secara online, menyemak status permohonan dan pelbagai lagi kemudahan lain.

Kini, segalanya dihujung jari dan sebagai pengguna yang bijak, kita perlulah memanfaatkan sebaiknya kemudahan portal myTNB yang disediakan oleh pihak TNB ini.

Cara Daftar Akaun Di Portal myTNB

mytnb bayar bil tnb online

Sebelum menggunakan dan mengakses segala kemudahan yang ada dalam portal myTNB, anda perlulah mendaftarkan akaun di portal ini terlebih dahulu dengan mengikuti langkah mudah di bawah:

  1. Layari laman rasmi myTNB
  2. Klik pada halaman Register for New Account
  3. Masukkan segala butiran yang diminta: Nama penuh, No kad pengenalan, nombor telefon, emel dan password
  4. Klik pada butang persetujuan terma dan syarat
  5. Klik pada butang “Create Account”
bayar bil tnb online mytnb

Semakan Bil Elektrik TNB Online ( Harian & Bulanan )

Setelah selesai melakukan segala langkah-langkah di atas, anda kini boleh log masuk ke dalam akaun anda.

Di halaman Dashboard, anda boleh melihat dengan jelas bil dan jumlah penggunaan tenaga elektrik bagi setiap bulan. Terdapat graf perbandingan bil untuk beberapa bulan sebelum itu.

bayar bil tnb online mytnb

Lebih menarik, anda juga boleh membuat perbandingan bil elektrik hari ini dengan bil elektrik bulan-bulan sebelumnya.

Dengan cara ini, anda dapat memantau penggunaan elektrik dan mengawal penjimatan dengan lebih berkesan.

Oh ya, pastikan nombor akaun yang dinyatakan dalam akaun anda adalah sama dengan nombor akaun dalam bil penyata TNB anda untuk mengelakkan anda kerugian kerana terbayarkan bil orang lain.

Cara membayar bil secara online

Untuk membayar bil TNB anda secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik pada butang “Pay Now”
  • Pilih cara pembayaran sama ada secara perbankan internet, menggunakan kad kredit atau debit
  • Masukkan segala butiran yang diperlukan semasa melakukan pembayaran
  • Setelah selesai pembayaran, anda akan dibawa ke halaman baru yang menyatakan bahawa bayaran anda telah diterima

Bayar melalui aplikasi myTNB

Sila rujuk video berikut untuk melihat video tutorial cara pembayaran bil melalui Portal TNB online.

Melalui aplikasi myTNB, pengguna juga boleh mengakses kemudahan-kemudahan berikut:

  • Ketahui berapa banyak elektrik yang telah anda gunakan
  • Lihat jumlah bil elektrik anda untuk semua akaun TNB anda
  • Bayar bil elektrik anda bila-bila masa, di mana sahajaKirim maklum balas untuk sebarang perkara yang berkaitan dengan bil dengan cepat

Baca juga: Air Selangor: Pembayaran Bil Online, Daftar e-Bil & Semakan Gangguan Air

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!