Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2024/2025

PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI 2024/2025

Permohonan kemasukan pelajar Sesi 1: 2024/2025 ke program sijil dan diploma di 36 politeknik dan 105 Kolej Komuniti melalui e-Borang MyPolyCC kini dibuka sehingga 10 Mei 2024.

Bagi ambilan permohonan kali ini, calon yang layak dan berminat boleh memohon tanpa nombor pin.

Ayuh, kami kongsikan cara membuat permohonan anda di bawah.

Latarbelakang: Memohon Kemasukan Politeknik Di Malaysia

Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969.

Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).

Kelebihan Belajar Di Politeknik

  • Institusi milik penuh Kerajaan
  • Program pengajian yang diiktiraf
  • Lokasi di seluruh negara
  • Yuran yang berpatutan
  • Peluang pekerjaan yang cerah
  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi

Senarai Politeknik di Malaysia

Terdapat 36 Politeknik di Malaysia mengikut kategori berikut :

  • 3 Politeknik Premier
  • 28 Politeknik Konvensional
  • 5 Politeknik METro

Senarai lokasi politeknik dan program yang ditawarkan di setiap politeknik tersebut boleh dirujuk di SINI.

Syarat Umum Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti

Syarat Umum Kemasukan ke Politeknik :

Politeknik Premier

5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

Politeknik Konvensional / METrO

3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

  • Subjek mata pelajaran yang perlu diambil kira:
    • Bahasa Melayu (Wajib Lulus)
    • Sejarah (Wajib Lulus)
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains / Fizik atau Kimia

Syarat Umum Kemasukan ke Kolej Komuniti :

Diploma

Lulusan Sijil Kolej Komuniti

Lepasan SPM – Lulus SPM dengan 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

Sijil Kolej Komuniti

Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu & Sejarah)

TERKINI : Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi 1 Tahun 2024 / 2025

Permohonan kemasukan ke program Sijil dan Diploma untuk Sesi I tahun 2024/ 2025 dibuka melalui eBorang Politeknik.

Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia bukan tahun semasa, lepasan Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan Institut Tinggi PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang).

Selain itu, permohonan turut dibuka kepada lepasan Institut Kemahiran Majlis Amanah Rakyat, Institut Pertanian Malaysia dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) bagi semua program pengajian Sijil dan Diploma Politeknik dan Kolej Komuniti.

Permohonan juga dibuka kepada pelajar yang tamat pengajian Tingkatan Lima, sekolah Pendidikan Khas bagi 13 program Pendidikan Eksklusif Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditawarkan di lima buah Politeknik dan 13 buah Kolej Komuniti.

Permohonan kemasukan ke Politeknik/ Politeknik Premier adalah melalui Aplikasi Dalam Talian http://ambilan.mypolycc.edu.my/ dan permohonan dibuka secara berkala setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).

permohonan politeknik kolej komuniti 2024 2025

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 10 MEI 2024 (JUMAAT).

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Baca juga: Jadual Bayaran STR 2024: Tarikh & Jumlah Bantuan Fasa 1,2,3,4

Semakan Permohonan Politeknik 2024/2025 & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI KINI BOLEH DIBUAT SECARA ATAS TALIAN.

Keputusan permohonan bagi ambilan kali ini akan diumumkan pada tarikh yang akan dimaklumkan. Semakan boleh dibuat di pautan berikut : http://ambilan.mypolycc.edu.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor di bawah:

  • 019-868 3738 (Whatsapp)
  • 03-8888 3837

Maklumat Lanjut Semakan Politeknik & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti, sila layari:

http://ambilan.mypolycc.edu.my/

semakan politeknik kolej komuniti

ATAU

Hubungi saluran berikut:

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Media sosial:

Baca juga: Bayaran Fasa 3 STR 2024 – Semakan Kategori, Jumlah & Tarikh

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!